Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Maafkan Dia" - Isteri Mangsa Maut Dirempuh, Diseret Pemandu Mabuk

1-6-2020 06:07 PM Komen: 138
Isteri kepada mangsa yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk meluahkan kesedihan dan berkata, tidak akan memaafkan pelaku terbabit.


Kredit foto: YouTube BH Online

"Kehidupan saya bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai pekerjaan sambilan terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Antaranya termasuk menghantar makanan yang ditempah pelanggan melalui perniagaan kecil-kecilan.

"Kini saya hilang arah. Arwah meninggalkan empat anak tiri berusia tujuh hingga 15 tahun dan anak bersama saya berusia enam tahun," kata Zahlawati Zahlan, 47, yang dipetik daripada BH Online.

Bercerita mengenai kejadian, Zahlawati berkata, Mohamed Zaili Mohamed, 44, keluar rumah untuk menghantar makanan ke kediaman rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam tadi.

Dia bagaimanapun terkejut apabila panggilan keenam sekitar jam 1.30 pagi dijawab orang awam yang memaklumkan mengenai kemalangan itu kepadanya.

"Saya terus bergegas ke lokasi dan mendapati arwah sudah tidak lagi bernyawa, dia dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah," katanya.



Media sebelum ini melaporkan, Mohamed Zaili maut dalam kemalangan membabitkan pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara pada jam 1.30 pagi akibat cedera parah di kepala. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
6
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 137
Komen

Anda Mungkin Meminati

Kantoi Menipu, Forbes Tarik Semula Gelaran Bilionair Kylie Jenner!
Belum Rasa Mukjizat al-Quran, PITAS Tawar Pengajian Tahfiz Kepada Siti Kasim
"Menyampah Tengok Headline Bini Orang Nak Lari Dengan Artis" - Zuriehan
"Kenapa Benci Sangat Dengan Tahfiz, Siti Kasim?" - Rani Kulup Buat Laporan Polis
Azizah Calon Terbaik Bakal PM, Rakyat Dah Bosan Dengan Anwar
Lelaki Mabuk Maut Jatuh Tingkat 4
Kenapa Ramai Sanggup Beli Dari Reseller Yang Jual 2 Kali Ganda Harga Asal?
Asyik-asyik Drama Juta Ringgit, Kenapa Stesen TV Tak Berani Berubah?
Oscar? Baju Shooting Pun Pelakon Cari Sendiri - Tony Eusoff Tempelak Impian Finas
'Saya Sendiri Pulangkan Cincin' - Syazwan, Syawariah Putus Tunang Mac Lalu
"Buat Pemimpin Berniat Buruk, Celakalah Hidup Mereka" - Bront Palarae
Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Lepas Hantar Makanan Dijual Isteri
Cakap Atas Tiket Parti, Armada Buat Laporan Polis Terhadap Syed Saddiq
Mangsa Langgar Lari Pemandu Mabuk Pakcik Aishah Azman Rupanya, al-Fatihah
Lupa Ikrar Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat, Bersatu Akan Hancur! - Tun M
Bella Astillah Gembira Aliff Aziz Buat Amal, Kerja Di Pusat Komuniti Islam
Nabila Razali 'Terkucil' Lagi
"Gedempol Muka Buruk, Hati Busuk!" - Boy Iman Angin Dengan Siapa?
Ahmad Idham Dedah Individu Guna Gelaran Palsu, Siapa 'Datuk' Bermula Huruf A Itu?
"Tolong Hukum Pemandu Mabuk Ragut Nyawa Abah, Mama"
DBKL Beku Lesen Minuman Keras
"Dari Semalam Menggigil, Tunggu Hari Pembalasan Nanti" - Nurul Zahid
Mahkamah Jatuhkan Hukuman 13 Bulan Penjara Terhadap Farid Kamil
Tak Pernah Isytihar Keluar Parti, Kami Masih 'Bersatu'
Warga Emas Nekad Cerai Kerana Tak Tahan Dengan Kucing Peliharaan Isteri
"Saya Malas Balas" - Manap Karaoke Dikritik, Mamat Khalid Enggan Isu Jadi Panjang
Staf AirAsia Kerja Sebagai Penghantar Makanan Santan
Dibelasah, Dihalau Kerana Kejut Suami Tukar Lampin Anak
Kesan Kuarantin, 'Naked Challenge' Jadi Trend Terbaru TikTok
Remaja Dibelasah 4 Wanita Ketika Melepak, 3 Suspek Dalam Buruan
Bunuh Diri Lepas Cekik Isteri Kerana Marahkan Mentua
Budak 4 Tahun Maut Tercekik Gula-gula Jeli

Komen Terbaru

Quote KIM.K 4-6-2020 10:42 PM
rosevelvet replied at 4-6-2020 09:21 PM
Sorang lg yg selalu duk provok psl bertudung. Alais ke alanis. Multinick ke

iols jarang jumpa. Kalau dah lama2 baru perasan rba
Mana ada muslim mempertikaikan tudung even freehair. Kalau kita buat dosa aib sendiri2 takkan kutuk hukum hakam punya

Lain-lain Komen

Quote sehirkedi 1-6-2020 06:12 PM
Salam takziah. Al-Fatihah..
Sedihnya.. Makin menjadi-jadi pulak kes mabok ni eh. Kenakan hukuman mati je pada yg mabok melanggar orang sampai meninggal ni.
Quote Nahnukutu 1-6-2020 06:20 PM
dalam news lain yang kena seret tu motor sahaja

Quote LadyCarefree 1-6-2020 06:23 PM
Nahnukutu: dalam news lain yang kena seret tu motor sahaja

{:kill


Ya motor je kena seret
Quote PerKasa 1-6-2020 06:26 PM
selalunya melayu akan komen dah ajal dah takdir
tuhan lebih sayangkandia bla bla bla.. kami redor
Quote LadyCarefree 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah sebab orng bawa kereta ntah apa2.

Bg isteri dia kalau xmaafkan jika kemaafan berhak bg awak, nanti sndiri xtenang. Percaya pd undang2 negara tp lebih lagi percayakan Tuhan yg maha adil lg saksama. Terima dan serah pd Tuhan. Walau kena juga proceed dengan undang2 dunia.
In life kalau kita tak reti maafkan orang, hidup kita yang xtenang. Kita maafkan orang bukan sebab orang tapi untuk diri kita sendiri.
That's why kalau orang buat salah kt kita dia xmibta maaf pun kita maafkan je then serah pd Allah. Settle. Move on. Hidup kena teruskan. Masa tetap berjalan.
Quote stania83 1-6-2020 06:29 PM
dulu banyak kempen dont drink n drive skrg takde ponnn
Quote Nahnukutu 1-6-2020 06:30 PM
Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Lepas Hantar Makanan Dijual Isteri
1-6-2020 12:04 PM Komen: 159

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Quote Sazida 1-6-2020 06:33 PM
Motor kena seret 2km. Jauhh tu.,,
Quote Eric.n9 1-6-2020 06:35 PM
Bertabahlah kak, nak wek camno.
Dah undang2 DUI kek malaysia ni ringan sangat.
Quote anonims 1-6-2020 06:38 PM
Sepatutnya yg mabuk melanggar orang, selain di penjara/ digantung, kena bayar ganti rugi seumur hidup untuk balu tu.
Quote Imkhai 1-6-2020 06:46 PM
LadyCarefree replied at 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah seba ...

Knp ko nk petikaikn kemaafan isteri arwah??? ko sape yg sibuk suruh isteri arwah maafkn PEMBUNUH suami dia siapa kau??? kemaafan hak individu kita x ada hak nk suruh org lain memaafkn dosa org lain atau dosa kita fhm aku sendiri pon x kn maafkn pelaku itu klau bnda ni trjadi kt aku so x pyh nk pertikaikn kemaafan org lain!!!
Quote rosevelvet 1-6-2020 07:09 PM
LadyCarefree replied at 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah seba ...

Xyah nk pertikaikan wife dia nk maaf ke tak. Bukan calang2 kesalahan. Dlm kes ni knp nk salahkan mangsa sbb ada kt jln mlm buta? Kenapa x salahkan lahanat yg mabuk drive mlm2 buta?
Quote ambipur 1-6-2020 07:19 PM
LadyCarefree replied at 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah seba ...

BANGANG punya sttemnt.pemikiran mcm ni la yg buat melayu salu kne pijak2.
APEKEJADAH ko nk salahkn org yg kua mlm sedangkn terang2 pemabuk tu salah.
Ko igt undang2 ni sntiasa adil ke?nk jatuhkn hukumn bukan senang ye amik masa lama dpt lawyer yg kaki putar alam silap teknik kumpul bukti ckit habesss.
Cuba ko tgk few cases.....
Quote kaishi 1-6-2020 07:20 PM
LadyCarefree replied at 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah seba ...

so ko nak halalkan ler pemandu mabuk after 12midnight tu ?

Quote Buritan 1-6-2020 07:23 PM
sehirkedi replied at 1-6-2020 06:12 PM
Salam takziah. Al-Fatihah..
Sedihnya.. Makin menjadi-jadi pulak kes mabok ni eh. Kenakan hukuman m ...

Tahniah ct kassim.. harap lawan kat mhkmh nanti jd wakit loyor utk pemandu pemandu mabuk di malaysia ini..

Tak smpai hati tengok kakak ni
Quote Tinot7 1-6-2020 07:23 PM
LadyCarefree replied at 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah seba ...

Hang pernah lalui apa yg dia lalui ka?
Kalau berckp bkn dr pengalaman, mmg saja meminta utk dikecam statement budus ni.
Kalau pernah melaluinya, iols ucapkan takziah kpd hang dan keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.
Quote Tinot7 1-6-2020 07:24 PM
Takziah kpd kakak ni dan keluarga dia. Semoga tabah meneruskan hidup.
Quote Buritan 1-6-2020 07:25 PM
LadyCarefree replied at 1-6-2020 06:27 PM
Knape duduk lelama rumah kawan. Hadoi. Kalau after 12midnite lebih baik duduk dendiam kat rumah seba ...

Betulla hang ckp.. kita maafkan org utk kita hidup tenang..
Quote CiliPadiSedap 1-6-2020 07:26 PM
ni lah bahana dapat pengundi bahlol cam acik kepam jual minyak kelapa dara

orang minum arak driving tak salah yang salah orang keluar malam cari rezeki sebab bisnes, kerja , ekonomi sukar musim pkp.

pengajarannya biar tak duduk luar negara asal cerdik cm sis vokuru. dari duduk luar negara eksyen je lebih walhal FAKE

pada pandangan kaka, hukuman wajib gantung mandatori bagi pemandu mabuk menyebabkan kematian.

Lihat semua komen(138)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top