Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rebut Harta Pusaka: Maut Di Lombong Lepas Langgar, Tetak Abang Dan Kakak Ipar

22-5-2020 09:23 AM Komen: 72
Mayat lelaki ditemui terapung di sebuah lombong selepas melanggar dan menetak abang kandung serta kakak iparnya.

Memetik Harian Metro, mangsa berusia 65 tahun dan isteri, 56, cedera di kaki serta tangan selepas ditetak suspek dengan parang dipercayai akibat perebutan harta pusaka, semalam.


Gambar hiasan

Sebelum itu, suspek dilaporkan melanggar motosikal ditunggang pasangan terbabit di hadapan kuil di Kampung Chuang Rasa, Rasa, pada 7.56 pagi.

Suspek yang kemudian melarikan diri ditemui terapung berhampiran keretanya di sebuah lombong di Antara Gapi, Hulu Selangor.

"Suspek yang menaiki Proton Iswara kemudian menetak suami isteri itu sebelum melarikan diri. Seorang lelaki yang melihat kejadian menghampiri mangsa yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Saksi lain terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila keluar rumah mendapati suami isteri terbaring tepi jalan.

"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin.

Hasil siasatan menemui sebilah parang dipercayai milik suspek di tepi jalan simpang tiga Pekan Rasa berdekatan perhentian bas.

Tambah Arsad, orang awam yang menemui kereta dipercayai milik suspek di lombong Antara Gapi membuat laporan polis pada 1.10 tengah hari.

"Kereta itu dijumpai terjunam di tebing lombong dan pintu bahagian pemandu dalam keadaan terbuka. Mayat turut ditemui dalam keadaan terapung berhampiran kereta itu.

"Polis meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat dan hasil pemeriksaan pada fizikal tiada kecederaan serta unsur jenayah. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat," katanya.

Kematian suspek diklasifikasi sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 72
Komen

Anda Mungkin Meminati

Isa Khan Terlebih Romantik, Si Adik Didakwa Kaki Pukul Isteri
Tak Berjaya Sebagai Suami Isteri, Sharnaaz Dan Nabila Sepakat Besarkan Anak Bersama
Untung Suami, Emma Maembong Tak Suka Keluar Shopping
Nak 'Pinjam' Mak Ayah Kerana Sunyi Tatkala Syawal Nan Syahdu
"Masih Ramai Yang Nak Tegakkan Perkara Batil" - Zul Yahya
'Tak Logik Shooting Ikut SOP, Sabarlah Ujian Sikit Je Ni' - Nabila Huda
Angkara Ayam Berkokok, Lelaki Maut Mata Dicungkil Jiran
"Tak Faham Kenapa Sakit Hati" - Risteena Bengang Kisah 'Hilang' 30 Minit Dikecam
Tuan Rumah Akan Diheret Ke Balai Kalau Tetamu Lebih Had
Isteri Kerja Di Malaysia, Lelaki Umpan 5 Remaja Puaskan Nafsu
Anjur Seminar Forex Tertutup Sebanyak RM1, Cleopatra Dituduh Ambil Duit Orang?
'Pukul Isteri? Semua Tu Tak Benar' - Aliff Alli Khan
"Antara Dua Darjat" - Vivy Yusof Dikecam 'Hantar' Peguam Suruh Padam Gambar
Video 'Tak Payah Balik, Mak Okey' Fauziah Nawi Undang Sebak
Budak 4 Tahun Maut Tercekik Gula-gula Jeli
Ekor Masuk Lubang Hidung, Remaja Pengsan Tepi Jalan Leher Dibelit Sawa Peliharaan
Berita Sedih, Kak Long Azmin Ali Positif Covid-19
Aiman Tino Tak Kisah Saudara Dekat Nak Beraya Di Rumah, Tapi Kena Ikut SOP!
Jangan Baca Tajuk Je, Tak Pasal-pasal Zulin Difitnah Ajar Orang Diet Makan Kurma Je
Bangla Putus Kaki Jatuh Dalam Paip Kumbahan
"Bila Masa Diva AA Yang Gah Ni Ada Kakak? Eee Jijik!"
Nak Cantik Tapi Jumpa Doktor Tiruan, Dapatlah 'Tek' Senget! Tu Pun Tak Serik?
Posmen Jaja Kesempitan Hidup Ditahan Polis
Anti-Vax Buat Hal Lagi! Tentang PKPB, Tuduh Pakai PPE Untuk Bergambar Je
Anju Saman Fitnah RM3 Juta Terhadap Amyza
Anak Belum Sedia, Bukan Ziana Zain Yang Halang Jumpa Bekas Suami
Kenapa Salahkan Kami? - Pekerja Asing Nafi Punca Covid-19 Di Pasar Borong Selayang
Doktor Menangis Kepenatan, Rayu Rakyat Beri Kerjasama
Tak Cukup Bekalan, Bali Hasilkan Hand Sanitizer Dari Arak Tempatan
Ikut India, Indonesia Rotan 'Penuh Kasih' Jika Ingkar Arahan Lockdown
Sudah Tiba Masa Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Tun M - Shafee Abdullah
2 Bekas Menteri PH Dipercayai Pernah Berdiri Dekat Pesakit Covid-19

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 23-5-2020 11:47 AM
well.. kalau tetak tetak ni bukan geng kelly ke..
susah-susah bergaduh pi langgar pi tetak, ujung-ujung abang dengan ipo nya juga dapat harta tu..

Lain-lain Komen

Quote angelofish 22-5-2020 08:14 AM
kesian nya. kalau ibu bapa masih hidup,adik beradik baik pijak semut tak mati.bila mak ayah meninggal..
Quote bluebutter 22-5-2020 08:57 AM
Nak menghala ke kuala kubu bharu ni. Situ ada pekan kkb. Ada mrsm kkb. Suasana aman damai pekan kkb.
Quote hiswife 22-5-2020 08:59 AM
Sebab harta, sanggup nak bunuh darah daging sendiri. Ujung2 ko yg kojol. Cashh
Quote yuki812 22-5-2020 09:02 AM
setakat kaya harta mak bapak..apa nak dibanggakan..
cari lah harta sendiri..lagi bermakna..
kadang2 tengok kawan2 keje keras kumpul harta tuk anak2 kot2 esok mati anak2 senang..katanya.
walhal..kita ni sementara hidup ni enjoy lah hasil kerja keras sendiri..
anak2 tu..pandai2 lah cari harta sendiri sok besar.
Quote bungarose 22-5-2020 09:15 AM
Kesiannyer
Harta membawa kemudaratan bagi mereka
Quote syaz_lina 22-5-2020 09:21 AM
Kesian arwah mak bapak, penat2 tinggal harta.dapat ke anak2 bengap dan tamak sampai  berbunuh-bunuhan berebut harta
Quote bloodyamuk 22-5-2020 09:21 AM
yang suspek masuk lombong ni pasal terbabas ke atau suicide? betul2 dirasuk setan ke?
Quote Tinot7 22-5-2020 09:29 AM
Takziah kpd keluarga.
Semoga depa tabah menghadapi situasi mcm ni
Quote dubuk 22-5-2020 09:39 AM
adegan yang ingin kita lihat
Quote Kurex 22-5-2020 09:41 AM
kerana harta......
sebab tu kurex cakap dekat mak ayah kurex, kalau boleh taknak ada harta pusaka ni, takut gaduh adik beradik... tak dapat pun takpe..

btw iols dapat rasakan yg langgar ni sejenis pendadih yg perlukan harta pusaka utk jual demi dapatkan stok dadih
Quote syamzana 22-5-2020 09:48 AM
harta pusaka ni kalau nak ada make sure setiap org dpt bahagian sama rata. agak2 tak mampu takpayah ada lgsg. pelik2 la org zaman skrg ni. hrta sendiri malas nak cari hadap ke pusaka sampai berbunuhan.
Quote selipar_hijau 22-5-2020 09:57 AM
Berapa juta harta pusaka tu sampai sanggup bunuh membunuh
Quote kukukatablog 22-5-2020 09:58 AM
klo tengok motor pon nampak dorang ni bukan dari family senang....
Quote kiyudi 22-5-2020 10:08 AM
xberbaloi nya idop berebut harta....

mati sia2.....rugi!
Quote little_sis 22-5-2020 10:09 AM
harta pusaka cam bonus la kalo dpt.. sbb xyah usah usaha pun boleh dpt secara warisan.. sebab tu yg berebut sgt kot.. sapa xnak benda free..
Quote white_musk 22-5-2020 10:09 AM
yuki812 replied at 22-5-2020 09:02 AM
setakat kaya harta mak bapak..apa nak dibanggakan..
cari lah harta sendiri..lagi bermakna..
kadang ...

Tidak hairanlah jika anak anak juga tak ingini menjaga parents kerana masing masing pentingkan diri sendiri
Quote awanysss 22-5-2020 10:20 AM
tak tahu cerita side yg mati tu pulak..
maybe dah lama simpan dendam atau makan hati ngan abg and akak ipar dia ni..
dlm certain family, ade ipar duai yg sibuk hal harta pusaka mertua dia ke ape kan..
tp ape2 pun, takyah la rebut harta tu.. sedih mak ayah tgk anak2 pecah belah sbb harta..
Quote Abam_Leh 22-5-2020 10:24 AM
Tiada beban batu digalas


Dah jadi macam ni


Jangan kata bau harta


Bau syurga pun dah hilang


Quote nuno 22-5-2020 10:28 AM
Tasik/lombong ni belakang rumah aku je..kecoh wasap group taman kete iswara terjun kolam..ingat terbabas rupa2 ada mayat

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top