Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Nak Bagi, Saya Terima Tapi Jangan Desak Tanya Bila Nak Post"- Janna Nick Kenapa?

20-5-2020 10:14 AM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 114



"Saya memang tak buat IG review. Tapi bila orang bagi makanan, saya terima. Cuma, tak bolehlah anggap ia komitmen nak pos bila."

Aktres, Janna Nick meluahkan kekesalannya mengenai isu peniaga online yang semakin melampau dalam hantaran terbaharu di laman Instagramnya. 

Ia rentetan mereka mendesak aktres itu membuat ulasan produk dengan alasan, barangan sudah diterima oleh Janna, tetapi tiada ulasan mengenainya.


Kredit foto: IG

Menurut Janna, dia menerima pelbagai makanan dan barangan daripada pengikutnya, tetapi tiada sebarang perjanjian untuk mengulasnya. 

Itupun dia menerimanya kerana menghargai pengikut. Tetapi, hal ini menjadi lebih merimaskan apabila ada yang bertanya, bila Janna mahu membuat ulasan atau video mengenai barangan tersebut.



Bagi Janna, review yang dibuatnya adalah percuma dan ianya ikhlas. Namun, apabila ada desakan sebegini, ia seolah-olah komitmen yang mengikat dirinya dan keterpaksaan itulah menjadikan hal ini tidak seronok.

"Kalau anda buat bisnes online, mesej nak bagi makanan, saya terima. Tapi, tak boleh anggap ianya komitmen untuk disiarkan."


Kredit foto: IG

Menurut Janna, ianya semakin kerap berlaku apabila orang sama yang pernah diulas barangannya menghantar produk lain (kerana tahu alamat rumah Janna) lalu, terus-terusan bertanya bilakah ulasan tersebut akan disiarkan.

"Saya bukan tak support online business, tapi you all pun kena ikhlas bagi, bukan mengharapkan balasan posting sebagainya."


Kredit foto: IG

Lebih penting, Janna juga terpaksa membahagikan ruang yang ada dengan membantu rakan-rakannya yang terdesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersysrat (PKPB) ini.

"Kawan-kawan saya sendiri minta tolong post. Maklumlah dulu bekerja tetapi sekarang buat bisnes. Saya pun banyak lagi posting untuk kawan juga."

Di ruangan komen, rakan selebriti turut berkongsi pandangan sama dengan Janna.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Betul juga luahan Janna Nick itu. Di kala semua bergelut untuk bangkit kembali era Covid-19 ini, jangan pula ada yang mengambil kesempatan ya. Kata kuncinya, berpada-padalah ya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 114
Komen

Previous : Lufya Omar Dikecam Bawa Anak Keluar Beli Keperluan, Baju Raya

Next       : Dimaki Sebab Kutuk Rumah Diva AA Kecil, Tapi Orang Lain Kena Tempias

Raya Ni Perempuan Je Buat Semua Kerja, Lelaki Pemalas! Betul Ke?
'Masyuk' Jual Air Jagung, Amir Raja Lawak Tak Menang Tangan Di Bulan Ramadan
"Saya Paling Tak Suka Keluar Shopping" - Emma Maembong
Nak Buat Ujian Sebelum Tiba Kampung, Macam Mana Ramai Terlepas Rentas Negeri?
"Saya Tahu Mereka Nak Raya"- Ogy Takkan Lari, Masih Usaha Cari Dana Lunas Hutang
Tesco Mohon Maaf Tampal Notis Larang Warga Emas, Kanak-kanak Masuk
Pasukan Khas Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Izin
"Nanti Pakcik Balas" - Dr Zukifli Dapat Kad Raya Pula Dari Adik Nadzrul
Lufya Omar Dikecam Bawa Anak Keluar Beli Keperluan, Baju Raya
Kompaun Ibu Bapa Bawa Anak Keluar Masa PKPB - Gerakan
Alami Batuk Berdarah, Roslan Salleh Kini Habiskan Masa Baring Di Rumah Je
Buat Sendiri Suji Badam 4 Bahan, Patutlah Uqasha Senrose Tak Menang Tangan!
Bella Dally Akui Jumpa Malam Lailatulqadar, Bertuahnya Dia!
Biskut Raya Warna Kedam Ni, Memang Tuan Rumah Kedekut Kan?
Kesan Covid-19 Terhadap Industri Perkahwinan
Solat Raya Di Rumah Ikut 'FB Live' - JAIS
Nekad Langgar Isteri Akibat Masalah Keluarga Di Pasar Raya
"Kenapa Buat Saya Macam Ni?" - 30 Minit 'Hilang', Isa Khan Ingat Risteena Diculik
Jangan Buat Komen Provokasi - Polis Siasat Kes Penghantar Makanan Ditendang
Dimaki Sebab Kutuk Rumah Diva AA Kecil, Tapi Orang Lain Kena Tempias
“Nanti Mereka Kata Baju Macam Air Horlicks Pula" - Ismail Sabri 'Redo' Ke Tu?
Dah Lama Tak Main Di Taman, Lelaki Ayun Buaian Anak Di Balkoni Tingkat 8
Bagusnya Neelofa, Nora Danish Buat IG Live Beri Kesedaran Duduk Rumah!
Bertahun Niat Khatam Quran Tak Tercapai, PKP Berjaya Merubah Nora Danish
Sudahlah Anak Mengamuk, Tak Boleh Keluar Rumah, Ada Pula Nak Mengajar-Ngajar - Zarina Zainuddin
Amin Idris Minta Maaf, Padam Gambar Berkhutbah Pegang Tongkat Loki
Zulin Aziz Bantu Peniaga Sambil Belanja Makan Untuk 10 Keluarga
Yatt Hamzah Minta Selebriti Berhenti Tayang Gambar S*ksi

Komen Terbaru

Quote evlinne 23-5-2020 02:59 AM
matjerk replied at 21-5-2020 08:34 AM
Tok ti ni maybe dia paham org2 berniaga kecilan ni.. Sbb dia dulu pun meniaga kuih kan....  G seko ...

Orang penah susah mmg faham kesusahan org lain. Baguslah tokti tolong orang tanpa balasan time ni

Lain-lain Komen

Quote Rara77 20-5-2020 10:25 AM
Lain kali sila jujur
Quote fuyupoktek 20-5-2020 10:25 AM
Abis cane diorg leh anta kerumah chuols kalo chuols xbg alamat
Quote blekkep 20-5-2020 10:31 AM
fuyupoktek replied at 20-5-2020 10:25 AM
Abis cane diorg leh anta kerumah chuols kalo chuols xbg alamat

bace lar btol2 dek ade sheols ckp tuh
Quote dua_chzy 20-5-2020 10:31 AM
Yang kau ambik tu dah kenapa? Play victem pulak.
Quote Aunty_Acid 20-5-2020 10:41 AM
Ucap tq je la kat igs x bole ke? X yah la nk review2.
Yg pemenat tu pdn la muka korang. Nk minat retis tu berpada2 lah.

Quote September14 20-5-2020 10:45 AM
Sepatutnya masa msg nak hantr makanan tu bgtau siap2 retis tu suruh buat story. Kalau diorg xnak xyh la hantar. Mcm blagak sgt pulak bila diorg ni bnyk bunyi. Klu pos gambar lpstu ckp tq pun dah ok kut. Keje x sampai 2 minit.
Quote bluebutter 20-5-2020 10:59 AM
Lawa Janna!!! Tk bermekap pun. Muka budak lagi. Lawa dia.
Quote missinpiece 20-5-2020 11:15 AM
Kisahnya peminat@pengusaha makanan
kirim mcm2 makanan kat retis mereka dengan harapan dpt free review la kekdahnya. Org mcm ni kalau retis post ucapan terima kasih kat ig pon x memadai sebab tujuan awal mereka mmg nakkan free review semata
Itu baru retis, iols kirim kuih raya kat sedara pon xde sebarang bunyi drp theyols, iols anggap mereka busy jelaaa..
Quote amal12bh 20-5-2020 11:15 AM
iols pun x sebelahkan sape2. masing2 ada hak. artis yg terlebih baik hati mcm dct tu mmg rajin post kt igs siap tag lagi. mmg dia membantu peniaga2. artis yg x buat review free pun bukan x baik. cuma mungkin xde masa. so iols rasa xde sapa salah. peniaga la yg kena faham.
Quote pencintaABC 20-5-2020 11:20 AM
Nak cari retis mcm toktie yg tak merempan bila buat free IG review susah la kan? Sbb tu la neliau kekal sampai sekarang sebagai penyanyi bernombor.
Quote giyomi 20-5-2020 11:28 AM
yes, sbole2nya bagitau kat depa apa uols expect after bagi barang kat reviewer semua. jaman sekarang mulut kata ikhlas, tp harapkan attention
Quote Xim 20-5-2020 11:33 AM
Alahhh ade certain seller bile utk review sedap namateh dia buatkan....sekali customer beli dpt yg hauk.....
Quote fuyupoktek 20-5-2020 11:38 AM
Alah ko bukan ada job pon skang. Dh xsedap buang trus. Haaha
Quote Themilo 20-5-2020 11:39 AM
ucapan selamat hari jadi pun kau caj RM50 kannn... yang nak review ni, caj je la rm500.. keh keh keh
Quote Lailerthee 20-5-2020 11:47 AM
Xsalah kan sape2 tpi cuba fikir effort peniaga tu post benda tu kat uma kau at least say tq dah cukup kot. Ni siap cakap nk bg sy terima. So peniaga dpt pahala je la?
Quote hollahop 20-5-2020 11:49 AM
pencintaABC replied at 20-5-2020 11:20 AM
Nak cari retis mcm toktie yg tak merempan bila buat free IG review susah la kan? Sbb tu la neliau ke ...

betul la tu.

tokti terima ja semua. dia xmakan lagi pun dia tunjuk ja bekas2 yg berisi lauk.
dia xmakan berbuka, dia makan time moreh xpun sahur dia makan.

walaupun dia xda tunjuk dia suap makanan tu ke mulut. but still dia bukak satu2 makanan yg sampai and say thanks.


Quote belilies 20-5-2020 11:50 AM
Haaa take note semua mana yg nak bagi deyols ig review tu nama2 seleburiti di atas tu kene ati2 lah in the future.
Quote bolamata 20-5-2020 11:53 AM
aku tak suka pun mek jana ni.. tapi apa dia cakap tu betul.. kalo niat pemberi tu ikhlas sebab minat dengan mek jana tak apa lah.. tapi niat pemberi tu memang niat nak suruh review walaupun mek tu dah mention awal-awal no review tu memang pemberi jenis tak faham bahasa
Quote royaldanish 20-5-2020 12:05 PM
bubuh iklan siap2 kat ig bgtau takde buat review sama ada bebayar ataupun tidak

Lihat semua komen(114)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top