Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Nak Buat Ujian Sebelum Tiba Kampung, Macam Mana Ramai Terlepas Rentas Negeri?

19-5-2020 11:22 AM Komen: 48

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semakin ramai individu ingkar arahan rentas negeri walaupun pelepasan pergerakan rentas negeri yang diberikan bermula 7 hingga 10 Mei lalu sudah tamat.  

Susulan itu, individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000.  


Gambar Hiasan: MalaysiaKini

Menerusi Facebook, seorang jururawat mendedahkan ada individu tampil untuk melakukan ujian saringan kesihatan sebaik tiba di kampungnya di pantai timur. 

Beliau sendiri tertanya-tanya bagaimana individu terbabit berjaya merentas negeri pada waktu ini. 

Menurutnya, dia sangat terkejut melihat masyarakat yang menetap di Kuala Lumpur dapat pulang ke kampung halaman di pantai timur untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. 

Tambahnya, mereka yang pulang ke kampung turut melakukan pemeriksaan kesihatan (ujian swab) di unit kecemasan hospital sebelum tiba di rumah masing-masing. 

Lebih mencurigakan, kesemua mereka berjaya merentasi sempadan dan memiliki surat pelepasan polis meskipun kerajaan tidak membenarkan mereka berbuat demikian.


Petikan posting berkenaan yang sempat disalin OhBulan!

Menurut individu yang pulang beraya, mereka mengakui melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan diri negatif Covid-19 sebelum berjumpa keluarga di rumah. Lebih musykil, mereka mendedahkan kawasan rumah mereka di Kuala Lumpur merupakan zon merah.

Tinjauan di Facebook bagaimanapun mendapati posting asal jururawat ini telah dipadamkan. 


Kredit foto: Facebook

Menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan terutamanya jika ia terus berlaku berlaku walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Masyarakat seharusnya lebih berwaspada menjelang tempoh perayaan kerana ia mungkin menjadi pemangkin kepada penularan Covid-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status hijau.

Kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB amat penting dalam usaha menjayakan misi memutuskan rantaian Covid-19. Jangan pentingkan diri sendiri! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 48
Komen

Anda Mungkin Meminati

Biar Betul! Melambai Ketika Dikebumikan, Mayat Ucap Selamat Tinggal?
Tak Tahan Nak Terkencing, Atuk Dilarang Masuk Pasar Raya
Gantung Budak Sampai Mati Lepas Diperkosa
Raya Ni Perempuan Je Buat Semua Kerja, Lelaki Pemalas! Betul Ke?
Fattzura Rakam Kembali Seloka Hari Raya Hail Amir & Uji Rashid, Comel Kan?
Hospital Mumbai Lumpuh Akibat Kepadatan Pesakit COVID-19
'Jangan Kongsi Foto Lama Saya Tak Berhijab, Tak Nak Gambar Itu Jadi 'Saham' Dosa Buat Saya.' - Lisdawati
Bekas Setiausaha Politik Khalid Samad Nafi Terima Habuan
'Masyuk' Jual Air Jagung, Amir Raja Lawak Tak Menang Tangan Di Bulan Ramadan
"Saya Paling Tak Suka Keluar Shopping" - Emma Maembong
"Saya Tahu Mereka Nak Raya"- Ogy Takkan Lari, Masih Usaha Cari Dana Lunas Hutang
Tesco Mohon Maaf Tampal Notis Larang Warga Emas, Kanak-kanak Masuk
Pasukan Khas Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Izin
"Nanti Pakcik Balas" - Dr Zukifli Dapat Kad Raya Pula Dari Adik Nadzrul
Lufya Omar Dikecam Bawa Anak Keluar Beli Keperluan, Baju Raya
Kompaun Ibu Bapa Bawa Anak Keluar Masa PKPB - Gerakan
Alami Batuk Berdarah, Roslan Salleh Kini Habiskan Masa Baring Di Rumah Je
Buat Sendiri Suji Badam 4 Bahan, Patutlah Uqasha Senrose Tak Menang Tangan!
Bella Dally Akui Jumpa Malam Lailatulqadar, Bertuahnya Dia!
"Nak Bagi, Saya Terima Tapi Jangan Desak Tanya Bila Nak Post"- Janna Nick Kenapa?
Biskut Raya Warna Kedam Ni, Memang Tuan Rumah Kedekut Kan?
Kesan Covid-19 Terhadap Industri Perkahwinan
Solat Raya Di Rumah Ikut 'FB Live' - JAIS
"Hang Cakap Hormat Sikit!" - Lelaki Buat Isyarat Lucah Ditegur Pihak Berkuasa
"Nak Calon Suami Macam Abang Motor Tu"- Hati Tergoda Lelaki Mulia Bantu Warga Emas
Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 KWSP, Netizen Sokong Cadangan Najib
"Bila Masa Diva AA Yang Gah Ni Ada Kakak? Eee Jijik!"

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 22-5-2020 11:56 AM
prettyuglybabe replied at 19-5-2020 11:36 AM
dah kobar dah..
sek sek kito jange pecoh ni memang ummah paling degil..
sure ramai jugak akan bali ...

ni aku setuju...
degil bebenar...
x kesian ke dekat forntliner semua tu....
derang tu x jumpa anak2 tahu...

aku tgk muka DG hari2 kat TV pun sedih tgk...mcm dia dah letih sgt.....
skrg ni DG jadi idola dah........

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 19-5-2020 11:24 AM
Nekad yer puak2 ni nak balik beraya... lautan api pon snaggup direnangi asalkan SSKJP.
Quote Boomibulat 19-5-2020 11:25 AM
Rentas negeri, polis buru hingga ke Rumah

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

"Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

"Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara," katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

"Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri," katanya.

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah 'terlepas' pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan 'terlepas' apabila hendak kembali semula ke rumah.
Quote prettyuglybabe 19-5-2020 11:36 AM
dah kobar dah..
sek sek kito jange pecoh ni memang ummah paling degil..
sure ramai jugak akan balik tak kira la apa juga cara..
harap tutup terus border..
no more rentas negeri..
biar semua mereput kat kampung..
Quote msdummy.2018 19-5-2020 11:39 AM
satu jer aku nk tny...sdgkan aku balik pada rrkh merentas negeri, polis duk mintak qr code bagai...so mcm mana plak org mcm ni terlepas....mesti lalu sekatan jugak...dan nk lalu sekatan kena ada surat sma bagai..takkan diaorg boleh bodoh2 lepas sekatan
Quote delia3003 19-5-2020 11:46 AM
Edited by delia3003 at 19-5-2020 11:47 AM

Amboi langgar arahan, lepas tu senang2 pulak pergi buat swab test free. Harap pihak berkuasa dapat jejak puak2 degil ni dan ambil tindakan. Semoga puak2 degil ni mereput kat kg, tak dapat balik rumah semula. Bakalan kena ambik cuti tanpa gaji sbb tak dapat hadir bertugas ke pejabat. Ajar sikit, tak adil utk orang yg ikut arahan
Quote johan-adx 19-5-2020 11:49 AM
Boomibulat replied at 19-5-2020 11:25 AM
Rentas negeri, polis buru hingga ke Rumah

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi k ...

kaedah ni bgs..mungkin menakutkan org ramai..yela semua pakat blk nek kete..tp menambahkan keje polis la plak..kesiam abam2 polis
Quote johan-adx 19-5-2020 11:50 AM
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 11:39 AM
satu jer aku nk tny...sdgkan aku balik pada rrkh merentas negeri, polis duk mintak qr code bagai...s ...

sekatan mmg 24jam..tp bkn 24jam tahan kereta kot..tgk pagi lalu pegi keje lepas je semua
ptg br tahan..
Quote kucingitam 19-5-2020 11:55 AM
menyusahkan org
Quote msdummy.2018 19-5-2020 12:01 PM
johan-adx replied at 19-5-2020 11:50 AM
sekatan mmg 24jam..tp bkn 24jam tahan kereta kot..tgk pagi lalu pegi keje lepas je semua
ptg br  ...

dah tuh..mmg btollah ada yg terlepas...nama pun malaysia..sma pun boleh...bukan ker tuk org yg pergi kerja tuh hrus ada qr code..so motif qr code ni dicipta stakat tuk balik kg jer?
Quote msdummy.2018 19-5-2020 12:02 PM
prettyuglybabe replied at 19-5-2020 11:36 AM
dah kobar dah..
sek sek kito jange pecoh ni memang ummah paling degil..
sure ramai jugak akan bali ...

ttp border kang ada plak merempan xleh g kerja..kang kena buang kerja...
Quote LostStar 19-5-2020 12:11 PM
eih mereka ni tak kerja ka.. peliknya.. ke wfh.. tu pasal blh fly sana sini gamaknya..
Quote johan-adx 19-5-2020 12:13 PM
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 12:01 PM
dah tuh..mmg btollah ada yg terlepas...nama pun malaysia..sma pun boleh...bukan ker tuk org yg per ...

ikut logik kan..sush kot nk halang org blk ke kampung jgk..byk jln2 tikus..
tau la sikap rakyat kita mcmana..
jd utk langkah selamat bg kesedaran aje la..
Quote husna_amal 19-5-2020 12:13 PM
Patut dalam tempoh seminggu ni kembali kan PKP semula, buangkan bersyarat tu sementara. Rakyat Malaysia ni akal panjang mesti cari jalan sebolehnya.
Quote leylapple 19-5-2020 12:15 PM
ramai yang terlepas.. kat swk nie lagi lah... byk jalan tikus... sedar2 dari redzone dah update status kat greenzone...

Quote prettyuglybabe 19-5-2020 12:32 PM
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 12:02 PM
ttp border kang ada plak merempan xleh g kerja..kang kena buang kerja...

sendiri degil.. selayaknya la kena buang kerja..
Quote belilies 19-5-2020 12:51 PM
Screenshot_20200519-011607_Instagram.jpg Screenshot_20200519-011704_Instagram.jpg
Dari kau sebok pasal orang rentas negeri ni, datin alya bawak budak 5 ketol pegi beli toys tu ke mall boleh pulak ye.
Quote pcr13 19-5-2020 01:01 PM
belilies replied at 19-5-2020 12:51 PM
Dari kau sebok pasal orang rentas negeri ni, datin alya bawak budak 5 ketol pegi beli toys tu ke m ...

Aku tgk igsrory dia ni dalam hati terus menyumpah bodoh
Quote belilies 19-5-2020 01:07 PM
pcr13 replied at 19-5-2020 01:01 PM
Aku tgk igsrory dia ni dalam hati terus menyumpah bodoh

Screenshot_20200414-180449_Instagram.jpg
Dari musim keluar sorang lagi ye. Siap berteman.
Quote shernazz 19-5-2020 01:18 PM
Sapa sapa yang lepas kuar negeri tu harap jangan tipu apa apa ya..
Hanat btol..

Sebab mcm ni la orang yang betul betul ada urusan penting jadi susah semuanya

Bodoh btol dtg emergency pkl 3 4 pagi..mcm.nak.mati plak

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top