Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Percaya Akan Cantik Walau Menderita - Remaja Ini Dikecam Sanggup Ambil Risiko

18-5-2020 09:29 AM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 60




Biarpun banyak kes produk kecantikan beracun dipaparkan di media massa, namun dek kerana mahukan cantik dengan cepat, ada wanita yang sanggup mengambil risiko ini. Seorang pengguna Twitter membuat video pendek mengenai rutinnya menggunakan produk kecantikan tempatan.

Kulitnya mula mengelupas teruk sebelum dinaiki jerawat besar, kemudian ianya perlu dilakukan selama dua minggu bagi mendapatkan kulit licin berseri. 

Dalam kemas kini terbaharu, remaja itu dengan bangganya menyatakan kulitnya semakin cantik walaupun terpaksa bersabar dengan kesan sampingan seperti pedih, perit lalu menyamakan produk kecantikan tersebut mengandungi dadah seperti mana panadol. Jadi, ia tidak merbahaya asalkan dalam dos yang betul.

Ramai yang menegur kenyataan remaja tersebut yang menyimpang antara penggunaan dadah di dalam ubat dan racun dalam produk kecantikan. 

Akhirnya, remaja itu memadam video tersebut. Pakar farmasi, Siti Awe turut menegur di laman Twitternya.


Kredit foto: Twitter



Menurut Siti Awe lagi, kesan yang dihadapi oleh remaja tersebut sudah jelas menunjukkan impak buruk produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin

Mungkin pada mulanya nampak cantik, namun ianya memudaratkan dalam jangka masa panjang.


Kredit foto: KKM

Malah, sudah banyak produk kecantikan tempatan yang telah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bahan-bahan terlarang. Yang anehnya, mengapa masih ada yang menjualnya? Lebih dasyat, mengapa ada wanita yang sanggup menggadai diri sendiri untuk kelihatan cantik?


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Twitter


Biarpun ramai yang mengecam perbuatan remaja tersebut, namun bagi dirinya, itu adalah pilihan masing-masing. Malah, menunjukkan bukti ramai pengguna sudah pun berubah menjadi cantik dengan produk tersebut.


Kredit foto: Twitter

"Aku bukan influencer sampai semua nak marah aku spread journey skin aku. Lepas tu, risau ramai orang ikut aku. Beb, i spread ke tak spread ke ramai je yang pakai produk ni. Risau kenapa? Kalau orang ikut aku pun itu hak dia."

Rasanya, tindakan lebih tegas harus diambil terhadap penjual produk ini yang masih berleluasa mempengaruhi wanita naif di luar sana.
Setakat artikel ini ditulis, sudah 19 hari rutin kecantikan remaja ini berlangsung. Jadi, sama-samalah kita saksikan perubahan wajahnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 60
Komen

Previous : Baca Resepi Pun Macam Nyanyi, Video Masakan Khairul Aming Tampilkan Tok Ti!

Next       : Bekas Pelajar Sekolah Sukan Diusung 12 Anggota Bomba Sebab Obes

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Mungkin Dulu Nasib Tak Menyebelahinya, Tapi Zul Tak Patut Cakap Begitu - Rosyam Nor
Covid-19: Sentuh Pakaian Tercemar, Pekerja Dobi Jangkiti Belasan Pelanggan
Hilang Kepercayaan Majoriti, Mukhriz Lepas Jawatan MB Kedah
'Selamat Hari Guru Cikgu Azwan' - Diva AA Tersentuh Dihargai Anak Murid
"Orang Tak Solat Boleh Pula Berkumpul Dalam Masjid" - Sabri Yunus Sindir Siapa?
Ingkar PKPB Pun Kena Kompaun RM1,000! Kenapa Makin Ramai 'Langgar'?
Isteri Trauma Saksi Suami, Anak Ditetak Depan Mata
Bekas Pelajar Sekolah Sukan Diusung 12 Anggota Bomba Sebab Obes
"Tak Untung, Tapi Harap Mampu Bayar Gaji Pekerja RM200,000" - Mila Jirin
317 Kes Covid-19 Dalam Kalangan Kanak-kanak, Bayi
Broker Kaya, Yang Nama Dijual Teraniaya - Khalid Samad
'Geram Sangat Tu' - Wanita Ini Kongsi Cuci Bontot Kuali Sampi Berkilat, Kena Cuba!
"Tolong Jangan Datang Beraya Di Rumah Saya!" - Rita Rudaini
Blok Nombor, Tak Bagi Jumpa Anak - Erin Tak Nak Ada Kaitan Dengan Da'i Farhan!
Ini Ke Tahap Pemikiran Hero Remaja? Ramai Marah Jabir Meftah Sebab...
Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik, Ahli Parlimen Kena 'Sound' Dengan Agong
Macam Mana Jaga Hubungan Dengan 2 Bekas Suami? Ini Tip Hana Azraa
Kena Jadi 'Bisumen' Sebab Parlimen Tak Boleh Berbahas - Mujahid
Mayat Felo Mereput Di Asrama IPTA
Patuh Syariah Konon, Hafiz Hamidun Bengang Scammer Forex 'Sebat' Gambar Raya
Tak Tahan Nak Terkencing, Atuk Dilarang Masuk Pasar Raya
Gantung Budak Sampai Mati Lepas Diperkosa
Dapur Canggih Thermomix - Berharga RM7,1888, Mimpi Ngeri Para Suami?
Siapa Makan Quinoa Kadar Zakat Fitrahnya Mahal La Sikit - Ini Perkongsian Ustaz Di Twitter
Arggh!! Cam Mana Nak Bayar Zakat Waktu Perintah Kawalan Pergerakan
Lembik Kerana Cinta? Budak Sekarang Memang Entah Apa-apa
Kerja Saya Unik - Wanita Malaysia Kongsi Pengalaman Jadi Pegawai Kualiti Ganja Di AS

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-5-2020 02:21 AM
azimodin replied at 18-5-2020 10:51 AM
bahan kimia terlarang ni jangan bawak main2 la... bukan takat muka rosak, silap2 boleh mengganggu re ...

Nouvelle visages

Klu xsilap
Bnyk products ni kena tarik balik

Lain-lain Komen

Quote awanysss 18-5-2020 09:38 AM
ni la namanya bodoh tak boleh dibendung..
Quote Fur 18-5-2020 09:38 AM
permintaan vs pengeluaran

suka kau la dik. kulit kau. muka kau. duit kau. yg cantik pun kau. yg buruk pun kau jgk nanti.
Quote fliphair8 18-5-2020 09:54 AM
Pegi je le skin specialist pada yg ade skin problem tu....adik hakak chronic jerawat besar cam bisul kat muka sampai merah2 luka....segala macam over the counter pakai (not timbang kilo) tetap tak jalan....spent money kat specialist...less than 6mths no more jerawat just parut2 ....
Quote nazzse 18-5-2020 10:01 AM
Takda penyakit cari penyakit..suka hati ko lah budak oiii
Quote epal21 18-5-2020 10:07 AM
Suka hatilah. Nanti kalau dah kena dialisis atau kanser kulit jangan memandai pulak nak minta sumbangan derma ke buat video nak meraih simpati. Takziah in advance!
Quote kimsa-ra 18-5-2020 10:07 AM
Nnt dh berhenti kulit lg teruk..xyah pakai apa2
produk cream siang mlm bagai cuci muka je plg penting..
Quote Covid19 18-5-2020 10:11 AM
Kulit bila dah terhakis jadi sensitif susah nak jaga dah nanti....
Quote Covid19 18-5-2020 10:13 AM
Simpati pada adik ni..kulit dia teruk sgt..rasa mcm kalau pegang pun sakit ni
Quote beatgirlX 18-5-2020 10:19 AM
Nanti jgn nak meroyannn bilankesan tu dah muncul
Quote cikatilia 18-5-2020 10:34 AM
kulit elok2
dibuat gitu
RIP kulit mulus
Quote azimodin 18-5-2020 10:51 AM
bahan kimia terlarang ni jangan bawak main2 la... bukan takat muka rosak, silap2 boleh mengganggu reproductive system.  nak cantik sangat pergi la dapatkan rawatan kat klinik bertauliah. makcik iouls dulu pakai tabita dengan produk apa nyah yang pengasas dia cakap kecantikan adalah hak milik setiap insan tu. mmg licin macam plastik muka dia. tapi bila dah tua kulit dia langsung xtahan kena cahaya matari. gi orang kawen sekejap pon dah merah macam kenaa tampar.
Quote mayaHD 18-5-2020 11:13 AM
budak budak sekarang. cantik diutamakan.  
Quote MissVixen 18-5-2020 11:16 AM
Budak2 akal pendek. Mak pak pon melayan. Dah kena dialisis apa semua nanti, duduk diam2. Jangan merintih di medsos.
Quote awanysss 18-5-2020 11:18 AM
Edited by awanysss at 18-5-2020 11:20 AM
Covid19 replied at 18-5-2020 10:13 AM
Simpati pada adik ni..kulit dia teruk sgt..rasa mcm kalau pegang pun sakit ni
kulit menipis kan..
Quote ina_na 18-5-2020 11:20 AM
Kulit jd nipis ni.. Bahaya.. Pakai la produk yg dr farmasi, guardian atau Watson.. Walaupun lambat nampak kesan kulit x rosak.. Aku elok je pakai dr remaja kanak2 ribena nak msk kanak2 purba ni.. Takat pakai safi, olay.. Cuma mkn vit C glow je skrg ni sbb dah nk msk zmn purba ni garis2 halus dah keluar kan
Quote RatuDunia94 18-5-2020 11:21 AM
Ayooo.. zaman skrg ni dh banyak awareness kot pasal produk2 kosmetik.. lain la dulu2 masa watu iols sekolah nk murah g beli kat kedai RM2. Sekali muka naik jerawat. Dah kerja invest skit pada produk yg mahal beli kat drugstore.. elok je kulit..
Quote dewi_rina 18-5-2020 11:24 AM
Lantak ko lah, yang penting konfiden !
Muka putih tangan legam
Quote Covid19 18-5-2020 11:28 AM
awanysss replied at 18-5-2020 11:18 AM
kulit menipis kan..

Betul..kulit nipis.. susah nak jaga dah tu..silap sikit je jerawat naik blk...bertabahlah
Quote dewi_rina 18-5-2020 11:46 AM
Dah kenapa Melayu tapi cakap pelat2?
Ko ingat comel?
Keknan keknan
Mengidolakan keknis ke kak?

Lihat semua komen(60)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top