Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Semakin Tegang, Trump Terus Ancam Mahu Putus Hubungan Dengan China

17-5-2020 01:00 AM Komen: 29

Peningkatan ketegangan perang dagangan Amerika Syarikat (AS) - China telah memberikan kesan turun naik kepada ekonomi dirantau ini.

Terkini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus melaungkan ancaman mahu memutuskan hubungan dengan China, serta enggan membuka ruang perbincangan dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping, berhubung isu pandemik COVID-19.

Malah, Trump sedia menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan hubungan dengan pertubuhan bertanggungjawab bagi menangani wabak COVID-19 itu.

Memetik Berita Harian, Ketegangan antara dua kuasa besar dunia Beijing dan Washington berlarutan dan Trump terus menekan dan menyalahkan China mengenai punca kemunculan pandemik COVID-19 sejak akhir Disember lalu di Wuhan.

"Saya mempunyai hubungan baik (dengan Xi) namun pada ketika ini tidak mahu bercakap dengannya. Saya terlalu kecewa dengan China dan itu perasaan yang dirasakan ketika ini," katanya mengenai Presiden China itu kepada Fox Business.

Ditanya adakah negaranya akan membalas dendam, Trump memberikan jawapan spesifik namun dengan nada mengancam, dia mengatakan banyak perkara mampu dilakukannya.

"AS mampu melakukan apa saja. Dengan memutuskan seluruh hubungan, kita akan berjimat hingga AS$500 bilion (RM2.2 trilion)," katanya.

Sejak beberapa minggu lalu Trump menuduh China menyembunyikan angka sebenar wabak dan membiarkan virus itu mereka seluruh dunia hingga mengorbankan kira-kira 300,000 nyawa.

Bagaimanapun dakwaan itu dibantah keras Beijing dan menegaskan negaranya akan secepat mungkin memberikan semua data kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Awal minggu ini, Trump menolak untuk mengadakan perundingan semula perjanjian itu, ketika ditanya mengenai laporan bahawa China mahu membuka kembali rundingan.

Jumaat lalu, Wakil Perdana Menteri Liu He, yang mengetuai rundingan China, bercakap melalui telefon dengan perunding tertinggi Washington dan mengesahkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan fasa pertama perjanjian itu.

Rabu lalu, AS bagaimanapun mendakwa penggodam China mahu mencuri data mengenai rawatan dan vaksin COVID-19 dan mengatakan ia membabitkan kerajaan China dan negara sekutunya yang lain. 

Apapun dalam keadaan sekarang, pergaduhan antara kuasa besar dunia dilihat lebih memburukkan keadaan kerana yang paling penting semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani Covid-19 yang mengancam seluruh dunia. - CARI


Kata Trump, virus itu sepatutnya terkawal namun keadaan sebaliknya berlaku hingga mengakibatkan korban rakyat AS daSemalam, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo turut membidas kenyataan Beijing dan mengatakan AS dan negara sekutu akan mengambil tindakan kolektif bagi menyelamatkan nyawa rakyat Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming bagaimanapun membantah mengatakan China adalah mangsa dan bukan pelakuny

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 18-5-2020 12:34 PM
Baguslah jika ianya benar berlaku.

Lain-lain Komen

Quote Lailerthee 17-5-2020 01:01 AM
Doa la yg baik2 hope sume kembali normal
Quote epuepy 17-5-2020 01:10 AM
Masing2 perangai mcm bdk2. Ego sgt Dua2. Fokus crik antivaksin x bole ke?
Quote belilies 17-5-2020 01:47 AM
Heols ni macam saja je nak cari pasal ngan china dari kes hua wei aritu. Pasni nak buat kilang kat indon, buatlah.
Quote Melur1 17-5-2020 01:58 AM
The American "dream"... US memang betul2 top in the world... in terms of covid-19 cases. Contoh terbaik on the worst strategy to deal with a pandemic sama2 ngan UK.
Quote matbad 17-5-2020 02:02 AM
Mcm budak cekolah ja nak putus pun bagitau..putus ja la cari baru..adess tu pn nak kena ajar ke
Quote ashilalat 17-5-2020 04:27 AM
Bodohnya trump ni..ko x puas hati, ko blame China, boleh selesaikan masalah pendamik ni ke?

Ko putuskan hubungan, effect la jugak company2 ko yg ada kilang/melabur kat China. Mcm bercinta zaman budak2 pulak. Aku x suka kau, aku nak putus.
Quote darkness 17-5-2020 05:19 AM
Trumpet buduh
Quote ninja9 17-5-2020 05:23 AM
Trump sebenarnya tertekan sebab pemilihan presiden dah dekat.
Tuesday , 3 November 2020
United States Presidential election

Dengan kesilapan pentadbiran dia untuk handle covid awal2 wabak itu mulai melanda amerika sehinggalah sekarang ini jadi teruk mungkin susahlah untuk dipilih semula... bila gaduh dengan china nampaklah sedikit hero dia tu, nampaklah ada ciri2 jadi saviour amerika, bolehlah orang  terpegun sekejap
Quote manehnya 17-5-2020 10:44 AM
Putus je lah! Knp nak ugut2
Quote sidewinder 17-5-2020 11:06 AM
biar jer dua2 ni gaduh.......masing2 sikap suka membuli.....US buli negara arab....China buli negara2 kat Laut China Selatan.....ngam sgt
Quote RatuDunia94 17-5-2020 12:12 PM
Mongloid vs kokesen..
Quote Aliaskotonggo 17-5-2020 12:55 PM
donald duck trump semakin menegang untuk mengontol China's advancement. China semakin menguasai teknologi. Dengan teknologilah US membuli  dunia khususnya negara2 membangun. Huawei saja dah kalahkan US dalam teknlogi 5G, skrg China dah bangunkan 6G. economic pie Amerika semakin mengecik, mcm kontol mushroom donald duck trump yeng mengecut di subuh hening.  Amerika terpaksa sabotaj china, kalau perang pun dia sanggup buat
Quote AbukRokok 17-5-2020 01:23 PM
semoga trump menang PRU 2020  

Quote ohnoLia 17-5-2020 01:24 PM
matbad replied at 17-5-2020 02:02 AM
Mcm budak cekolah ja nak putus pun bagitau..putus ja la cari baru..adess tu pn nak kena ajar ke

Ai fikir bila melihat us dan china,   ternyata pemimpin kita jauh lebih bagus dr mereka.

Kalau begitulah level pemimpin us, any forumer kat forum cari pun layak jd presiden u.s .. tinggal usahakan dpt sokongan je
Quote Supersirap 17-5-2020 01:42 PM
Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku, didoakan supaya dipermudahkan segala urusan.
Quote PEPPERMAN 17-5-2020 03:12 PM
Merempan mcm perangai mahathir
Quote mbhcsf 17-5-2020 04:03 PM
Pax Romana ......then  Pax Americana


now what  Pax le Chine?

sekarang ni i nampak dalam Buletin Utama semalam American Chambers of Commerce nak  kaji semula pelaburan di Malaysia

how about Singapore?

i mean dah mula guna ugut ugut

tapi i mengambil nasihat / maklum  YB Titiwangsa ke Johari something...

yg kata 1MDB tu - jgn settled lagi , see the big picture




Quote salamon 17-5-2020 04:20 PM
sbelum ni dah ade isu, pastu trump lgi trigger bila covid ni punca dr wuhan china..kdg2 tpikir gk covid ni sebenarnya satu agenda ka..
Quote underground 17-5-2020 05:05 PM
mana tak bengkek, us lumpuh jap sebab pandemik.. china diam2 beli saham

kira trade war macam sendu la

sekarang china dah berani nak kuasai perairan asia.. tamparan utk us kuasai geopolitik

us takut china jadi next japan zaman WW2 sebab teknologi dan ketenteraan mereka dah semakin dahului US dan sekutu.

war of perception kena gerak utk takut2kan negara kecik yg sekutu US bahawa china dah mula nak menjajah..

ingat politik Malaysia ni dah cukup pening?

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top