Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Balik Kampung, Siapa Nak Periksa Suhu Badan Masa Sakan Beraya?

8-5-2020 02:57 PM Komen: 156
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam program 'Ruang Bicara' Bernama TV seperti dipetik MalaysiaKini memberi penjelasan kepada rakyat mengapa tidak boleh balik kampung untuk sambutan Aidilfitri.

Katanya, larangan itu dibuat kerana sukar bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan Covid-19.


Kredit foto: The Star

Ia berbeza dengan pasar raya yang lebih mudah untuk memantau pematuhan SOP ditetapkan.

"Sebagai contoh, siapa yang nak masuk mesti beratur pada jarak satu meter. Penjarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

Tetapi, balik kampung siapa yang nak pantau. Dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku? Bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah, katanya.

Tambahnya, walaupun ada jawatankuasa khas untuk memantau pematuhan SOP berkenaan, pemantauan setiap rumah di seluruh negara sukar dilaksanakan berikutan kekurangan anggota.

"Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu hari raya ini menjadi satu kluster baru, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu, katanya.

Beliau bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang diberi kuasa mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kebenaran pulang ke kampung. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 156
Komen

Anda Mungkin Meminati

Fedtri Yahya Kecewa Ibu Bapa Desak Sekolah Pendidikan Khas Dibuka Semula
Tumbang Dek Kepanasan, Frontliners Seru Rakyat Duduk Rumah Walaupun PKPB
Menyusahkan Betul! - Puas Dikejar Frontliners Warga Asing Degil Elak Ujian Saringan
"Sedang Berlatih, Kita Cuba-cuba Dulu" - King Coco Tampil Manis Bertudung
PU Syed Bakri Tegur Kemesraan Zarina Anjoulie, Kekasih?
Niat Saja Nak Kongsi Cara Buat Biskut, Tiba-Tiba Saya Jadi Penjual Biskut Raya - Uqasha Senrose
Al-Fatihah, Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia
"Tak Payah Keluar, Jimat Duit Belanja" - Suami Maria Farida Gembira Jalani PKP
'Aku Rasa Dia Ni Sampah' - Kekasih Zarina Anjoulie Terkilan Dengan PU Syed
'Lock In' Buat Peminat Geli Hati, Ada Pelakon Popular Lagi Tapi Erma Fatima Kata...
"Kuey Teow Kau Boleh Bagi Anjing Makan" - Fendy Bakry Dimaki Pelanggan Kempunan
Penuntut Maut Jatuh Dari Menara Masjid Ketika 'Cari Isyarat Internet'
Polis Siasat Video 3 Wanita Pijak Anak Kucing Sampai Mati
JHEAT Tampil Jelaskan Kes Khalwat Siti Rohayu
"Menu Berbuka Paling Lazat Di Muka Bumi" - Apa Hukum Santap Daging Dhab?
Habis Rosak, Bersepah! Hotel Pusat Kuarantin Dirosakkan Kluster Kayangan?
"Pendirian Keluarga Saya Itulah Pendirian Saya" - Da'i Farhan, Fatin Belum Rujuk
Demi Anak, Bapa Jaja Telefon Bimbit Rosak Untuk Beli Beras
IKEA Berang Pengunjung Ghairah Beronani Dalam Bilik Pameran
Ada Kes Pedofilia, Skim Cepat Kaya Tapi Macam Mana Buruan AS Terlepas Ke Jakarta?
Makan Roti Canai Bentuk Ular Haram?
Tengku Zafrul Saran Institusi Kewangan Lupus Faedah Terakru Sepanjang Moratorium
Isteri Kerja Di Malaysia, Lelaki Umpan 5 Remaja Puaskan Nafsu

Komen Terbaru

Quote kucingitam 11-5-2020 10:15 AM
iraizz replied at 8-5-2020 10:26 PM
Mil tak paham ke bapak dafi dgn tok yiddin cakap apa... Ayo.. Dari selangor nak kelantan sah2la ta ...

mungkin keno bapak dapi dgn tok din kecek klate baru pehe (paham)

Lain-lain Komen

Quote bulalof 8-5-2020 03:04 PM
Rakyat telah lama redho Aidilfitri di sambut di kediaman masing2.
Quote LostStar 8-5-2020 03:33 PM
Ntahnya.. tak ada sapa kesahkan raya dah.. yang dikesahkan sekarang moga virus ini dapat dinyah secepat mungkin ja..
Quote iraizz 8-5-2020 03:39 PM
Ramai je lagi kat benang2 sebelah merempan nak balik kampung.. Come on la rakyat malaysia, tak matinya kalau tak berhari raya di kampung, tapi maybe mak pak korang berisiko kalau korang balik kampung.... Ada paham..
Quote lilacomot 8-5-2020 03:49 PM
tp bln puasa ni ramai je yg dh kunjung mengunjung berbuka puasa
Quote Abot 8-5-2020 03:55 PM
pk positif jela.. raya thun ni aku dapat rehat  !! yahooo
Quote nazzse 8-5-2020 03:58 PM
iraizz: Ramai je lagi kat benang2 sebelah merempan nak balik kampung.. Come on la rakyat malaysia, tak matinya kalau tak berhari raya di kampung, tapi maybe m ...


Semalam baru cousin iols mesej ajak balik kampung, padahal confirm2 tak boleh rentas negeri..dgn yakinnya heols cakap heols ada cara.. Banyak la caro ko, byee..jangan bawa mai penyakit nanti sudah
Quote iraizz 8-5-2020 04:02 PM
nazzse replied at 8-5-2020 03:58 PM
Semalam baru cousin iols mesej ajak balik kampung, padahal confirm2 tak boleh rentas negeri..dgn ...

Ape lah cara si cousin  tu yer... Nak balik cara illegal la tu... Jgn cari pasai, kang kantoi kat umah sendiri pun tak leh duduk, duduk la berhari raya di jail.. Roadblock kat sempadan negeri merata dah woi..
Quote slyfynx 8-5-2020 04:07 PM
iraizz replied at 8-5-2020 03:39 PM
Ramai je lagi kat benang2 sebelah merempan nak balik kampung.. Come on la rakyat malaysia, tak matin ...

Dengan yang bangang gi rumah orang berbuka same2 sbb boleh gerak2 dah sekarang.
Bodo, dah la makan kongsi sudu garpu.
Mampos beramai2
Quote nuno 8-5-2020 04:12 PM
Ke pak menteri ni yang nak balik beraya semua ni..saja cakap kat rakyat hahaha
Quote darkness 8-5-2020 04:15 PM
Xdak kampong nak balik pun. Raya di rumah ja
Quote nazzse 8-5-2020 04:19 PM
iraizz replied at 8-5-2020 08:02 AM
Ape lah cara si cousin  tu yer... Nak balik cara illegal la tu... Jgn cari pasai, kang kantoi kat  ...

I tunggu & lihat jugak ni. Ajak meols sbb meols yg drive, dengan lesen mati takleh renew memang taklah iols nak drive jauh2. Boleh beraya dgn aman tahun ni
Quote Tinot7 8-5-2020 04:26 PM
nazzse replied at 8-5-2020 03:58 PM
Semalam baru cousin iols mesej ajak balik kampung, padahal confirm2 tak boleh rentas negeri..dgn ...

Beraninya cousin chuols.. tingat iols kat famili yg rentas negeri, pastu post kat medsos cara nak rentas negeri masa pkp. Kena tangkap pastu taktau apa kabor.
Quote kucingitam 8-5-2020 04:51 PM
kat fb nu ramai ja lagi dok sibuk nk balik raya, nak balik raya.. kalau blh lempang, aku lempang sesekor. tang mananya yg tak paham sgt tu tah
Quote GigaMom 8-5-2020 05:30 PM
Ai mmg x kan balik
Biar bpatah arang sekalipun
My mil dh hr2 hint tny pasal balik raya
Anakny ni pun sibuk nak hint. Koser aku nak layan.
Demi nyawa anak ku, lantak lah anak beranak degil itu. Boleh x.
Selangor-kelantan bukan dekat
Quote cik_chili 8-5-2020 05:31 PM
aku janji x peluk semua org ....pls nak blik raya...
Quote isseliparjepun 8-5-2020 06:42 PM
slyfynx replied at 8-5-2020 04:07 PM
Dengan yang bangang gi rumah orang berbuka same2 sbb boleh gerak2 dah sekarang.
Bodo, dah la maka ...

Jangan tak tau..ada yang dah buek majlis berbuko poso lagi kek opis dongan kek umah pun ado. Bukan kawan kawan yo tapi dongan bos bos join skali. Bos punyo akal nak buek. Makanan siap bertempah laei. Hebat kan.
Quote Eric.n9 8-5-2020 06:44 PM
isseliparjepun replied at 8-5-2020 06:42 PM
Jangan tak tau..ada yang dah buek majlis berbuko poso lagi kek opis dongan kek umah pun ado. Bukan ...

Cukup sorang jo yo ado, habih sumo eh kono.
Bega bona...
Quote munchkin 8-5-2020 07:02 PM
Gila kau.  Now tetiba ada kluster pak guard. Cluster pasar. Cluster pembinaan. Kluster kilang ayam pedas.

Di akhir pkp timbul kluster2 ni.
Quote munchkin 8-5-2020 07:03 PM
kucingitam replied at 8-5-2020 04:51 PM
kat fb nu ramai ja lagi dok sibuk nk balik raya, nak balik raya.. kalau blh lempang, aku lempang ses ...

Yelah siap perli orang yg nak patuh. Aku nak balik aku punya pasal lah.

Lihat semua komen(156)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top