Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Resipi Kek Choc Moist Mudah Dan Sedap, Orang Bujang Pun Boleh Buat!

3-5-2020 11:18 AM|Oleh: intan| Komen: 30

Dah lama duduk rumah barangkali anda sudah kehabisan idea menu berbuka untuk seisi keluarga. 

Mungkin nak cuba pemanis mulut tapi belum mahir, jadi boleh cuba resipi mudah kek coklat 'moist' yang mudah ini, hasil perkongsian pengguna Facebook, Imah Halimah.

Sangat senang, malah kek coklat yang dihasilkan juga lembut dan sedap. Sesuai buat mereka yang 'hantu coklat'!

Untuk menyediakan kek coklat ini, anda perlu sediakan tiga jenis bahan iaitu:



Bahan A : 1 cawan minyak masak, 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair, 1 cawan gula kastor, dan 1 cawan serbuk koko
Bahan B : 4 biji telur saiz A dan 1 sudu kecil esen vanila
Bahan C : 1 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder. Boleh juga tambah coklat emulco.

Cara memasaknya hanya perlu masak bahan A sebentar sahaja dengan api kecil kerana serbuk koko yang mudah hangus. Sekadar suam dan jangan sampai mendidih. Tutup api dan masukkan bahan B yang sudah dikacau bersama esen vanila. 

Untuk buatkan kek nampak lebih gelap, boleh tambah 2 sudu kecil coklat emulco.



Bahan-bahan tadi kemudian digaul sehingga sebati sebelum masukkan bahan C yang dah diayak.



Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati sehingga tidak berketul-ketul dan masukkan ke dalam bekas acuan. Nak masukkan dalam bekas plastik pun tidak menjadi masalah.


Kredit foto: Facebook Imah Halimah

Kemudian, kukus kek selama kira-kira 1 jam atau sehingga masak dengan api besar. Tutup bahagian atas kek untuk elak dari masuk ke dalam pengukus. Selepas 1 jam, kek akan naik tinggi.  Maknanya, sudah siap dan boleh dijadikan hidangan minum petang untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba! - CARI

Kredit resepi: FB Imah Halimah

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 30
Komen

Previous : Mak Datuk, Mahal Gila Air Kosong Ni!

Next       : "Dah Nak Azan Subuh Itulah Mereka Bersama" - Suami Isteri Kena Kaffarah Ya

Komen Terbaru

Quote Lengkong 28-7-2020 04:12 PM
Tengok gambar disini terus rasa teringin nak makan kek coklat


Lain-lain Komen

Quote Cookingholic 3-5-2020 11:38 AM
So takdelah tiga bahan sebenarnya
Quote dubuk 3-5-2020 12:08 PM
ada tak resepi kek yang minyaknya hanya satu sudu
Quote Melur1 3-5-2020 12:28 PM
Kenapa kek dia jatuh kat tengah2? Kalau kat Bake-Off memang dah kena leter tu

Tapi nampak sedap lah jugak, tq for sharing
Quote nazzse 3-5-2020 12:55 PM
Melur1: Kenapa kek dia jatuh kat tengah2? Kalau kat Bake-Off memang dah kena leter tuTapi nampak sedap lah jugak, tq for sharing


Tak  cukjp adun kan klu kek collapse ni.
Takit tengok bahan2, kek cari penyakit namanya ni
Quote LostStar 3-5-2020 01:32 PM
Kenapa mesti minyak berkodi2...
Quote Tinot7 3-5-2020 02:44 PM
LostStar replied at 3-5-2020 01:32 PM
Kenapa mesti minyak berkodi2...

Sbb nak bg moist
Quote LostStar 3-5-2020 03:04 PM
Tinot7 replied at 3-5-2020 02:44 PM
Sbb nak bg moist

Oh ya ka.. maknanya semua cake laguni la gamaknya kot kan..

Baru taw la.. terkebil kejap.. ohmyyy.. lepasni kena cut la.. harus tahan diri dari amek cake begini..
Quote lonso 3-5-2020 07:08 PM
Kalau x da esen vanila takpa ke
Quote 3480 3-5-2020 09:05 PM
Kata 3 bahan...
Quote KIM.K 3-5-2020 09:23 PM
Melur1: Kenapa kek dia jatuh kat tengah2? Kalau kat Bake-Off memang dah kena leter tuTapi nampak sedap lah jugak, tq for sharing

Bukan collapse. Kek basah masa dia tutup tupperware tu. Bila buka surface melekat kat lid. Tu jadi botak tengah
Quote epuepy 3-5-2020 10:29 PM
Nmpk sedap n senang. Tp x koser nk try baking balik. Asal buat je terlembik la, terkeras la. Rasa tepung la. Sudah nye, bazir.

Baik beli siap
Quote daisywillberry 3-5-2020 11:25 PM
Ok esok teman nk cube try test...
Quote Catpaw 4-5-2020 12:04 AM
LostStar: Oh ya ka.. maknanya semua cake laguni la gamaknya kot kan.. Baru taw la.. terkebil kejap.. ohmyyy.. lepasni kena cut la.. harus tahan diri dari amek c ...




Ye you, kalau kurang minyak kurang la moist dia...
Quote Eric.n9 4-5-2020 01:33 AM
Resepi dia lebih kurang mcm masa zaman aku gila buat kek...
Cuma aku tak pki kukus. pakai microwave
Quote jack492 4-5-2020 02:19 AM
Edited by jack492 at 4-5-2020 02:22 AM

reply section is important
Quote jack492 4-5-2020 02:20 AM
jack492 replied at 4-5-2020 02:19 AM
We offer high qualityClothing Alteration and tailoring to fashion brands, their stores, private clie ...

We offer high quality Clothing Alteration and tailoring to fashion brands, their stores, private clients, brides and grooms etc.
Quote bobo_beck 4-5-2020 09:10 AM
Cookingholic replied at 3-5-2020 11:38 AM
So takdelah tiga bahan sebenarnya

penah tgk kat utube.. 3 bahan je.. biskut, susu segar n baking soda..
Quote misuke 4-5-2020 09:18 AM
baca resepi nampak mcm senang.. ok nanti boleh try buat. tq tt
Quote bedahmenjuyah 4-5-2020 10:30 AM
Ini basic choc cake utk org berniaga tu. Yg korang makan kat kenduri dlm tupperware tipu kecik2 tu, ni lah resepinya. Pasal 3 bahan tu artikel salah tulis. Mungkin dia nak refer pd  bahan2 tu ada 3 group.. A, B dan C. Biasa kek 3 bahan guna biskut yg dihancurkan sbb ada tepung, perisa dan gula all in one. Mcm semi instant gitu

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top