CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Nak Sahur Bersama Konon, Suami Dan Isteri Orang Dicekup Berkhalwat

30-4-2020 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12099| Komen: 116

Description: Sepasang kekasih yang masing-masing masih berstatus suami dan isteri orang dicekup anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 12.45 tengah malam tadi.
Sepasang kekasih yang masing-masing masih berstatus suami dan isteri orang dicekup anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 12.45 tengah malam tadi.

Harian Metro melaporkan, lelaki dan wanita masing-masing berusia 58 tahun dan 46 tahun itu dicekup di rumah wanita berkenaan di sebuah rumah kampung di Jitra.



Kredit foto: Harian Metro

Kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, pemeriksaan itu dilakukan sejurus pihaknya menerima aduan awam berhubung kes khalwat di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan tinggal di rumah itu bersama anak perempuannya berusia 13 tahun dan lelaki terbabit sudah beberapa hari menumpang di rumahnya berikutan masing-masing mempunyai masalah dengan pasangan mereka.

Ketika disoal, lelaki itu memberi alasan mahu sahur bersama.


Difahamkan, isteri orang itu kini dalam proses untuk berpisah dengan suaminya.

Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ed_Lyn 30-4-2020 01:56 PM
Sempat lagi buat maksiat bulan2 posa ni..  
Quote delia3003 30-4-2020 02:02 PM
Alahai....dah tua pun dua2, ingatkan bbnu
Quote c===8 30-4-2020 02:02 PM
kesian kat anak akak tu
Quote Skuau 30-4-2020 02:07 PM
dua insan sedang bercinta...........
Quote Eric.n9 30-4-2020 02:07 PM
Klu ye pun masing2 ada masalah dgn pasangan, tak perlu lah nak smpi nak duk sebumbung.
Plus tak kesian ke dgn anak2? Ketahuan dek masyarakat setempat, muak anak anak dikutuk dek kengkawan dia.
Quote antoofighter 30-4-2020 02:12 PM
Teringat kata-kata keramat Allahyarham P.Ramlee "Dah tua pun bodoh"...
Quote aliazulaikha 30-4-2020 02:16 PM
Tak tahu bulan puasa ke dua ketul ni. Sempat lagi tu.
Quote RatuDunia94 30-4-2020 02:17 PM
Mempunyai masalah dgn pasangan masing2.. tp birah nk menyundal..
Quote sarah82 30-4-2020 02:19 PM
Nampak gaya dari rumah kmpg.. Mmg cari pasal la.. Siap ada coway filter
Quote MissVixen 30-4-2020 02:20 PM
Dah tua bangka pun nafsu kegerangan melebihi perasaan malu dan takut dosa. Bodohnya.
Quote fatty_crabs 30-4-2020 02:21 PM
Skuau replied at 30-4-2020 02:07 PM
dua insan sedang bercinta...........

[youtube]TL_TgYcx1j8[/youtube]

go aunty ella, goooooo
Quote beloomberk 30-4-2020 02:23 PM
Aktif PADKP ni.. Hatta di saat2 pkp..
tahniah..
Quote fatty_crabs 30-4-2020 02:29 PM
delia3003 replied at 30-4-2020 02:02 PM
Alahai....dah tua pun dua2, ingatkan bbnu

tua tak tua kena tanya @ifanonline, beliau memang pakar mengkategorikan umur dgn tahap kenapsuan.....

heeee
Quote fatty_crabs 30-4-2020 02:30 PM
sarah82 replied at 30-4-2020 02:19 PM
Nampak gaya dari rumah kmpg.. Mmg cari pasal la.. Siap ada coway filter


org kampung kau ke?

honest question ni
Quote insulin 30-4-2020 02:32 PM
Amboi pakcik. Bulan puasa pun berani bermaksiat ya.
Quote lipans 30-4-2020 02:59 PM
ada masalah dgn masing-masing. sebenarnya, mereka la yg bermasalah tu.
Quote fatty_crabs 30-4-2020 03:02 PM
insulin replied at 30-4-2020 02:32 PM
Amboi pakcik. Bulan puasa pun berani bermaksiat ya.

org kpg sarah tu....

haaaaaaaaaaaaaa
Quote daisywillberry 30-4-2020 03:15 PM
Astaghfirullah...
Quote nefnefnef 30-4-2020 04:06 PM
Bulan Ramadhan ni akak...  abang. Tergamak eh. Satu lagi, apasal rumah semak barai tu

Lihat semua komen(116)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081050 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top