CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Anjing Yang Diheret Lelaki Kejam Akhirnya Diselamatkan

30-4-2020 09:47 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7249| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Di bulan Ramadan yang mulia ini, masih ada lagi manusia tidak berhati perut dengan menyeksa binatang.



Di bulan Ramadan yang mulia ini, masih ada lagi manusia tidak berhati perut dengan menyeksa binatang. 

Terbaru, tindakan zalim seorang lelaki mengheret anak anjing di sepanjang jalan dirakamkan seorang wanita yang berada di dalam kereta berhampiran. 

Lebih menyakitkan hati apabila lelaki itu tidak mengendahkan permintaan wanita terbabit dan terus mengheret anak anjing berkenaan. 



Ianya didedahkan oleh Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang meminta saksi tampil untuk menangkap lelaki tidak berperikemanusiaan itu. 

Malah, warganet turut menyelar lelaki itu dan tertanya-tanya nasib anak anjing berkenaan.


Kredit foto: FB

Lebih menyayat hati apabila kelihatan tiga utas tali digunakan untuk mengikat anak anjing tersebut. 


Kredit foto: FB

Akhirnya, seorang wanita tampil menjernihkan keadaan. Menerusi Facebooknya, Reenadi HF memaklumkan bahawa dia telah membeli anak anjing itu dari lelaki dalam video berkenaan. Dia juga telah merawat luka anak anjing itu dan memelihara haiwan berkenaan buat sementara. 


Kredit foto: IG

Kekejaman dilakukan terhadap anak anjing itu turut mendapat perhatian pereka fesyen tanah air, Calvin Thoo.


FB

Difahamkan, Reenadi telah menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan yang kemudian datang membuat pemeriksaan. 



Mengenai tindakan terhadap lelaki itu, Reenadi menjelaskan yang pihak berkuasa akan mengikut saluran undang-undang bagi mengheret lelaki berkenaan ke muka pengadilan. - CARI
1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Mitdob

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 30-4-2020 10:03 AM
gilo apo pakcik tu???
Quote Artemesiaa 30-4-2020 10:04 AM
Kejamnya perbuatan moga si pelaku segera terima hukuman.  
Quote KIM.K 30-4-2020 10:13 AM
Semoga Allah murahkan rezeki beliau seperti air sungai mengalir. Puppy tu semoga bahagia lepas ni tau
Quote ais_kosong 30-4-2020 10:13 AM
Jahatnya la..
Quote matchstick 30-4-2020 10:16 AM
Comel nye anak anjing tu..

Tolong la tangkap setan yg seksa anjing tu. Pakai kopiah tp perangai mengalahkan kaper. X ditangkap nanti dia seksa anjing lain pulak dgn harapan ada org beli lagi anjing tu
Quote sarah82 30-4-2020 10:19 AM
Puppy tu mcm jenis labrador retriever
Quote CiliPadiSedap 30-4-2020 10:21 AM
pakcik tu tak siuman ke?
Quote nefnefnef 30-4-2020 10:21 AM
Harap je pakai kopiah tapi hati macam tutttttt. Kesian puppy tu. Semoga Reenadi dimurahkan rezeki
Quote antoofighter 30-4-2020 11:34 AM
pokcik x siuman ni..kalau siuman tak kan tergamak buat camni..kesian sangat tengok video yang kena heret tu..
Quote bakingsoda 30-4-2020 12:07 PM
pokcik ni gilo kot, kalu tok gilo babi
Quote LadyCarefree 30-4-2020 12:12 PM
matchstick: Comel nye anak anjing tu..Tolong la tangkap setan yg seksa anjing tu. Pakai kopiah tp perangai mengalahkan kaper. X ditangkap nanti dia seksa anjing l ...


Tu sbab jngan ingat pakai kopiah semua alim. Yng diingat alim pulak diingat semua baik.
Quote aderaderker 30-4-2020 12:27 PM
Tak sanggup nak klik video.
Tengok pic pin dah rasa marah/sedih.
Pokcik tu gilo kut.

Menda macam ni layak viral.
Dan orang yg viralkan pun dah buat tindakan yg betul selamatkan haiwan tu..
Quote Supersirap 30-4-2020 12:56 PM
Semoga si pelaku dapat dikenakan hukuman yang setimpal
Quote MissyMolly 30-4-2020 01:01 PM
nape baby tu tak jln?kaki blkg dia sakit ke?adus...nyesal tgk!
Quote becir 30-4-2020 01:34 PM
tengok video budak tu je...dia pakai kan baju, buatkan toy, comel mukanya..hopefully anjing tu happy la tak trauma lagi...aaa sedihnya
Quote RatuDunia94 30-4-2020 01:51 PM
Comelnya anak anjing tu
Quote izzah_mia 30-4-2020 02:34 PM
zalimnya....anak anjing tu pun makhluk Allah jugak.
comel pulak tu.

eii...cuba heret laki tu plak. baru dia ada akal
Quote daisywillberry 30-4-2020 02:51 PM
Allah kesiannyaa
Quote kakakau 30-4-2020 02:51 PM
anjing betul gong gong gong

Lihat semua komen(38)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.081915 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top