CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Gurauan, Indomie Hasil Iklan Unik Sempena Ramadan

29-4-2020 10:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7226| Komen: 41|Original author: Oleh: natrahn

Description: Mi segera Indomie sememangnya sudah terkenal hampir di seluruh dunia sebagai mi segera yang enak dan diterima semua masyarakat dunia sehingga ia menjadi makanan ruji kedua di Nigeria.


Mi segera Indomie sememangnya sudah terkenal hampir di seluruh dunia sebagai mi segera yang enak dan diterima semua masyarakat dunia sehingga ia menjadi makanan ruji kedua di Nigeria. 

Sempena Ramadan, jenama mi segera popular ini mencuit hati ramai pengguna media sosial menerusi iklannya yang berbeza dan unik berbanding sebelum ini hingga menjadi tular.



Dalam iklan Indomie yang tular itu, pada waktu siang, iklan berkenaan memaparkan pinggan kosong sempena bulan Ramadan menampilkan seorang pelakon kelihatan meniru aksi memasak mi segera.


Indomie juga menghasilkan versi berbeza iklan tersebut yang disiarkan selepas waktu berbuka, di mana ia menampilkan sajian mi jenama tersebut. Mi pun boleh jadi macam biskut, kejap ada kejap tak ada!




Kredit Foto - Twitter

Malah, sempena bulan mulia ini, Indomie mengeluarkan bungkusan mi segera tanpa disertakan gambar mi pada paket produk tersebut. 


Kredit Foto - Twitter

Taktik pemasaran syarikat itu dipuji ramai di media sosial kerana berunsur kreatif dan juga inovatif.  Yalah dah terkenal, tak letak gambar mi pun masih boleh terbayangkan mi dalam pinggan tu kan.

Tambahan pula dalam bulan puasa ni. Nampak kuali kosong pun, boleh terbayang macam-macam di dalamnya. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 29-4-2020 11:08 AM
Indo mee ni tak sedap la.. plain jek rasa.. knp la ramai org suke.. aneh btl..
Quote sarah82 29-4-2020 11:37 AM
Aku suka my kuali dari indomi
Quote Tinot7 29-4-2020 11:54 AM
Tetibe terasa nak try indomie
Quote Melur1 29-4-2020 11:55 AM
LostStar: Indo mee ni tak sedap la.. plain jek rasa.. knp la ramai org suke.. aneh btl..

indo mee goreng sedap
Quote tri-max 29-4-2020 12:00 PM
kreatif gak la team iklan depa ni
slalu iklan masak mesti beria2 penuh kuali
iklan indomie ni kosong je but still tempting membayangkan mee nya tu..
Quote felinecat 29-4-2020 12:23 PM
maggi goreng tom yam lg sedap.adoi teringat2
Quote EvieWanKenobi 29-4-2020 02:15 PM
nyesal masuk sini tengahari2 ni..
Quote any42 29-4-2020 02:53 PM
sedap ke indo mee ni. blum prnah try.
Quote sehirkedi 29-4-2020 02:57 PM
Suka indomie sebab rasanya pedas sikit berbanding mee sedap yg agak manis..
Quote mdhelmi 29-4-2020 03:38 PM
LostStar replied at 29-4-2020 11:08 AM
Indo mee ni tak sedap la.. plain jek rasa.. knp la ramai org suke.. aneh btl..

dia sedap time semua makanan xde
Quote mdhelmi 29-4-2020 03:39 PM
sarah82 replied at 29-4-2020 11:37 AM
Aku suka my kuali dari indomi

saya pulak suka semua yg free dan halal
Quote sarah82 29-4-2020 03:40 PM
mdhelmi replied at 29-4-2020 03:39 PM
saya pulak suka semua yg free dan halal

Hahahaha.. Sapa x suka free.. Tapi aku suka guna duit sendiri lagi..
Quote mdhelmi 29-4-2020 03:41 PM
tri-max replied at 29-4-2020 12:00 PM
kreatif gak la team iklan depa ni
slalu iklan masak mesti beria2 penuh kuali
iklan indomie ni koso ...

saya pulak tgk video tu tetap terbayang murtabak
Quote mdhelmi 29-4-2020 03:42 PM
Tinot7 replied at 29-4-2020 11:54 AM
Tetibe terasa nak try indomie

jgn nanti rambut gugur
dah x lawa
Quote Tinot7 29-4-2020 03:46 PM
mdhelmi replied at 29-4-2020 03:42 PM
jgn nanti rambut gugur
dah x lawa

Tak mkn pun tak lawa.. sama aja..
Quote chinta89 29-4-2020 04:28 PM
Serius tanya ni.. brand ni sedap ke
Quote timah03 29-4-2020 06:56 PM
Tak pernah rasa indomie ni... Tapi iklan dia comeyyy juga la...
Quote Anne.W 29-4-2020 08:23 PM
Indomie je dah pecahkan dominasi maggi.. Now pergi mamak org xminta megi goreng. Org sebut nak indomie.. Hehe
Quote Lailerthee 29-4-2020 08:59 PM
Kreatif sungguh

Lihat semua komen(41)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.077673 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top