CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Siapa Pernah Kunjungi Pasar Besar Jalan Othman Diminta Isi Borang Saringan

28-4-2020 08:32 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3655| Komen: 26|Original author: Oleh: top5complete

Description: Memetik laporan malaymail, orang awam yang datang membeli-belah di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya bagi tempoh 4 hingga 18 April lalu dikerah untuk mengisi borang saringan kontak ekoran satu k ...
Orang awam yang pernah mengunjungi di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya bagi tempoh 4 hingga 18 April lalu dikerah untuk mengisi borang saringan kontak ekoran satu kes Covid-19 dikenal pasti bekerja di pasar berkenaan, lapor Harian Metro.



Foto: malaymail

Berita itu dimaklumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan orang ramai diminta menggunakan pautan serta kod QR yang disediakan bagi mengisi borang berkenaan.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi mereka yang berisiko untuk menjalani pemeriksaan dan pensampelan di klinik kesihatan berhampiran.

Pegawai Daerah Petaling Jaya, Johary Anuar dalam sidang media di Pasar Besar Jalan Othman berkata, pasar itu ditutup semalam selepas seorang peniaga ikan berusia 51 tahun disahkan positif pada 24 April lalu.


"Pejabat Kesihatan Daerah mengenal pasti satu kes Covid-19 yang bekerja di Pasar Besar Jalan Othman.

"Orang awam yang hadir ke pasar ini bagi tempoh 4 hingga 18 April lalu diminta untuk mengisi borang saringan kontak menerusi pautan serta kod QR berkenaan.

"Mereka yang berisiko akan dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk menjalankan pemeriksaan dan pesampelan di klinik kesihatan berhampiran," katanya dipetik dari Harian Metro.

Tambahnya, kedua-dua pasar berkenaan akan ditutup sekurang-kurangnya lima hari bagi tujuan pemeriksaan saringan dan proses sanitasi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-4-2020 09:34 AM
Iols tak pi pasar.
Quote highcastle 28-4-2020 10:04 AM
Alamak........ Kluster baru ke ni??
Quote hiswife 28-4-2020 10:39 AM
Jangan la ada yg terjangkit. Amiinnn
Quote lipans 28-4-2020 10:52 AM
4-18. lama tu.
Quote insulin 28-4-2020 11:02 AM
highcastle replied at 28-4-2020 10:04 AM
Alamak........ Kluster baru ke ni??

Bakal kluster baru...
Quote bulalof 28-4-2020 11:50 AM
it is really important now that we know we need to stay at home and practicing social distancing.
Quote Artemesiaa 28-4-2020 11:52 AM
Satu demi satu pasar dah ada kes positif covid19 jadi kluster pasar pula.  Dah ler tiap hari orang sentiasa ramai ke pasar untuk dapatkan bahan mentah untuk masakan.  Harap2 tak ramai yang jadi mangsa.
Quote ellez 28-4-2020 12:00 PM
Sudah jadi satu kerja pulak nk isi form..
Haishh..
Bnyk lagi pasar2 kat kl niii
Quote ellez 28-4-2020 12:01 PM
Kang abes semua pasar kena..nti semua kena tutup..
Quote sapeka 28-4-2020 01:38 PM
Semuanya bermula dari pasar borong selayang tu
Quote williams859 28-4-2020 02:30 PM
not everything is closing
Quote paz 28-4-2020 02:34 PM
Alamak pasar-pasar dah mula nak jadi cluster pula ke?
Quote pokaibanktokyo 28-4-2020 05:34 PM
Wa tak pernah
Quote munchkin 28-4-2020 05:45 PM
Perghhhhh. Sepatutnya everyone kena wajin register app gerak tu.

Announce di situ. Apply di situ. Masukkan lokasi di situ juga.
Quote munchkin 28-4-2020 05:46 PM
Kalau tak keluar forum. Aku pun tak tahu berita. Mcm mana depa announce macam ni???
Quote hyie 28-4-2020 06:08 PM
lockdown je seluruh Selangor dan KL abes citer orang lain punyalah gigih berkurung hang sakan mengular. Tak pepasal orang yang tak bersalah terjangkit sama.
Quote Esmiria 28-4-2020 06:44 PM
insulin replied at 28-4-2020 11:02 AM
Bakal kluster baru...

Doooohhhh kkm kabo fasa PEMULIHAN.
Quote delia3003 28-4-2020 06:52 PM
Kluster pasar. Lepas 1, 1 timbul
Quote delia3003 28-4-2020 06:54 PM
hyie replied at 28-4-2020 06:08 PM
lockdown je seluruh Selangor dan KL abes citer  orang lain punyalah gigih berkurung hang sakan  ...

Bulan puasa ni lagi ramai keluar merayau. Kereta makin banyak atas jalan.

Lihat semua komen(26)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.074052 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top