CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Alif Satar & Raihan Sekali Lagi Runtun Hati Dengan 'Damba CintaMu', Neelofa Pun Ada?

28-4-2020 09:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4718| Komen: 23|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Lagu ini saya dengar 23 tahun dahulu masa umur 7 tahun. Bait katanya sangat mendalam. Dan setiap kali perform dengan Raihan, rasa tak percaya."


"Lagu ini saya dengar 23 tahun dahulu masa umur 7 tahun. Bait katanya sangat mendalam. Dan setiap kali perform dengan Raihan, rasa tak percaya."

Alif Satar sekali lagi menyentuh kalbu pendengar muzik tanah air dengan kolobrasi bersama kumpulan nasyid popular, Raihan. Lagu Dambakan CintaMu yang pernah didendangkan Raihan (ketika itu penyanyi utama Nazrey) menghidupkan lagi lagu ini.

Tampaknya, Alif mengulang kejayaan lagu Sesungguhnya 2019 yang meninggalkan impak luar biasa.


Menurut Harian Metro, Alif menjelaskan yang dia sentiasa berbesar hati dapat bekerja-sama dengan kumpulan disanjungnya itu.

"Walaupun ini bukan lagu baru, namun peluang berduet bersama Raihan cukup saya nantikan. Harus diakui peluang ini cukup menjadi kebanggaan peribadi disebabkan Raihan bukan calang-calang nama."

Apa yang pasti, Alif tidak mahu versi baharu lagu itu dirakamkan sekadar suka-suka. Sebaliknya, dia ingin memastikan keseluruhan lagu berkenaan mampu meninggalkan kesan mendalam di hati setiap pendengar. 

Disebabkan itu, dia turut berusaha menampilkan elemen segar dengan sentuhan tersendiri bagi menaikkan lagi serinya.

"Melodi asalnya menggunakan elemen 'acapella' sudah sedia indah. Tapi, untuk memberi impak lebih kuat, saya bersama band The Locos memberi pembaharuan terhadap susunan muzik kali ini.


Kredit foto: Blog

Penggunaan alat muzik tanpa berlebihan ini lebih dramatik bermula dengan dinamik bunyi dram, kesesuaian bunyi gitar utama dan bass serta clarinet dengan melodinya lebih mendayu.

Biarpun belum sempat merakamkan video muzik rasmi kerana PKP, namun video muzik yang dapat ditonton sejak 27 April itu tetap menarik minat penonton. Apatah lagi kemunculan selebriti seiras Neelofa dalam video klip tersebut menguatkan lagi lagu berunsur ketuhanan ini. 

Malah, Alif turut meninggalkan tanda tanya mengenai siapakah wajah yang menangis dalam video klipnya itu?


Kredit foto: Twitter

Maka, ramailah yang berteka-teki dan ada yang mendakwa Neelofa lah tuan empunya badan berdasarkan kedudukan tahi lalat dan wajahnya yang persis pelakon dan usahawan berjaya itu. 

Dan akhirnya, Alif Satar menjawab di laman Instagramnya.


Sementara itu, pencipta asal lagu itu yang juga anggota Raihan, Abu Bakar berkata, kerjasama berkenaan satu pilihan tepat. Apatah lagi,  mesej lagu itu cukup kuat untuk dijadikan pedoman sepanjang masa.

"Lagu ini berkisar pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa. Sebagai manusia biasa, kita berbuat baik namun kadangkala tidak sengaja terlupa siapa diri kita sebagai hamba Allah. Lagu ini jarang disebut, tapi liriknya menusuk."


Kredit foto: IG

Melihat di laman YouTube, ramai yang memuji persembahan Alif, Raihan hatta Neelofa sendiri yang memberi persembahan menginsafkan.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: YouTube

Bagaimanapun, ada yang turut membandingkan suara Alif dan Nazrey, yang mana satu lebih sedap?

Kredit foto: Twitter

Apapun, usaha baik untuk mengembalikan lagu ketuhanan begini harus diberi kredit. Dan antara Nazrey dengan Alif, kedua-duanya mempunyai kekuatan suara tersendiri. Usah dibandingkan kerana setiap penyanyi mempunyai pesona masing-masing. Ayuh sokong industri muzik Malaysia. - CARI
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 28-4-2020 09:12 AM
[youtube]bz8ypTDzgsk[/youtube]








Quote hayrin86 28-4-2020 09:14 AM
Versi asal lagi best..
Quote Tinot7 28-4-2020 09:35 AM
Patut la gelap nau. Pakai telekung kaler itam..
Quote MekConkey 28-4-2020 01:19 PM
Terbaik la........ Penghayatan terbaik dari Neelofa..Good song by Alif and Raihan )
Quote Cari-Azza 28-4-2020 02:36 PM
Tinot7: Patut la gelap nau. Pakai telekung kaler itam..


Mesti tak perasab kat cover alif raihan tu ada pic Lofa gak khen{:smile
Quote mdhelmi 28-4-2020 04:55 PM
steady la raihan
grp nasyid malaysia yg aku paling respek
dan diwani

Quote slyfynx 28-4-2020 05:48 PM
Azza, thread dah ade
Quote axl_bach 28-4-2020 09:26 PM
mdhelmi replied at 28-4-2020 04:55 PM
steady la raihan
grp nasyid malaysia yg aku paling respek
dan diwani

Mesti ko respek sbb imej dorg menten xder jadi mcm yg baru2 acah2 nak jadi ustaz tp badboy kan...

satu lagi yg menten selain Raihan dgn Diwani adalah Hijjaz.....
Quote mbhcsf 29-4-2020 12:57 AM
i love the song , oh dah ada versi baru ye?
Quote apedehal 29-4-2020 02:47 AM
I is lg feeling kalau nazrey yg nyanyi no doubt wpun aku lum dgr versi alif nyanyi... tingin nak tgk tahap keinsafan nilopa tu tp takut termengata di bulan puasa...tgk still clip tu da tbayang2 dahi kerut2
Quote Rara77 29-4-2020 05:18 AM
Versi lama lagi nampak tulus ikhlas.
Quote URUHA 29-4-2020 05:43 AM
Meols tgk MV lagu ni kt video reaction so xde la amik port sgt kt perempuan dlm MV tu. Ingatkan acik random mana rupanya jahlop
Quote kiah_mai_pulak 29-4-2020 05:45 AM
selain @cari-saiful, @Cari-Azza ni pun mmg selalu mintak maki
Quote Cari-Azza 29-4-2020 07:45 AM
slyfynx: Azza, thread dah ade


Hi slyfynx, masa saya buat belum ada lagi tau thread ni. Lagi pun ini kan untuk portal, cuma disambungkan padw forum. Chill ya sis{:run
Quote Cari-Azza 29-4-2020 07:45 AM
kiah_mai_pulak replied at 29-4-2020 05:45 AM
selain @cari-saiful, @Cari-Azza ni pun mmg selalu mintak maki

Ya, panggil saya.
Quote aliazulaikha 30-4-2020 12:05 AM
Kenapa Tak invite Nazrey duet sekali dengan Alif? Kan lagi best
Quote Halimahwhite 3-5-2020 05:48 AM
Minat kumpulan raihan..
Quote red_velvet 3-5-2020 06:23 AM
Lopak dah macam penampakan maria dalam  munafik dengan telekung hitam sebegitu..muka pun macam teran sembelit tak lepas
Quote albob90 3-5-2020 07:05 AM
Good job raihan

Lihat semua komen(23)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078542 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top