Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Bantuan JKM RM100 Dikritik Cincai - Warganet Bandingkan Bantuan Danish Harraz Lebih Berkualiti

27-4-2020 04:33 PM Komen: 83




Macam-macam hal.
Isu kemanusiaan yang sepatutnya ditangani dengan baik bertukar menjadi isu politik pula. Kisah bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rasah yang sepatutnya bernilai RM100, tetapi apabila sampai ke tangan penerima, hanyalah barangan bernilai RM35 sahaja diperkatakan.

Ada warganet yang membandingkan bantuan tersebut dengan sumbangan barangan oleh Chef Cilik, Danish Harraz yang berganda banyaknya, malahan dengan kos yang lebih rendah dari yang diwar-warkan. Persoalannya mengapa Danish mampu menyediakan bantuan yang lebih baik berbanding bantuan dari agensi kerajaan walhal modalnya lebih besar?

Kredit foto: Twitter
Bantuan dari JKM terdiri dari beras, sekilo minyak masak, sekilo gula, kopi, teh, biskut dan bihun dan ianya didakwa bernilai RM100. Manakala bantuan dari Danish pula terdiri dari 12 barangan termasuklah 30 biji telur, sebotol minyak masak, sebotol kicap, biskut, tepung dan mee segera. Kesemua barangan tersebut hanya berjumlah RM75, lebih murah dari bantuan JKM tetapi lebih berkualiti barangannya.

Twitter

Hal ini menjelaskan wujud pembahagian tidak sekata atau adanya berlakunya penyelewengan di mana-mana bahagian? Bukan mahu membandingkan namun apabila ada bantuan dari badan bukan kerajaan atau individu yang lebih telus berbanding kerajaan, ia menimbulkan isu yang lebih kompleks.

Kemarahan warganet jelas daripada permintaan mereka yang mahukan menteri berkenaan lebih bertanggungjawab atas insiden ini.

Twitter
Apa pun, mereka yang menghulurkan bantuan sebegini harus diberi pujian kerana bertindak pantas dan sampai kepada golongan sasaran. Semoga lebih ramai insan berhati mulia seperti adik Danish dan NGO yang lain. - CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 83
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote che_yatt 2-5-2020 09:12 PM
cmf_premierleag replied at 27-4-2020 08:57 PM
mcm babi bangsat je la si polan yg pilih barang2 ni utk diberi pd golongan yg memerlukan
tell me ap ...

kalau tambah sardin ka, ikan bilis ka, telur ka, ikn kering ka ok la jugak...

Lain-lain Komen

Quote sarahmirza 27-4-2020 04:40 PM
Dah faham sangat
Quote Supersirap 27-4-2020 04:48 PM
Kena buat siasatan, banyak sangat beza tu
Quote hyie 27-4-2020 04:51 PM
yang JKM tu, diorang bagi duit ke baki duit belanja rm100 tu?
Quote Skuau 27-4-2020 04:52 PM
kalo dh gebang rm100..bg la pada nilai rm100...ni kalo benarlah....gebang rm100...dapat rm35....perlulah penjelasan munasabah kat situ.
Quote bungarose 27-4-2020 04:53 PM
Dalam pada nyawa dihujung tanduk......masih ada ker aktiviti yang tak bermoral
Quote highcastle 27-4-2020 04:54 PM
Dakwaan Kononnya KPWKM Menyatakan Bantuan Bakul Makanan COVID-19 RM100 Cuma Bernilai RM35 Adalah Palsu

SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):

Kenyataan palsu telah di muat naik ke media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan harga bantuan bakul makanan yang diedarkan semasa PKP.

KPWKM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujud pengagihan bantuan bakul makanan dengan nilai rendah seperti didakwa sesetengah pihak ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Jelas beliau, Sebenarnya, isu yang dibangkitkan adalah jumlah (bantuan makanan) yang tidak mencukupi, konon jumlah yang diberi ada RM35 sahaja. Ada individu tertentu yang buat posting dalam media sosial masing-masing.

Menteri (Rina) sudah maklumkan bahawa JKM menerima sumbangan dari NGO dan pelbagai pihak. Tetapi nilai dan kos sumbangan tidak ditetapkan, boleh jadi RM30, RM50 RM70, RM100, RM200 itu terserah. Menteri juga maklumkan, itu bukan bakul dari JKM.
Quote biskutraya 27-4-2020 04:57 PM
Hmm.. Selalu beli bahan mentah untuk program. Zaman sebelum ada sistem e-perolehan,  supplier mark up harga kaw2 kalau beli dengan gov.. Kami selalu fight jugak kalau barang tak masuk akal punya harga. Beras 5kg tu pun dia boleh mark up sampai rm23..  Sekarang dah beli guna sistem EP nampak ok sikit sebab kita boleh pilih supplier yang lagi murah.  Kalau yang bantuan ni beli tak pakai sistem tak tau la.. kalau ade ketirisan berlaku. Tapi bila gov nak beli supplier memang mark up harga. Untuk cas penghantaran katanya.. Geram jugak walaupun bukan duit sendiri..
Quote xtahumenahu 27-4-2020 04:59 PM
Hak ah..xder plak dgr bantuan keperluan asa dr jkm...ada mention mana2 ke jkm akan salurkan bantuan camni?n mana dpt rm100 tuh?
Quote salmon-suki 27-4-2020 05:04 PM
Beras cap apa y best ek?hihihi
Quote sonatalady 27-4-2020 05:08 PM
Pernah tanya org yg dpt bantuan jkm dapat apa.
Beras,kopi,teh,sardin,gula,tepung,maggie dan maggie cukup rasa.
Eh byk gak tu.
Ke lai tempat jkm x sama barang.
Quote Eric.n9 27-4-2020 05:10 PM
Owh... sumbangan bergantung pada sumbangan... nasib la klu kebetulan dpt sumbangan barang bernilai rm30 ke, rm 100 ke. So nasib la...
Quote salamon 27-4-2020 05:16 PM
Edited by salamon at 27-4-2020 05:30 PM

ada acik mana tah dlm forum ni jgk yg dok up pic bdak ni (pic pon sama)bgi bantuan dkt thread EL...xsangka lak kluar smpai twitter...kang dah jdi fitnah pada warga jkm...emmmm
p /s:jgn sampai pc fon kena angkut g balai..,hahaha
Quote Delifrance 27-4-2020 05:17 PM
Anne.W replied at 27-4-2020 05:09 PM
Pada yang buat article cakap beras 5kg rm13 mohon tampar muka banyak kali. I check b4 PKP sampai laa ...

Aku baru check tesco online. Ada la beras 5kg RM13 - cap rambutan, jasmine, jati, ketupat...
Quote Anne.W 27-4-2020 05:20 PM
Delifrance replied at 27-4-2020 05:17 PM
Aku baru check tesco online. Ada la beras 5kg RM13 - cap rambutan, jasmine, jati, ketupat...

Hari tu siyes tak ada.. Yang ada pon RM19. Huhuuu... Kalau dah ada baguslaa
Quote noor2 27-4-2020 05:29 PM
X reti bersyukur. ........
Quote glump 27-4-2020 05:42 PM
Beras yg biasa kedai mkan beli,beras cap epal hijau tu 10kg $25.50',,beras faiza emas utk 10kg pun dalm lingkungan harga 26 utk 10kg,kalau pek 5kg 13. Biasa utk sumbngan tak pakai beras siam wangi,poni,basmathi etc..depa pilih beras special tempatan.
Kadang org tak pertikaikan sumbangan tu sebb ialah tertakluk kepada penyumbng. Ada nak senang bagi duit je tp ada tak mau bagi duit sbb khuatir ada ahli keluarga penerima guna duit utk tujuan lain,ada bagi sumbngan nilai sekian ambil dia kedai runcit sekian mcm voucher tp di.kedai itu sahaja.
Ada kata senang bagi beras tapi ada kata orang tua nak.masak payah bagi roti ngan biskut je. terpulang
Pernah terlibat buat pack sumbangan..individual bagi budget  I.e 70 dan kita sediakan barang. So kita letak beras 10kg,gula 2,tepung 2,biskut timbang 1kg,ikan kering,minyak,telur sepapan,meggi 1 pek,sardine,bihun,garam..org tu tak viral so pek sumbangan dia org tak compare.
Quote Tinot7 27-4-2020 05:58 PM
iols tak heran kalau supplier mark up. sblm mco pun depa main2 nombor giteww.. tu yg bila audit negara, slalu jumpa bebenda yg tak patut kena mark up.

kalau pek berbeza rega, patut pihak kementerian telus je la. pastikan ada pautan dgn list brg yg ada dan rega. baru telus.
Quote annehuda 27-4-2020 06:00 PM
Sbb tu la kalau kasik bantuan kene letak sticker kt plastik tu, kalau YB punye tampal gmbr YB, kalau JKM tampal la lambang JKM.
Quote minah_selekeh 27-4-2020 06:09 PM
highcastle replied at 27-4-2020 04:54 PM
Dakwaan Kononnya KPWKM Menyatakan Bantuan Bakul Makanan COVID-19 RM100 Cuma Bernilai RM35 Adalah Pal ...

Kalau ini cerita sebenarnya, jatuh fitnah dah sapa yang complain tu.. Senang cerita, tak payah compare2 la sumbangan tu.. 5 ringgit ke, 500 ringgit ke, dua2 dapat pahala.. Tapi cerita pasal mark-up harga between kerajaan dengan supplier ni ada jugak dengar..

Lihat semua komen(83)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top