Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pos Laju Terima 770,000 Parcel Sehari Sepanjang PKP

24-4-2020 06:18 PM Komen: 79
Susulan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan menghantar parcel dikatakan meningkat mendadak selepas pembelian dalam talian turut menyaksikan kenaikan.

Memetik laporan Harian Metro, Pos Laju ini menerima sebanyak 35 peratus peningkatan sepanjang PKP ini.

"Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.

"Sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.

Kredit foto: Malaysian Talk

"Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan," kata Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim.

Susulan itu, penghantaran dijangka mengalami sedikit kelewatan sepanjang PKP ini.

Namun, bagi memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad.

"Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima," katanya.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
1
Komen: 79
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hanna_pearl 21-5-2020 02:48 PM
Parcel da sebulan tak sampai.
Asked for refund, seller plak kerek.
Sorry la aku tak give in.
Ko pegi collect from pos laju branch n hantar kat tempat aku.

Aku tak salah kan pos laju sbb term aku dengan seller, bukan dengan dorang.

Btw sape boleh share link petition pos laju staff increment? Nak sign gak.

Lain-lain Komen

Quote merrissa 23-4-2020 11:47 AM
Mohd Azilah berkata, untuk memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad dan kakitangan serahan Pos Laju bertugas bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.



hari tu posmen tu muke mcm stress sb kene keje hari sabtu....terima kasih byk2 ya sb anta brng2 ku...jgn stress2
rezeki bulan ramadhan dapat duit lebih, wpon keje lebih
Quote pasa 23-4-2020 11:53 AM
Edited by pasa at 23-4-2020 11:55 AM

Staff pos laju kene potong gaji mcm staff mydin?

Boss pos laju ni bukan mamak,

Geng mamak ni negara tgh aman sentosa dia suruh ikat perut.  Nasib baik dah tergolek.
Quote awanearisu 23-4-2020 12:39 PM
Pekerja penghantar barang juga wajar mendapat penghargaan.
Quote sh00 23-4-2020 12:42 PM
Edited by sh00 at 23-4-2020 04:43 AM

Masa PKP ni dah dpt brg thru Pos Laju, Ninjavan, Gdex dan J&T..
Ninjavan paling tiptop..Pos Laju mcm biasa tak dinafikan berpengalaman..J&T paling tetttt..huhu

Ni my own experience lah
Quote MeghanK 23-4-2020 12:43 PM
ada hikmah jugak covid ni..ecommerce makin berkembang
2,3 hari lagi birthday ayah iols..iols dah siap2 order barang hantat kat rumah parents..iols monitor dari sini je
Quote slyfynx 23-4-2020 12:48 PM
Kami kat umah mmg ade goodies untuk bagi posmen or org hantar parcel.
Sian diorang keje penat2 time panas.
Quote sfrnna 23-4-2020 01:36 PM
setakat ni iols rasa DHL eCommerce  mmg terbaik. mak iols ckp postlaju yg parcel kecil2 tu dia bg org persendirian hantar. dapat la komisyen sikit tp poslaju kat kawasan rumah mak iols tiptop. J&T bagi i mmg teruk walau dimana pun...
Quote felinecat 23-4-2020 01:41 PM
j&t teruk.nak menyumpah rasa.tp still ramai pos pakai j&t.. time pkp ni pos pakai pos laju je sbb ade drop box tu.xyah nak beratur jumpe org
Quote Atata 23-4-2020 01:45 PM
Barang byk sangkut handle by Poslaju. Aduii
Quote cap_ayam 23-4-2020 01:51 PM
Edited by cap_ayam at 23-4-2020 02:47 PM

Barang saya sangkut kat pos laju dari 19 April.. buat aduan guna form dah tapi belum dapat apa2 jawapan.. sistem poslaju cuma bagi notification kat email je bahawa diorang dah terima aduan dan akan respon dalam 2 hari. Takde apa2 perkembangan pun setakat hari ni. Hantar aduan kat AskPos pun takde reply.

Kemaskini: parcel dah selamat sampai. Alhamdulillah.
Quote retnoel 23-4-2020 02:04 PM
Yg paling best kt area umah iols ninjavan, jnt dan dhl, yg bkn sewaktu dgnnya siputt.. Hahaha jnt punya stail kalu iols xde kt umah, dia akan call n bgtau letak brg kt mana. So far ok sbb brg yg dibeli xlah mahai..thank uols deliveryliners..
Quote fishcracker 23-4-2020 02:20 PM
Semenjak covid 19 poslaju paling laju setakat ni,ktmd pun not bad siap call dulu
Quote gekkou 23-4-2020 02:26 PM
rumah aku pos laju  dan ninja van paling cepat dengan
so far within 2 3 days order dah sampai

paling siput lazada express...dah lepas delivery date berminggu barang tak sampai-sampai
padahal seller dah packed lama

tapi terpaksa bersabar
mengenangkan permintaan perkhidmatan deliveryman mencanaik naik
di musim pkp ni

seller untung jua
Quote nefnefnef 23-4-2020 02:26 PM
Parcel iols antara statistik tu hehe
Quote ChildrenOfBodom 23-4-2020 02:27 PM
barang aku beli daripada 14 Apr tak sampai lagi ni woi
Quote ChildrenOfBodom 23-4-2020 02:30 PM
gekkou replied at 23-4-2020 02:26 PM
rumah aku pos laju  dan ninja van paling cepat dengan
so far within 2 3 days order dah sampai

kt tempat aku terbalik... ninja van hampeh...sebelum PKP lagi aku kena p amik kt pjbt depa wpon brg dah sampai 2 hari..aku beli rumput arnab ja pon, bknnya ganja.. baru ni pon sama. 2 hari sampai kt droppoent tak mai2 hantaq.. x sampai 5 kilometer pon dari rumah..
pos laju ok sikit tahap kepundekkan, LEX paling okk so far..




Quote Artemesiaa 23-4-2020 02:30 PM
Saban tahun pun kalau dah nak puasa dan raya memang ramai yang gunakan khidmat mereka ni.  Tambah sekarang pkp lagi ramai yang beli barangan melalui atas talian expected benda macam ni bakal terjadi.
Quote kelapaparut 23-4-2020 02:45 PM
i perasan yg keje hantar2 brg ni semuenye melayu. Cina dgn india xnak keje ke hantar2 brg ni, ke takut kulit terbakar keje tgh panas
Quote capiloton 23-4-2020 02:50 PM
Edited by capiloton at 23-4-2020 02:52 PM

Pos Laju ni kalau la bijak,
tak payah nak pakai pekerja ramai untuk jadi runner hantar barang.

buat jer apps, hire orang awam untuk buat keje shipping barang ke rumah.
konsep macam food panda & grab food.

public boleh buat side income, Pos Msia pun jimat kos bayar staf.

Lihat semua komen(79)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top