Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Dah Tak Kelakar Lagi Ke Tu? - Masakan Pau Hangus Dihina, Wanita Buat Laporan Polis

27-4-2020 01:11 PM Komen: 112


Selepas hampir lebih seminggu penubuhan kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari ini, himpunan masakan tak menjadi dengan kapsyen yang menghiburkan hati, satu laporan polis telah dibuat mengenai satu hantaran oleh salah satu ahli dari kumpulan itu sendiri.

Wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung hantaran beliau mengenai masakan pau hangusnya di laman kumpulan itu yang didakwa menerima komen yang tiada kena mengena dengan masakannya.



"Dah macam pau kau kena ramas ramai-ramai. Deje." 

"Try hard nak jadi bod0. Bat@k like. Ni nampak tua. Tak lawa. Dah lanjut menggelebeh. .."  

"Bab1 aku kukus jagung letak dalam bekas plastik tak hangus la makcik"  




Kredit Foto - Facebook Chef Amer

Nampaknya tujuannya asal kumpulan ini diwujudkan untuk menaikkan tahap keyakinan mereka yang tidak pandai memasak ataupun meminta panduan rakan-rakan ahli untuk menunjukkan resipi dan cara memasak yang betul sudah lari dari landasannya.

Sesetengah orang meninggalkan komen melampau dan mencela makanan yang dimasak oleh orang lain sehingga menyebabkan ada yang terasa hati dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Berbaloi ke berkelahi sampai begini?  Memanglah hak untuk membuat laporan polis adalah hak setiap orang. Dalam SOP polis, setiap laporan wajib diterima walau dari sesiapa pun.

Pun begitu, walaupun hak membuat laporan polis adalah hak semua, sebaiknya masyarakat menggunakan pertimbangan yang rasional sebelum menyusahkan penjawat awam bernama polis ini.

Hidup ini bosan dan suram jika semua orang terlalu serius. Tapi melawak dan bergurau pun ada hadnya. 

Penerimaan wargamaya pun berbeza-beza. Berhati-hatilah membuat hantaran dan meninggalkan komen di media sosi@l. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
5
0
0
Komen: 112
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aliazulaikha 13-5-2020 10:03 PM
Malas nak cakap. Kawan iols pun saja2 buat2 masak tak jadi Sebab nak post dalam group tuh. Walhal Selama ni masak ok je pun

Lain-lain Komen

Quote margo20 27-4-2020 01:16 PM
Nasiblah kak
Quote matbad 27-4-2020 01:18 PM
Kalah retisss..tak tgan kna kutuk jgn mnggedik nk jojn grup fb..ingt ni syurga ke hapa nk kata indah ja adoiyaiii
Quote salmon-suki 27-4-2020 01:20 PM
Setakat ni xpernah kukus pau smpai jadi rentung gtu?is it possible?sbb tgk pengukus tu xde laa mcm rentung ke ape?unless masak dalam oven,boleh ler rentung sbb direct hit..{:smile
Quote nazzse 27-4-2020 01:25 PM
Bahasa tukang post pun indah jugak.padanlah kena kutuk, lapar perhatian sangat
Quote belilies 27-4-2020 01:32 PM
Nak tau jenis hadap like cana?

Inilah dia. Tak tahan dek laharan kau gegeh post kat page tu, padan muka. Up polis ripot, berganda2 bengap.
Quote KIM.K 27-4-2020 01:35 PM
Yang kutuk tu macam haters si makcik tadi
Quote sarah82 27-4-2020 01:39 PM
Bukan kalau air dah habis.. Akan baru hangit ka?
Quote beloomberk 27-4-2020 01:44 PM
salmon-suki replied at 27-4-2020 05:20 AM
Setakat ni xpernah kukus pau smpai jadi rentung gtu?is it possible?sbb tgk pengukus tu xde laa mcm r ...

Ntahnya.. Aku pon wonder.. Klu air kering skalipon,  pengukus je kot yg hangit.. Aku suspect ni pau yg jenis hitam tu, femes di kalangan chinese.. Try hard btol nk nmpk x pndai masak smata2 nk tepek kat group msak x jadi..
Quote nefnefnef 27-4-2020 01:53 PM
{:smile iols tergelak baca report spesifik sungguh especially part quote balik apa warga fb kutuk tu. Rajin pak polisi yang typekan report tu menaip semua tu sekali... Ke acik tu type sendiri
Quote clarizsa 27-4-2020 01:53 PM
Mmm pernah baca ni kat fb
Depa kata dia saja uli tepung dgn color hitam
Pastu acah2 pau hangus
Sbb tu la kena kecam

Kukus takkanla hangus

Hitam legam camtu mau api besar direct baru jadi

Padanla muka kena kecam sbb main2 dgn makanan

Grup tu ok je utk org baru blaja masak nk share seronok2

Tapi acik kepam ni buat hal pulak
Quote salmon-suki 27-4-2020 01:54 PM
beloomberk replied at 27-4-2020 01:44 PM
Ntahnya.. Aku pon wonder.. Klu air kering skalipon,  pengukus je kot yg hangit.. Aku suspect ni pa ...

Pau charcoal?ntah laa..kdg2 org mmg sggup buat apa2 utk jd clown masyarakat demi secebis like..

Tp komen lucah pun x boleh jgk..tgk y komen pun teruk semacam jah..apa kt page tu xde admin ke nak kawal komen2 negatif ni?org nak hepi2 tp last2 jd cmni,gara2 komen berbaur lucah..hmmm..
Quote Orix 27-4-2020 01:55 PM
Bc komen tu mcm yg kutuk tu mmg personally kenal acik tu n membenci acik tu y boder y boder
Quote jazaa100 27-4-2020 01:55 PM
salmon-suki replied at 27-4-2020 01:20 PM
Setakat ni xpernah kukus pau smpai jadi rentung gtu?is it possible?sbb tgk pengukus tu xde laa mcm r ...


Sbb tu yg komen kata dia batak Like.....pau tu saja di buat bg rentung pastu upload kat fb..  

Kukus mana blh rentung....klu bakar iya lah
Quote salmon-suki 27-4-2020 02:11 PM
jazaa100 replied at 27-4-2020 01:55 PM
Sbb tu yg komen kata dia batak Like.....pau tu saja di buat bg rentung pastu upload kat fb..  
...

Ye laa sis..tu y mcm heran tu..kekeke~
Tp komen y attention seeker tu ai xkesah sgt,tp y komen lucah tu..big no-no..chillex sudah,xperlu nak attack dgn komen low class gtu,nampak low mentality dorg ni n nampak sgt y dorg cuma pk s*x jah kt mana2..which is menggelikan..
Quote Tinot7 27-4-2020 02:17 PM
iols ingatkan dia buat charcoal bread


Quote sapeka 27-4-2020 02:21 PM
Gigihnye ko acik
Quote bakingsoda 27-4-2020 02:21 PM
oo kes menipu semata2 nak pos dlm group? adan ukee aku pon rasa benda yg dikukus takkan hangus sbb bukan kena api pon kalau air kering
Quote Skuau 27-4-2020 02:31 PM
Akhirnya....mereka pon BERGADUH.Tamat.
Quote giyomi 27-4-2020 02:41 PM
mgkn pengomen pon tension time pkp, lbh2 lg dgn attention seeker camne. Just bcoz PM komen tang ni trus semua nak jual minyak supaya on next announcement PM akan ckp mgenai hal ni plak.

Lihat semua komen(112)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top