Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rakyat Semakin Terhimpit, Rayu Kerajaan Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Tukang Tulis|21-4-2020 10:12 AM Komen: 255
Kredit foto: Facebook
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 yang kini memasuki fasa ketiga menyebabkan ramai rakyat yang terjejas dari segi pendapatan.

Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran sebahagian wang dari akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ramai yang mengeluh kerana mereka tidak memenuhi syarat untuk berbuat demikian. 

Antara sebabnya adalah baki wang dalam akaun 2 KWSP tidak mencukupi untuk membuat pengeluaran melalui skim i-Lestari.

Wang dalam akaun tersebut telah digunakan untuk membeli rumah, membiayai kos pendidikan anak-anak atau kos perubatan.

Sehubungan itu, seorang netizen dalam kumpulan Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin PM8 merayu kepada kerajaan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang dari akaun 1 KWSP bagi tujuan tertentu seperti membayar tunggakan sewa rumah.

Kredit foto: Facebook
Cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana sebahagian besar daripada menyokong agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pertimbangan sewajarnya.

Kredit foto: Facebook
Ada juga netizen yang menyarankan supaya pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan akibat PKP mencari alternatif lain terlebih dahulu seperti bantuan zakat dari Baitulmal.

Kredit foto: Facebook
Rakyat hanya mampu memberi cadangan dan kata pemutus terletak pada kerajaan yang perlu mengkaji dari pelbagai sudut. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
6
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 255
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Dunhill. 11-5-2020 09:21 AM
kos hidup vs gaya hidup

Lain-lain Komen

Quote matbad 21-4-2020 10:19 AM
Kalau bawak kluar habis mcm tu jgk..hmmm entah laaa
Quote bulalof 21-4-2020 10:20 AM
betul2 di duga dlm keadaan skrg.
Quote Ina8895 21-4-2020 10:27 AM
matbad: Kalau bawak kluar habis mcm tu jgk..hmmm entah laaa


Bukan bawak keluar semua. Bukan semua orang boleh keluar.
Quote badaksumbu 21-4-2020 10:29 AM
boleh je kalau nak bagi tp letak la syarat duit tu kena bayar balik. mcm loan gitu tp tanpa interest. dah kata simpanan utk hari tua kan
Quote TravellingBear 21-4-2020 10:30 AM
Baru tak sampai 2 bulan pkp harap memasing yg rasa sempit tu ... sit back & tengok real picture apa2 yg menyebabkan diri tersepit. Kena wajip downgrade & belajar utk bersanggup.. sebab more (economy) disaster to come....

Sepatut kalau 2 bulan pkp tkde effect . Sepatutnya laa. Kena belajar hidup apa nya yg ada...
Quote Grose 21-4-2020 10:33 AM
konspirasi apa ni?nak jatuhkan imej kerajaan? yg punyai harta bertrillions?

rakyat mahukan pkp ini dilanjutkan sehingga vaccine found...la bengap

wth?







haaaaaaaaaaa

Quote Ina8895 21-4-2020 10:36 AM
TravellingBear: Baru tak sampai 2 bulan pkp harap memasing yg rasa sempit tu ... sit back & tengok real picture apa2 yg menyebabkan diri tersepit. Kena wajip downgr ...

Kan orang tu cakap dia takde duit nak bayar sewa. Baca la habis dulu. Main komen je.
Quote CardiGans85 21-4-2020 10:38 AM
Bg je la. Skrg pun harga minyak mentah dunia pun dah jatuh tersungkur masuk gaung.
Quote Ina8895 21-4-2020 10:41 AM
Grose: konspirasi apa ni?nak jatuhkan imej kerajaan? yg punyai harta bertrillions?rakyat mahukan pkp ini dilanjutkan sehingga vaccine found...la bengapwth?ha ...


Kerja makan gaji buta suka la pkp sambung. Yang kerja sendiri macam nak mampus kau tau tak.
Quote krustykrab 21-4-2020 10:43 AM
Sepatutnya duit bantuan tu jgn bagi cash, bg voucher utk beli brg penting saja...ni bg cash, beli rokok, ketum, dadah, vape, tah apa2 lagi la yg tak perlu...
Quote Grose 21-4-2020 10:44 AM
TravellingBear replied at 21-4-2020 10:30 AM
Baru tak sampai 2 bulan pkp harap memasing yg rasa sempit tu ... sit back & tengok real picture apa2 ...

make do with what we have? ..the problem is sekarang tinggal bulu jembut aja...bukan boleh digunakan nak beli barang atau pay rents kheeun?

haaaaaaaaaaaaa
Quote biozipstar 21-4-2020 10:46 AM
TravellingBear replied at 21-4-2020 10:30 AM
Baru tak sampai 2 bulan pkp harap memasing yg rasa sempit tu ... sit back & tengok real picture apa2 ...

aku setuju.. utk 2 bulan perbelanjaan sepatutnya takde masalah.... lepasni boleh cover balik apa2...
Quote eyansss 21-4-2020 10:46 AM
setuju komen minta diorang cuba ikhtiar mintak dengan pusat zakat dll...  akaun 1 tu kalau boleh biar la last resort...
Quote biozipstar 21-4-2020 10:48 AM
bos aku kan... dulu belagak nak mampos. dia cakap duit yg ada perlu beli rumah utk proses investment. so dia beli 1 rumah besar gilos sebulan bayao RM2.8k, then dia beli 1 lagi rumah RM2.5k sebulan utk jadi homestay. now homestay xde org duduk... then, beli kereta sebulan 0.8k, kereta bini pun 0.8k,,, sbb PJJ, rumah bini 0.9k.... so gaji dia habis centu je.. now company minus 20% utk gaji >rm10k.... itulah nasib baik aku dok rumah flat, kereta plak dah abes bayar.
Quote cupu 21-4-2020 10:49 AM
Ye ke tersepit...aku tgk kawan aku mcm mewah je skrg..byk lebih sbb loan kete umh dh dpt monotorium ni..
Quote badaksumbu 21-4-2020 10:50 AM
TravellingBear replied at 21-4-2020 10:30 AM
Baru tak sampai 2 bulan pkp harap memasing yg rasa sempit tu ... sit back & tengok real picture apa2 ...

yg kerja sendiri rasanya mmg tertekan. saving yg ada nak guna utk makan pakai lg, nak simpan utk buat modal lg. nak2 kalau kerja sendiri yg bergantung dgn himpunan public yg ramai mcm pasar mlm, event management, etc, etc
Quote missinpiece 21-4-2020 10:55 AM
Kalau boleh keluarkan letak lah syarat jumlah max mcm pengeluaran acc 2. Tapi dah sedia maklumlah nanti ada yg diberi betis nak peha pulak
Quote TravellingBear 21-4-2020 10:57 AM
Ina8895 replied at 21-4-2020 10:36 AM
Kan orang tu cakap dia takde duit nak bayar sewa. Baca la habis dulu. Main komen je.

Ye la betul la. Baru 2 bulan takkan tinggal bulu langsung. Serius aaa semua rakyat malaysia mmg tkde savings langsung utk 3 bulan expenses (komitmen) at least
Quote TravellingBear 21-4-2020 10:58 AM
badaksumbu replied at 21-4-2020 10:50 AM
yg kerja sendiri rasanya mmg tertekan. saving yg ada nak guna utk makan pakai lg, nak simpan utk b ...

That is why kenapa selama ni..  tkde kesedaran utk simpan ke? Kalau pkp dah 6 bulan aku paham la.

Lihat semua komen(255)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top