Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Tidak Laris Di Pasaran" Harris Baba Berundur Dari Dunia Seni

21-4-2020 09:39 AM|Oleh: top5complete | Komen: 150

Disebabkan kemerosotan kerjayanya dalam industri seni sejak tiga tahun lalu, penyanyi dan pelakon Harris Baba membuat keputusan mahu meninggalkan industri hiburan.

 
Foto: IG

Memetik laporan BH Online, Harris Baba kini lebih menumpukan perhatian pada perniagaan keluarga di Sabah. 
 
"Saya berulang-alik hampir setiap minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tiada rezeki saya menempa nama, jadi saya fikir keputusan mahu berundur diri adalah jalan terbaik.

"Saya berundur diri secara baik daripada syarikat rakaman, World Peace Entertainment walaupun baru lapan bulan menandatangani kontrak," katanya.

 
Foto: IG

Harris juga mendedahkan dia terpaksa meninggalkan isteri dan anak kerana berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu.
 
"Cukuplah, saya berada dalam industri hiburan. Jika diteruskan sekali pun, saya bimbang kerjaya berada di landasan yang sama. Jadi, saya harus bijak membuat keputusan" ujarnya lagi.


Foto: IG

Penyanyi kelahiran Singapura itu berkata, dia semakin seronok menguruskan perniagaan bersama isteri. Perniagaan milik kakak iparnya diserahkan kepada Harris dan isteri, sejak setahun lalu.


Foto: IG

Semoga semuanya berjalan lancar buat Harris sekeluarga. Rezeki ada di mana-mana dan tidak semestinya kena tertumpu pada satu kerjaya saja, kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 149
Komen

Previous : Ini Rupanya Maksud Lagu 'Hilang Gelap, Terbitlah Terang' (Sweet Charity)

Next       : Sikit Hari Lagi Nak Puasa, Nama Kucaimars Busuk Dituduh Permain Ramai Wanita

Komen Terbaru

Quote Asdira 30-5-2020 01:52 PM
Dia ada berlakon dlm drama bulan ramadhan, Geng Tadarus..dlm drama tu dia dok giler sgt kat ida moin..kenot brain watak dia tu..

Lain-lain Komen

Quote alianess 19-4-2020 09:50 PM
Suara best. Lagu love me pun slalu kluar kat radio.
Aura kureng kot.
Quote doubleA 19-4-2020 09:51 PM
Goodnye, sayonara, adios amigos

Bisnes lebih menguntungkan, ok la dah ada plan B, memang retis ni ada turun naik melainkan ko siti nurhaliza
Quote HannahMontana 19-4-2020 09:54 PM
Dia kahwin awal sangat buatkan peminat perempuan tidak teruja atau merasa rugi   gilakan dia tanpa peluang berangan untuk jadi isteri dia.

Nak jadi artis ,dah ada rupa, ketinggian pun cukup tp janganlah kahwin awal sangat.

Quote HannahMontana 19-4-2020 09:56 PM
doubleA replied at 19-4-2020 09:51 PM
Goodnye, sayonara, adios amigos  

Bisnes lebih menguntungkan, ok la dah ada plan B ...

statement bodo ko tu sesuai dengan status ko sebagai  penduduk tetap Tanjung Rambutan the Hospital of Bahagia.
Quote Lengkong 19-4-2020 09:56 PM
Bijak buat pilihan

Quote gummiebear 19-4-2020 09:58 PM
Alaa sayangnya helokk camni nak bersara dah pulak
Quote umbut 19-4-2020 09:59 PM
Bini kaya.. better buat je bisness ngan bini... lagi masyukk
Quote Lailerthee 19-4-2020 10:01 PM
Mula herlok tpi tu la xd rezeki kot atau mungkin sbb stay sabah buat susah nk joint apa2 event selalu buat org xnmpk dia sgt
Quote ellejo 19-4-2020 10:06 PM
mungkin sebab chuols takde faktor rembesan yang boleh buat acik tiwi dan dak twitter pecah ovari?
Quote cruz2 19-4-2020 10:07 PM
Edited by cruz2 at 19-4-2020 10:09 PM

Aiyoooo..dh kawin dgn anak org kaya berbiras lg dgn adik neelofa buleh la ckp nk bersara bagai..tp iols suka dgr dia speaking.smooth jer..bm dia pelat sgt
Quote Aai2 19-4-2020 10:10 PM
Jaga bisnes jelah...jadi artis pun bkn semua boleh berjaya...
Quote sh00 19-4-2020 10:10 PM
Kawin dgn orka. Hidup mewah. Buat apa susah2 nak jadi artis. Baik focus family dan bisnes
Quote bedahmenjuyah 19-4-2020 10:11 PM
Babai lagu apa dia nyanyi aku pun tak tau
Quote cicicumel 19-4-2020 10:13 PM
suara live hancur. spesies aziz harun.
Quote kiah_mai_pulak 19-4-2020 10:14 PM
dah tu nak kitaorg semua kat sini pakat duk mggelabah tetek ke ni??
Quote mohdcrow 19-4-2020 10:15 PM
Takde masalah pun sekarang ni...lagu last tahun 90an pun masih dipetik ngan title penyanyi sampai kiamat
Quote BoLapciOus 19-4-2020 10:19 PM
HannahMontana replied at 19-4-2020 09:54 PM
Dia kahwin awal sangat buatkan peminat perempuan tidak teruja atau merasa rugi   gilakan dia tanpa p ...

I think so too..xsempat nk rembes..haha
Quote nazzse 19-4-2020 10:20 PM
halah halah, kaya kan buat apa jadi retis...dok nga bini je lah hari2 masyuk
Quote hyie 19-4-2020 10:26 PM
buatlah album Sabah...oh lupa dia tak reti sangat cakap bm

Lihat semua komen(150)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top