Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Duit Kertas RM1 Semuanya" - Bapa Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar PKP

16-4-2020 10:00 AM Komen: 31

Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun bermula bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) namun statistik kes ingkar arahan berkenaan menunjukkan peningkatan.

Terdahulu, bermula 8 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu yang ingkar PKP. 

Pengguna Facecook, Siti Rohaiza berkongsi kisah sedih selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang lelaki yang terpaksa membayar denda anaknya yang ingkar perintah berkenaan.


"Terima bayaran kompaun pagi tadi daripada seorang bapa. Yang kena, anaknya berumur 18 tahun.
 Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1? Jenuh Iza nak mengira pagi tadi. 
Bila ditanya, jawapannya 'korek tabung'. Sentap hati ni dengar."


Kredit foto: Facebook Siti Rohaiza

Siti Rohaiza yang berkhidmat di pejabat Kementerian Kesihatan memberitahu, lelaki berkenaan membuat pembayaran dengan menggunakan syiling dan helaian duit RM1 yang 'dikorek' dari tabungnya untuk membayar kompaun tersebut.


Loading FB Post...

Dalam hantarannya, Rohaiza turut menasihati orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah supaya mematuhi arahan PKP dan jangan menyusahkan ibu bapa.

Perkongsian ini mengundang simpati warga maya terhadap si bapa.


Kredit foto: Facebook Siti Rohaiza

Nilai RM1,000 itu boleh digunakan untuk membeli banyak barang dapur, dik. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 18-4-2020 10:30 PM
prettyuglybabe replied at 16-4-2020 01:03 PM
entah-entah duit berkepok dalam bank tabung haji bagai..
i pun banyak duit singgit singgit sebab ha ...

aku pun fikir benda yg sama!!!! hahaaha

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 16-4-2020 10:12 AM
Anak2 yg langgar pkp ni umpama anak2 derhaka
Quote Boomibulat 16-4-2020 10:14 AM
Sayangnya duit Bnyk buat bayar denda..mesti simpan lama tu..
Quote Kurex 16-4-2020 10:17 AM
Arwah atok aku, anak kena penjara, atok aku biarkan je..  nak keluar, pakai duit sendiri.
Quote KIM.K 16-4-2020 10:32 AM
Tinot7 replied at 16-4-2020 10:12 AM
Anak2 yg langgar pkp ni umpama anak2 derhaka


Betul..langgar pkp ni ada impak kewangan. Jangan la keluar
Quote Lengkong 16-4-2020 10:42 AM
Lama simpan duit....Habis macam tu je.


Quote capiloton 16-4-2020 10:43 AM
kalau tak bayar kena duduk lokap berapa lama?
sapa tau
Quote capiloton 16-4-2020 10:44 AM
Edited by capiloton at 16-4-2020 10:45 AM
Kurex replied at 16-4-2020 10:17 AM
Arwah atok aku, anak kena penjara, atok aku biarkan je..  nak keluar, pakai duit sendiri.

ini yang terbaik cara ajar anak
parents skang manja kan anak, so rasakan la
entah la, aku takde rasa nak kesian ke apa.
takde feel aku baca kisah2 gini
you reap what you sow
Quote shernazz 16-4-2020 10:49 AM
Kurex replied at 16-4-2020 10:17 AM
Arwah atok aku, anak kena penjara, atok aku biarkan je..  nak keluar, pakai duit sendiri.

Elok cam.tu.aje..
Iols dolu kengkawan kampung ayah iols.kalau anak masuk lokap..sebokkkk call ayah iols.soh settlekan..
Sian.ayah iols.gi balai la..tengok kes la...
Bila ayah iols.susah..depa.buat xtau ja..jilaka...sejak tu..iols.akan ignore sapa sapa yang mintak tolong ayah iols..settle sendiri...
Ayah iols baekkk sangat ati..mudah kesian..naseb dpt anak keras ati cm iols
Quote capiloton 16-4-2020 11:11 AM
Kurex replied at 16-4-2020 11:02 AM
Arwah atok aku bekas polis, askar melayu, pegawai dbkl & ada silat.. atok aku kata, kalau muda lag ...

atok ko memang betul jantan sejati.
sekarang ramai bapak spesis pondan kat rumah.
maybe sebab bini nya pulak spesis singa betina.
anaknya pulak jadi macam anakku sazali.
depan mak bapak, pijak semut pun tak mati.
dekat luar, macam setan nirrajim.

Quote chinta89 16-4-2020 11:18 AM
Gigih pakcik sanggup nk byr utk anak x berguna ni... next time biar anak tu merasa lokap. Kalau tak dia x sedar pakcik oi... syg anak berpada2! {:laugh

Kalau pakcik yg kena, blm tentu anak nk keluarkan duit!
Quote leylapple 16-4-2020 11:23 AM
sebijik mcm cerita anakku sazali...

pakcik, lebih elok abiskan duit tu buat beli beras.... anak tu, takkan insaf bila makpak turutkan sangat kehendak dia....

kalau dia jenis yang beringat, takkan langgar PKP suka2..dahla takde duit nak byrkan denda
Quote adila39 16-4-2020 11:23 AM
Ramai budak muda perangai teruk. X hormat org tua dan xde otak! benci betul spesis anak menyusahkan mak bapak..
Quote MissyMolly 16-4-2020 11:26 AM
ganti balik dgn keinsafan ye nak...kot tengah belajar ke,belajar elok-elok,kerja best-best...lepas 5 tahun kerja,bagi duit dalam beg james bond kat ayah tu
Quote faraway1 16-4-2020 11:30 AM
aiyo , kompem bukan anak boleh diharap menyenangkan hidup mak pak,
ni dah guna duit bayar tu, lepas ni kalau tak da beras, mana nak cekau duit?
Quote Kurex 16-4-2020 11:41 AM
capiloton replied at 16-4-2020 11:11 AM
atok ko memang betul jantan sejati.
sekarang ramai bapak spesis pondan kat rumah.
maybe sebab bi ...

Yg warisi perangai atok aku, ayah aku.. sebab ayah aku anak 1.. ingat lagi berbirat belakang badan bila aku ponteng sekolah
Quote lattehazelnut 16-4-2020 11:51 AM
Dah brp minggu kalau langgar jugak mmg xsimpati langsung.. sorry..
Quote meow_tompok 16-4-2020 12:39 PM
shernazz replied at 16-4-2020 10:49 AM
Elok cam.tu.aje..
Iols dolu kengkawan kampung ayah iols.kalau anak masuk lokap..sebokkkk call aya ...

tok penghulu ke ayah you
Quote aderaderker 16-4-2020 12:47 PM
Part of me rasa kesian.

Tapi parents yg macam ni buat anak jd manja.

That's why ada anak kena tangkap hisap dadah berulang kali pun mak ayah still gi jamin and backup sebab 'sayang'.

Sometimes kena ajar anak konsep tough love.



Quote prettyuglybabe 16-4-2020 01:03 PM
entah-entah duit berkepok dalam bank tabung haji bagai..
i pun banyak duit singgit singgit sebab habit duit singgit campak masuk tabung

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top