CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hentikan Jual Face Mask & T-Shirt Op Penawar Guna Logo PDRM, ATM

13-4-2020 09:15 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3785| Komen: 9|Original author: Tukang Tulis

Description: Polis beri amaran akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang berdegil.
Kredit foto: Facebook


Walaupun telah berulang kali diberi peringatan oleh berkuasa, masih ada individu yang berdegil menjual barangan yang menggunakan logo pasukan keselamatan dengan sewenang-wenangnya dalam media sosial termasuk Facebook.

Yang terbaharu, kegiatan itu melibatkan penjualan pelitup muka serta kemeja-T yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (PDRM).

Pihak terbabit dipercayai cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan kerjasama antara PDRM dan ATM dalam Op Penawar 2020.

Kredit foto: Facebook Polis Diraja Malaysia

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, hanya anggota polis dan tentera sahaja yang dibenarkan memakai pelitup muka yang mempunyai logo tersebut.

"Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 yang boleh dikenakan denda RM500 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

Beliau menegaskan, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan dalam situasi PKP dengan mempromosikan barangan berlogo PDRM/ATM Op Penawar 2020 untuk dijual secara terang-terangan.

Huzir menjelaskan, perbuatan itu merupakan satu kesalahan undang-undang dan mereka yang berdegil melakukannya akan diheret ke muka pengadilan.

Kredit foto: Facebook
Semakan mendapati ada individu yang menjual pelitup muka dan kemeja-T Op Penawar di Facebook Marketplace pada harga RM65.

Memang wajar PDRM bertindak tegas bagi mengelakkan orang awam menggunakan logo pasukan keselamatan sesuka hati mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 13-4-2020 09:32 AM
Suka hati ja jual logo pihak keselamatan... elok ambik tindakan segera
Quote Ina8895 13-4-2020 11:30 AM
Takut i kalau ada orang jahat menyamar jadi polis & askar
Quote ChemicalRomance 13-4-2020 01:46 PM
Suruh masuk ikut latihan jadi askar / polis taknak, lepas tu berangan pakai pakaian logo pasukan keselamatan ke sana sini... ko ingat kalau ko pakai mask ni boleh terus lepas roadblock ke?
Quote Artemesiaa 13-4-2020 01:52 PM
Eloklah dikenakan tindakan benda macam ni kalau sampai ketangan orang bernait tak baik bahaya juga
Quote crazybeach 14-4-2020 01:20 AM
bahaya gak nanti entah sesapa sesenang jah gi pakai t-shirt dgn mask pdrm untuk nak buat jenayah
Quote crazybeach 14-4-2020 01:22 AM
pemilik nombor 019 578 9186 dah kena tangkap ke belum?
Quote Tinot7 14-4-2020 01:36 AM
crazybeach replied at 14-4-2020 01:22 AM
pemilik nombor 019 578 9186 dah kena tangkap ke belum?

Ni nombor siapa ni?
Quote crazybeach 14-4-2020 01:53 AM

nombor seller mask tu lah chuols. kat gambar atas tu kan dia tepek nombor dia kat mask corak celoreng tuh
Quote Tinot7 14-4-2020 02:04 AM
crazybeach replied at 14-4-2020 01:53 AM
nombor seller mask tu lah chuols. kat gambar atas tu kan dia tepek nombor dia kat mask corak celor ...

Haha oh ye ke?
Iols tak nampak. Terpaksa tgk balik tadi

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072006 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top