Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Berjangkit Dengan Pelanggan Batuk Tak Henti, Pemandu E-Hailing Maut Covid-9

Oleh: Ceteria Hukama|10-4-2020 10:14 AM Komen: 27
Gambar hiasan 
Kredit : bukanaku.com

Gara-gara pelanggan wanita batuk, seorang pemandu Uber maut akibat jangkitan Covid-19 di London, Britain pada 3 April lalu.

Berdasarkan laporan Daily Mail, Ayub Akhtar yang menetap di Norwood, London meninggal dunia selepas seminggu menghantar seorang wanita disyaki positif wabak maut itu.


Kredit foto: Daily Mail

Abang Ayub, Yasser mendakwa, adik lelaki mengadu tidak sihat selepas memberi perkhidmatan e-hailing kepada wanita berkenaan.

"Dia mengadu pelanggan itu batuk tidak henti-henti sewaktu berada di dalam kenderaan e-hailingnya.

"Beberapa hari kemudian, Ayub mula menunjukkan simptom seperti batuk tidak henti-henti yang memeritkan dan mengalami kesukaran bernafas terutama pada waktu malam," katanya kepada Daily Mail.

Yasser berkata, pemeriksaan pasukan perubatan kemudiannya mengesahkan Ayub positif Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Mayday, Croydon untuk dikurantin  sebelum dipindahkan ke Hospital St. George.

Dia berkata, sepanjang berada di hospital Ayub sering menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tentang ketakutannya menghadapi wabak itu dan meminta ahli keluarga mendoakannya lekas sembuh.


Kredit : Daily Mail

"Pun begitu, takdir tuhan mengatasi. Ayub yang masih bujang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Jumaat lalu (3 April).

"Ia kehilangan amat besar kepada keluarga kami dan rancangannya untuk berkahwin juga tidak kesampaian. Dia banyak membantu ekonomi keluarga dengan bekerja sebagai pemandu Uber," katanya.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Kesatuan Pemandu Kereta Sewa Britain meminta pihak berkuasa negara itu memberi garis panduan jelas tentang perkhidmatan e-hailing dan teksi sewaktu musim Covid-19.


Kredit foto: Daily Mail

"Tanpa arahan rasmi kerajaan, kami tidak boleh melarang ahli keluar mencari pelanggan. Dalam masa sama, amat sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial sebagai pemandu e-hailing," tambahnya.

Buat pemandu e-hailing di Malaysia, jadikan kisah ini pengajaran dan berhati-hati sewaktu mencari rezeki sepanjang tempoh PKP ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 11-4-2020 01:38 PM
salam takziah

Lain-lain Komen

Quote Manjahati 10-4-2020 10:16 AM
Takziah dek
Quote Tinot7 10-4-2020 10:18 AM
Takziah kpd keluarga
Quote nazzse 10-4-2020 11:37 AM
Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol habis.
Nasib baik orang malaysian tak alert lagi pasal ni masa tu, keluar mana2 batuk org buat tak tahu je, kadang pakai mask kadang lupa.
Last sekali iols gi klinik gov, kena ambil xray..
2 makan ubat klinik gov baru baik..kalau tahu awal aku g klinik gov je, penat batuk sebulan
Quote julielapadite 10-4-2020 01:03 PM
nazzse: Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol h ...


Me and husband pun batuk teruk in Jan-Feb for whatever reason, 1st time tengok husband batuk seteruk itu. Doctor said takde symptom covid tp colleagues semua mmg lari la bila batuk-batuk
Quote Achubam 10-4-2020 01:06 PM
Cuba check GERD. Salah satu penyebab batuk lama
Quote munchkin 10-4-2020 02:50 PM
nazzse replied at 10-4-2020 11:37 AM
Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. ...

Ubat apa yg gov bagi tu? good info ni. Which klinik gov naz pergi?
Quote bloodyamuk 10-4-2020 03:27 PM
nazzse: Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol h ...


klinik gov doc dapat detect sakit apa sis? yang radang rib cage tu ke? batuk sis batuk kering atau berkahak?
Quote nazzse 10-4-2020 03:36 PM
bloodyamuk replied at 10-4-2020 07:27 AM
klinik gov doc dapat detect sakit apa sis? yang radang rib cage tu ke? batuk sis batuk kering at ...

Suspek tb. I tak sempat gi xray sbb appoinment weeknya tu. Tak sampai seminggu dah elok batuk, klu tak tiap malam tak boleh tidur. Infection rib cage sbb batuk lama sangat, kuman dah masuk sampai situ, sebulan plak rasa sakit kat situ.
Quote nazzse 10-4-2020 03:39 PM
munchkin replied at 10-4-2020 06:50 AM
Ubat apa yg gov bagi tu? good info ni. Which klinik gov naz pergi?

Doc bagi antibiotik & few ubat lagi tak ingat ubat apa. Tapi takda ubat batuk, dia bagi nama ubat batuk tu suruh beli kat luar, siap cakap tu dosage yg kuat. Bila I google ubat batuk tu I dah makan, tak jalan jugak.
Quote zeed 10-4-2020 03:42 PM
nazzse replied at 10-4-2020 11:37 AM
Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. ...

Meola kena URTI.. Lebih sebulan gak batuk.. Dpt rasa dari paru2.. Mcm pneumonia.. Pastu doc neb n bagi ubat putih tak sedap baru ok.. Ubat hitam tak jalan..
Quote mbhcsf 10-4-2020 03:42 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote nazzse 10-4-2020 03:46 PM
zeed replied at 10-4-2020 07:42 AM
Meola kena URTI.. Lebih sebulan gak batuk.. Dpt rasa dari paru2.. Mcm pneumonia.. Pastu doc neb n  ...

Sama lah, cuma I suspek tb sbb ada family history. Ada satu masa batuk sampai tak boleh bernafas masa tgh makan plak tu. Menangis sorang2 ingat nak mati..huhu
Quote bloodyamuk 10-4-2020 03:53 PM
nazzse replied at 10-4-2020 03:36 PM
Suspek tb. I tak sempat gi xray sbb appoinment weeknya tu. Tak sampai seminggu dah elok batuk, klu ...

iols pun pernah batuk berpanjangan...dah 2x suspect TB, 2x buat test mentoux tu...

last2 check paru2 ada apa ntah...ada alergik dengan habuk jugak...mild asthma

tak kronik tapi tiap2 malam kalo tido boleh terbangun sebab batuk...

Quote Perk77 10-4-2020 04:06 PM
zeed replied at 10-4-2020 03:42 PM
Meola kena URTI.. Lebih sebulan gak batuk.. Dpt rasa dari paru2.. Mcm pneumonia.. Pastu doc neb n  ...

Ya..kalau korang ade batuk tk baik2 yg lama..jgn mkn ubat batuk hitam...mkn ubat batuk putih..mkn yg hitam mmg lagi teruk tk baik2...ubat batuk putih biasanya utk pesakit asthma utk mencairkan kahak melapangkan simptom radang...ubat selsema kalau ko ade sejarah sakit asthma jgn mkn yg warna kuning ..kahak hingus jadi pekat ..mkn ubat selsema yg lain...Aku ade asthma jadi ade pengalaman sikit bab2 ubat batuk n selsema ni...
Quote GigaMom 10-4-2020 04:40 PM
nazzse: Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol h ...


.timeline yg sama dgn ai
Kes lepas ai penah sembuh ubat gov
Penah sembuj ubat swasta- mkn 2 2 ubat
This time ai sembuh mnum air limau kasturi
Perah 4 5 biji dalam gelas, terus mnum
Quote orgsepang 10-4-2020 04:42 PM
Perk77 replied at 10-4-2020 04:06 PM
Ya..kalau korang ade batuk tk baik2 yg lama..jgn mkn ubat batuk hitam...mkn ubat batuk putih..mkn  ...

Terima kasih atas perkongsian berguna ini, boleh akak tau nama ubat batuk warna putih tu?
Quote chicozinn 10-4-2020 05:18 PM
Knape ea punca batuk n tekak perit xhenti ni?meollss pun start akhir bln 2 ri tu cm batuk mild tapi tekak kdg2 gtal lak..bila cek xde simptom covid tpi tu la nkng cek spital lagi seram tkut terdedah ngan covid..aiyoo
Quote Artemesiaa 10-4-2020 05:25 PM
Risiko jadi pemandu time wabak sepertinya takziah buat keluarga beliau
Quote Perk77 10-4-2020 09:45 PM
orgsepang replied at 10-4-2020 04:42 PM
Terima kasih atas perkongsian berguna ini, boleh akak tau nama ubat batuk warna putih tu?

Kak..sy mcm agak lupa Nama .tp kalau farmasi sy Akan mintak ubat batuk asthma ( tk silap sy Nama syrup asthalin biasa ubat batuk asthma kat farmasi mmg putih) kalau kat klinik akk ckp je kat doctor sy nk ubat batuk cair kahak..tk nk yg warna hitam..klinik biasa dia Kan mix dua jenis ubat ..batuk dan cair kahak....hospital plak...so far dia org mmg Akan bg hitam je dia tkde masa nk layan putih ke hitam...sy mkn juga yg hitam kalau batuk tp sy mkn dgn pil ventolin...

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top