CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Golongan Kayangan Biadab Maki Petugas Barisan Hadapan Anjing, Pencacai Najis

10-4-2020 09:00 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 14718| Komen: 163|Original author: Tukang Tulis

Description: Berbeza dengan sikap jemaah tabligh yang sedia bekerjasama.
Pengorbanan petugas kesihatan barisan hadapan sepatutnya dihargai oleh semua pihak (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan


Dipanggil sebagai 'anjing' dan 'pencacai najis'. Itulah penghinaan yang dilemparkan oleh 'golongan kayangan' terhadap petugas kesihatan barisan hadapan yang cuba mendapatkan sampel daripada mereka untuk ujian saringan COVID-19.

Kekesalan terhadap sekumpulan individu yang baru pulang dari luar negara itu diluahkan oleh seorang pegawai perubatan, Dr Sakinah Sulong dalam laman Facebook miliknya.

Beliau memberitahu, golongan tersebut bersikap sangat biadab dengan memaki hamun petugas kesihatan semata-mata kerana mereka mengikut arahan daripada kerajaan.

"Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam kerenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.

"Marah-marah. Panggil staff kami 'dog'. Panggil staff kami pencacai najis," jelasnya.

Dr Sakinah Sulong. Kredit foto: Facebook
Sambil menyifatkan situasi itu sangat menyedihkan, Dr Sakinah berkata, beberapa petugas kesihatan terpaksa berundur kerana bimbang tidak dapat menahan sabar setelah dimaki sedemikian rupa.

Beliau menjelaskan, para petugas kesihatan tidak kisah bekerja keras dalam usaha mengekang penularan COVID-19 tetapi mereka tidak sepatutnya dihina semata-mata kerana menjalankan tugas.

"Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. 

"Atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!" katanya.

Sebagai perbandingan, Dr Sakinah memuji sikap jemaah tabligh yang rata-ratanya mudah memberi kerjasama dan datang awal apabila diminta datang untuk diambil sampel.

"Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan," ujarnya.

Dr Sakinah berkongsi gambar makanan KFC yang disumbangkan oleh seorang jemaah tabligh. Kredit foto: Facebook
Memang tidak patut mereka bersikap biadab terhadap petugas kesihatan barisan hadapan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya agar kelakuan yang menjelikkan ini dapat dihentikan. - CARI

3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 10-4-2020 07:44 AM
COVID-19: 'Kluster elit' sombong, cerewet ... belum dirawat, perangai perit

Razak Chik, Astro Awani |  Published April 10, 2020 05:08 MYT

SUDAH berminggu anggota perubatan barisan hadapan bertarung nyawa bertugas di hospital dan klinik sedang virus korona melanda.

Tanpa menghirau bahaya terjangkit, mereka menjalankan amanah menyaring atau merawat, tidak kira yang dihadapi Tun atau Tan Sri, pelajar, pekerja, mahupun pendatang luar negara.

Namun, kadang kala kalangan yang dilayan ada individu berhidung tinggi, kurang sabar malah rendah peribadi.

Itulah rintihan beberapa anggota barisan hadapan yang memaparkan pengalaman berhadapan dengan karenah pesakit COVID-19 di hospital Sungai Buluh.

Beberapa portal tempatan menjadi medan luahan mereka terpaksa berhadapan dengan kerenah rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Kerenah mereka menyebabkan golongan ini diberi jolokan "kluster elit", dan tak kurang juga yang diberi gelaran "kluster cerewet".

Mengikut seorang petugas, kalangan mereka yang tiba dari luar negara ada yang pulang bercuti atau bertugas rasmi.

Sebelum ini, ada yang bermegah memuatkan gambar bercuti di destinasi luar negara dan berbangga tidak terkesan dari penularan virus korona.

Bila tiba di pusat saringan dan terpaksa akur perintah, kluster cerewet ini kecewa tidak menerima layanan yang pada mereka kelas pertama.

Ada yang mengeluarkan kata-kata kesat menyamakan petugas dengan binatang. Ini berlaku apabila mereka tidak selesa terpaksa menunggu giliran dan mahu saringan dijalankan tanpa mengikut protokol dan peraturan.

Petugas lain yang terlibat sempat membuat perbezaan perangai menjengkelkan golongan elit ini bila dibandingkan dengan kumpulan kluster tabligh.

Menurut mereka, kluster tabligh bersopan santun, ringan tulang, banyak membantu dan sabar reda.

Penat menunggu, mereka mengisi masa terluang membaca Quran dan siap azan bila masuk waktu solat.

Mereka yang pulang dari luar negara kini tinggal dalam kuarantin di beberapa lokasi hotel selama 14 hari.
Quote sarah82 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan Tentera Bawang negara.

Biar Bawang Rangers  handle tu frontliner ok...tau la bawang rangers nak buat apa
Quote albedah 10-4-2020 07:53 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan ...

Hahahaha akan dipertimbangkan...
Quote EJALTI 10-4-2020 07:54 AM
Bangsat betul pangai....elok la mampos sebab Covid-19...
Quote asma87 10-4-2020 07:55 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan ...


Xboleh. Kang puteli aiyam bukak benang tajuk, langgar akta pekemender ntah sbb dedah maklumat pesakit bagai..ko tau jela aiyam acaner..kalau puak dier buat hal, bekap xcukup tanah wehh...kalau jemaah Tabligh punyer hal , xcukup hp dia nk pi viral..aiyam oh aiyam
Quote kerabuBiru 10-4-2020 07:58 AM
EJALTI replied at 10-4-2020 07:54 AM
Bangsat betul pangai....elok la mampos sebab Covid-19...

Patut dinamakan kluster babi... harap dapat bocor profile celaka2 ni kat fb... biar bawang rangers handle makhluk2 ni
Quote baghal_bortuqal 10-4-2020 07:59 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan ...

Setuju. Bawang rangers have frontliners covered.
Quote kerabuBiru 10-4-2020 08:01 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan ...

Tolong pergi profilekan kluster jahat ni dan share kat fb
Quote sarah82 10-4-2020 08:03 AM
baghal_bortuqal replied at 10-4-2020 07:59 AM
Setuju. Bawang rangers have frontliners covered.

Tu saja cara tebaik nak ajar spesis merak buih ni.. Biar berakal sikit kena serang dgn Bawang Rangers semalaysia... Boleh jadi pengajaran utk next merak biuh.. Jangan cari pasal dgn Frontliner kitaorg.. Sebab semalaysia bakal turun jari jemari utk gaduh.
Quote sarah82 10-4-2020 08:04 AM
asma87 replied at 10-4-2020 07:55 AM
Xboleh. Kang puteli aiyam bukak benang tajuk, langgar akta pekemender ntah sbb dedah maklumat pe ...

Terbocor.. Mcm la x ada cara nak terbocorkan.. Maki Frontliner maknanya umunkan PERGADUHAN dengan seluruh Bawang Rangers  Malaysia.
Quote sarah82 10-4-2020 08:05 AM
albedah replied at 10-4-2020 07:53 AM
Hahahaha akan dipertimbangkan...

Dah alang2 kita dok rumah kan..kita x boleh tolong frontliner tapi kita boleh tolong makikan merak buih ni sebab maki frontliner.
Quote sarah82 10-4-2020 08:06 AM
kerabuBiru replied at 10-4-2020 08:01 AM
Tolong pergi profilekan kluster jahat ni dan share kat fb

Hahahaha.. Silakan.. Biar berakal depa2 ni.
Quote tiesza169 10-4-2020 08:10 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan ...

Betul tu... Jangan main2 dengan kuasa Bawang Rangers.... Hahahahhaa
Quote nurul_akmar 10-4-2020 08:11 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 07:48 AM
Mcm ni la na...

Frontliner sila bocor kan nama HARAMJADAH sekoq2 ni dgn apa yg patut kat jabatan ...

kan.. reveal tp guna anonymous. pastu pandai la tentera bawang malaysia (TBM) take over.
Quote EvieWanKenobi 10-4-2020 08:12 AM
jahanamnya perangai..
Quote sarah82 10-4-2020 08:12 AM
tiesza169 replied at 10-4-2020 08:10 AM
Betul tu... Jangan main2 dengan kuasa Bawang Rangers.... Hahahahhaa

Kemampuan bawang rangers tak dpt dinafikan lagi.. Sayap paling berbisa la dlm jabatan pertahanan negara gitu... Sebab tu israel takut.. Hahahahaha.. Jari jemari made in lava gunuung berapi semua... Sekali menaip lahar.. Boleh kena serangan jantung sapa yg depa laharkan tu.
Quote sarah82 10-4-2020 08:13 AM
nurul_akmar replied at 10-4-2020 08:11 AM
kan.. reveal tp guna anonymous. pastu pandai la tentera bawang malaysia (TBM) take over.

Dah alang2 TBM dok rumah kan.. Biar la bagi depa kerja sikit.. Jadi kurang la boring kena dok rumah.
Quote tiesza169 10-4-2020 08:15 AM
Sekarang ni ramai petugas kesihatan dok puji2 golongan tabligh... Beza bak langit dan bumi attitude dorang ngan golongan kayangan....
Quote nurul_akmar 10-4-2020 08:16 AM
sarah82 replied at 10-4-2020 08:13 AM
Dah alang2 TBM dok rumah kan.. Biar la bagi depa kerja sikit.. Jadi kurang la boring kena dok ruma ...

lgpon dorg buat keje detail... boleh deactivate sume akaun kalau dorg buat keje... nnt kuarlah vip ni derma 100j ke frontliner... nk cover damage punya pasal...

Lihat semua komen(163)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078817 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top