Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tak Nak Ambil Risiko, Tiga Hari Jalan Kaki Balik Kampung Lepas Pulang Dari Jepun

9-4-2020 10:45 AM Komen: 14

Tular di media sosial, Alixson Mangundok, 34, sanggup berjalan kaki selama tiga hari ditemani anjing untuk pulang ke kampung di Kota Marudu dari Kota Kinabalu sebagai langkah berjaga-jaga ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Beliau sanggup berjalan kaki selama tiga hari sejauh 120 kilometer memandangkan dia berdepan risiko dijangkiti Covid-19 kerana baru pulang dari Jepun.

Sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pada 25 Mac lalu, beliau terus ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk membuat ujian saringan Covid-19, walaupun tidak mengalami simptom.

Disebabkan keputusan belum keluar, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan memutuskan untuk berjalan pulang ke kampung.  Saya mula berjalan pada 26 Mac dan tiba di Kota Marudu pada 28 Mac. 

"Sebaik tiba di kampung, saya mengasingkan diri sendiri dan tinggal di rumah kebun bapa bersama anjing bernama Cico yang menemani saya dari Luyang hingga ke kampung, katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Beliau turut memutuskan untuk tidak menaiki pengangkutan awam atau balik bersama abang yang menjemputnya di lapangan terbang kerana khuatir akan keselamatan orang lain.


Kredit foto: Facebok Adik Alixson -  Nazehah Shahavelizen's

Oleh itu, beliau hanya meminta abangnya membawa beg dan disimpan di rumah kebun tempat dia mengasingkan diri.

Alixson berkata, sebelum ini beliau sudah biasa merantau dan berjalan ke tempat jauh. Jadi, ia bukan satu masalah baginya.


Kredit foto: Facebok Adik Alixson - Nazehah Shahavelizen's

Paling tidak boleh lupa ketika melalui kawasan perkuburan Cina di kawasan Luyang.

"Mujurlah ada anjing yang saya jumpa di Luyang, Cico yang setia menemani saya sehingga ke Kota Marudu. Jika tidak bersama Cico, mungkin orang sekeliling menganggap saya orang jahat kerana berjalan pada waktu malam.

"Sepanjang perjalanan, kami berehat dan tidur di mana-mana perhentian bas berdekatan, katanya lagi.



Kredit foto: Facebok Adik Alixson, Nazehah Shahavelizen's - Kubur Hachiko


Kredit foto: Facebok Adik Alixson, Nazehah Shahavelizen's, Tugu Hachiko, Shibuya

Terkini, beliau dikatakan sudah membuat ujian saringan kedua di Hospital Kota Marudu.

Alixson menganggap, anjing itu kiriman Tuhan untuknya apabila diminta mengulas mengenai Cico.

Sebelum saya balik ke Malaysia, saya sempat melawat kuburan Hachiko di Shibuya dan berdoa untuk keselamatan perjalanan saya dan berharap wabak ini cepat hilang.

"Saya menganggap Cico dihantar untuk menjaga saya sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampung halaman, tambahnya.

Tahniah Alixson kerana tidak mementingkan diri dan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kuarantin kan diri secara sukarela.

Nampak serupa pula Hachiko dengan Cico tu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mahunikahmuda 10-4-2020 09:27 AM
baguih betul brader ni... tp 100+ kilo  berjalan? Mak oii...

Lain-lain Komen

Quote Kurex 9-4-2020 11:20 AM
Teringat pelakon cico tu.. dah sendu dah..
Quote belilies 9-4-2020 11:29 AM
Cemana heols dbenarkan lepas roadblock?? Iols pun nak jg balikkk! That's not fair!
Quote husna_amal 9-4-2020 11:43 AM
gagahnya semangat jalan kaki je
Quote Megikari 9-4-2020 12:34 PM
Bagus brader ni, sangat bertanggungjawab
Quote awenda507 9-4-2020 12:47 PM
Klu aku yg kena bjln gini, mau berterabur tulang blkg{:shy
Quote munchkin 9-4-2020 03:50 PM
Mamat ni patur ken hencap travel overseas musim covid.

But at the same time dia seorang berprinsip tegas dan pegang pada prinsip. Tak mendatangkan kemudaratan pada orang lain.

Terima kasih kerana berpegang pada prinsip yg kuat dan teguh itu.

Jujur tak menipu diri, tak tipu orang. Bagus.
Quote munchkin 9-4-2020 03:50 PM
Mamat ni patur ken hencap travel overseas musim covid.

But at the same time dia seorang berprinsip tegas dan pegang pada prinsip. Tak mendatangkan kemudaratan pada orang lain.

Terima kasih kerana berpegang pada prinsip yg kuat dan teguh itu.

Jujur tak menipu diri, tak tipu orang. Bagus.
Quote felinecat 9-4-2020 05:16 PM
tgok kt fb.adik die lawa.lain agama ye
Quote rosli_nurizzati 9-4-2020 05:35 PM
Kurex replied at 9-4-2020 11:20 AM
Teringat pelakon cico tu.. dah sendu dah..

bukan mak dia ka yang meratap2 nak rumah ppr tu?
Quote LadyCarefree 9-4-2020 05:40 PM
Megikari: Bagus brader ni, sangat bertanggungjawab


No. Patut dia dn avang ambil langkah sepatutnya dn dia balik naik kereta abang.

Ni dia tidur merata, pegang merata, risiko orang ramai lain yg boleh jangkit kalau dia pembawa virus. Silap2 anjing tu pon jangkit.
Quote mujer_in_espejo 9-4-2020 07:36 PM
Kalau naik kereta  dari KK ke kota marudu tu boleh ambik masa  dalam 4 jam. Weh jauh gak tuh...perjalanan pun kiri kanan banyak hutan/semak juga..
Quote Carcosa 9-4-2020 09:10 PM
Ya Allah.. Nangis akak baca cerita ni... Sayu betul. Sanggup dia jalan jauh2 gitu. Ditemani plk anjing tah dtg dari mana... Makan mcmana tu? Adoi sedihnya...
Alhamdulillah dah selamat sampai. Semoga sihat ke dua duanya...
Quote Konahhh 10-4-2020 01:40 AM
You have done your best bro. Lagi okay kot dari faralee tu yang balik kampung Terengganu pastu boleh drive ke KL to "exclusively quarantine" kat her office. Punyala dah jumpa family and entah berapa orang along the way haiyoo
Quote mahunikahmuda 10-4-2020 09:27 AM
baguih betul brader ni... tp 100+ kilo  berjalan? Mak oii...

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top