Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Suruh Peniaga Lain Berhenti Jual Topeng Sebab Pelanggan Lari, Mask Tak Laku

Oleh: LilRose|7-4-2020 11:04 AM Komen: 33
Bukan rakyat saja berebut-rebut mendapatkan stok topeng penutup hidung dan mulut, malah peniaga juga berebut mendapatkan pelanggan hingga tercetus perselisihan faham.

Facebook I Am Parit Buntar, semalam berkongsi tangkap layar perbualan dua peniaga yang menjual topeng berkenaan secara atas talian.


Kredit foto: FB

Difahamkan, salah seorang daripada mereka berang apabila pelanggannya 'lari' daripada membeli topeng muka dengannya.

"Boleh berhenti jual topeng sekejap tak? Yang dah tempah topeng dengan saya semua dah beli dengan sis," kata peniaga A.


Kredit foto: Head Topics

Bagaimanapun, peniaga B mendakawa dirinya tidak tahu menahu siapa pelanggan peniaga A dan hanya menjual topeng ready stock saja.

Jawapan peniaga B itu bagaimanapun membuat peniaga A semakin terbakar.

Malah, sempat juga dia menyalahkan perkhidmatan penghantaran kurier J&T kerana lambat menghantar barangannya.


Kredit foto: FB

Peniaga A juga meminta peniaga B tidak mempromosikan jualannya di Facebook untuk memberi laluan kepadanya.

Dek sikap biadab dan iri hatinya, peniaga A menerima pelbagai kecaman daripada warganet.


Kredit foto: FB

Peniaga macam ni pun ada ya? Terang-terangan suruh peniaga lain 'tutup periuk nasi'. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ed_Lyn 18-4-2020 10:10 PM
gigahertz replied at 8-4-2020 09:51 PM
kerajaan ada beri freemask kan?

Ada.. Tapi x menyeluruh lagi org ramai dapat..

Lain-lain Komen

Quote krustykrab 7-4-2020 11:18 AM
Hasanah ke betui ni
Quote Covid19 7-4-2020 11:22 AM
Hasanah zaman kovid naiting
Quote Covid19 7-4-2020 11:23 AM
Sejak kerajaan naikkan harga siling mask terus melambak stok mask..tak susah nak cari dah ...tapi kat fb tak boleh jual face mask..tak tahu knp..kalau jual juga nanti kena padam
Quote AbukRokok 7-4-2020 11:31 AM
kenapa mesti pilih jnt? asyik asyik jnt
kedekot sgt
Quote belilies 7-4-2020 11:34 AM
Ehh bodoh. Tapi jangan tatau eak. Spisis cenggini memang wujud. Slek sendrik salahkan org lain
Quote Rogue98 7-4-2020 12:27 PM
Awal2 dulu harga mask mahal aku beli sekeping RM3 lama pulak tu baru dapat.. tapi no choice beli gak. Skrg dah mula turun sikit harga.. peniaga2 ni ambik peluang nak kaut untung tapi x bijak bersaing.
Quote Catpaw 7-4-2020 12:36 PM
Lahai menyombongnya
Quote any42 7-4-2020 12:53 PM
ad jgk ye mnusia mcm ni
Quote Leonclay 7-4-2020 01:47 PM
Patut la rezeki B tu lg byk..siap nk tlg promote lg si A punya..si A ni kena muhasabah diri..rezeki x salah alamat..hati kena la bersih
Quote meow_tompok 7-4-2020 02:53 PM
kat depan pasaraya ada dah budak jual facemask. RM10 utk 5 keping.Okay la daripada spend RM70 sekotak kena tunggu courier lagi.. bukan nak keluar hari2 pun.

Quote ina_na 7-4-2020 03:26 PM
Aku bl yg n95 sekeping rm33 yg kawan aku ckp lps pakai spry n simpan blk dlm plastik.. Jd x yah dah nak pening2 nak membeli lps ni.. Mslhnye x lawa la.. Tu je la.. Yg bl sblm ni n99 x sanggup nak pakai sbb ala2 pe je.. Tp kalo dah kritikal nanti.. Pakai je la kan..aku ni spesis bl yg lama leh tahan.. Mslh nye mmg tahan lama.. Yg x tahan nye jemur kn curi.. Sakit ati oiii
Quote Acikgomen 7-4-2020 04:47 PM
Covid19 replied at 7-4-2020 11:22 AM
Hasanah zaman kovid naiting

Hahah teringat plak kat abam kobid naiting jalan langgaq tuari. Ape cer mamat bangang tuh. Dlm penjara ka dah keluaq
Quote munchkin 7-4-2020 05:56 PM
Hasnah.

Anyway ada juga yg buat tayik. Org lain post jual barang, peniaga jual barang sama dok promote kat komen. Cam haprak je perangai  
Quote gigahertz 7-4-2020 07:48 PM
Covid19 replied at 7-4-2020 03:23 AM
Sejak kerajaan naikkan harga siling mask terus melambak stok mask..tak susah nak cari dah ...tapi ka ...

part paling best pasaraya macam mydin dah jual mask. jual pulak murah RM 10 utk 5 kalau dulu mmg terpaksa beli 1 kotak. perabis RM 100 perabis RM 70. sampai ada kena scamm berpuluh ribu.
Quote gigahertz 7-4-2020 07:51 PM
meow_tompok replied at 7-4-2020 06:53 AM
kat depan pasaraya ada dah budak jual facemask. RM10 utk 5 keping.Okay la daripada spend RM70 sekota ...

I rasa seller yang mengamuk tu dia buat back-to-back order direct China. biasanya barang back to back order ni kena murah dalam pasaran. tapi situasi
sekarang terbalik. yang order direct China tu pulak jadi mahal. risiko kena scamm lagi.
Quote LautBiru52 7-4-2020 11:28 PM
Busuk nya hati. Dah bersepah org jual mask skrg. Tak mahal mcm mula2 hari tu. Aku beli rm2.60 sekeping. Giler
Quote bloodyamuk 7-4-2020 11:45 PM
ni failed bab fiqh muamalat...barang belum ditangan dan confident nak buat sales...

patutlah si A murah rezeki, barang ready stock...

perangai si B ni kita tak heran la kalo meniaga dengki kat orang
Quote bloodyamuk 7-4-2020 11:47 PM
royal canin okay...

kucing2 ni kalo rajin bagi makan ikan rebus mak aih bulu diorang...sehat2
Quote b_n_c 8-4-2020 12:27 AM
Covid19 replied at 7-4-2020 11:23 AM
Sejak kerajaan naikkan harga siling mask terus melambak stok mask..tak susah nak cari dah ...tapi ka ...

takut penjual.penipu kot..kan ramai kena tipu hr tu.

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top