Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Tekad Pulang, Berjalan Kaki Di Tambak Johor Mulai Hari Ini

6-4-2020 05:45 PM Komen: 92
Tekad untuk berjalan kaki merentasi tambak Johor untuk pulang ke rumah, pekerja Malaysia di negara jiran, Singapura dijangka mula bergerak balik hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, pembantu produksi sektor elektrik di Singapura, Nur Hamidah Jamal, 30 antara yang mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air selepas republik untuk menutup beberapa sektor bagi mengekang Covid-19.

Kami bimbang kerana sebulan tempoh yang panjang, risau tersadai di negara orang serta berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi di sini (Singapura).

Kami memang tidak mampu kerana besar kemungkinan juga hilang kerja lebih masa dan kilang akan ditutup kerana ia bukan dalam sektor perkhidmatan penting yang dikecualikan.

Kredit foto: Berita Harian

Majikan ada memberitahu, kami tidak diberhentikan kerja tetapi perlu mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Tempoh itu lama dan saya memang rindukan anak serta suami di Johor Bahru.

Sebelum ini, walaupun bekerja di Singapura saya akan berulang alik dan bertemu dengan keluarga di Johor. Tetapi kami terpisah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 17 Mac lalu dan saya menetap di Singapura.

Rasanya memang tidak sanggup hendak biarkan suami dan anak menjalani Ramadan sendirian, katanya.

Katanya lagi, ramai yang merancang untuk bergerak petang untuk berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer itu sambil membawa beg pakaian. Semoga yang baik-baik sahaja untuk semua rakyat Malaysia. - CARI  


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 92
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Supersirap 13-5-2020 12:18 PM
ira_229 replied at 7-4-2020 03:10 AM
kesian kan diaorang demi sesuap nasi..
janganlah kutuk diaorang sbb nak gaji lebih...diaorang pun ...

Setuju sangat dengan pendapat you, rezeki masing-masing sudah tercatit, yang penting kita kena ada usaha untuk mendapatkannya, walauapapun yang berlaku, kita hanya mampu doakan yang terbaik buat urusan mereka semua.

Lain-lain Komen

Quote R2D2 6-4-2020 11:05 AM
Quote shernazz 6-4-2020 11:25 AM
Kalau sama sembang sembang sambil gegosip...tak lama pun 1.5km tu...
Baliklah kalau itu lebih baik kakak
Quote hasniey 6-4-2020 11:32 AM
Kalau xde keje,balik je lah.duduk sana sebulan xde keje.abes duit simpanan.kesihatan xterjaga.
Quote underground 6-4-2020 11:49 AM
Ok la 1.5km.. Aku zmn student pernah berjalan lebih 5 km sbb cari bas sambung3 nak balik raya.
Quote dudaberhias 6-4-2020 11:52 AM
meols pernah ke pekan ulang alik 19 km... lagi teruk dan jalan bukannya lurus macam tambak johor yach...
Quote dubuk 6-4-2020 11:56 AM
Edited by dubuk at 6-4-2020 11:59 AM

aku paling jauh berjalan 5 km.. pergi kerja.. tengah jalan hari hujan ada kereta stop tumpangkan.. ni time masa aku makan rumput dulu lah..
Quote syadail 6-4-2020 12:24 PM
Pengalaman naik bas biasa ke singapore hari sabtu.

Dpt tengok org ramai2 berjalan kat tambak masuk ke johor. Jalan jauh. Nampak mcm fenomena biasa je.
Quote dizekni 6-4-2020 12:27 PM
sediakan asrama untuk kuarantin

atau kawasan perkhemahan
Quote hiswife 6-4-2020 12:52 PM
Gov sediakan x tempat untuk kuarantin diorg? Ke pandai2 self quarantine?
Quote R2D2 6-4-2020 01:15 PM
yg biasa gi kerja naik lrt ke ofis dh biasa dgn jarak 1.5km
Quote jetrofa 6-4-2020 01:24 PM
1.5 km je pun nak highlight
...iol hari2 jogging 3-5 km..sebelum pkp la...skg lari setempat dgn high jumping jack je...
Quote harizs 6-4-2020 01:29 PM
dekat jer 1.5km.  aku jalan2 pusing dlm IKEA pun dah lebih 1.5km
Quote ira_229 6-4-2020 01:30 PM
shernazz replied at 6-4-2020 11:25 AM
Kalau sama sembang sembang sambil gegosip...tak lama pun 1.5km tu...
Baliklah kalau itu lebih baik  ...

tak jauhlah...lagipun cuaca hari ni pon sedap kalau berjalan...sambil2 exercise...
Quote cmf_premierleag 6-4-2020 01:42 PM
semoga semua urusan mereka dipermudahkan
akak malas nk kecam kat orang yg ada usaha utk cari rezeki
sbb akak penah jmpe biawak hidup spesis malas tahap dewa pemalas nak cari keje smpi tak tau nk nasihat cemana dah
so akak salute la sapa2 yg gigih cari rezeki tak kira dimana pun depa keje
Quote Grose 6-4-2020 01:44 PM
hiswife replied at 6-4-2020 12:52 PM
Gov sediakan x tempat untuk kuarantin diorg? Ke pandai2 self quarantine?


In TMJ....aku yakin....demi bangsa johor

Yg ini aku kena long haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote shernazz 6-4-2020 01:49 PM
ira_229 replied at 6-4-2020 01:30 PM
tak jauhlah...lagipun cuaca hari ni pon sedap kalau berjalan...sambil2 exercise...

Kan...
Akhirnya dpt juga jumpa family
Moga dipermudahkan urusan depa...
Quote limau_lemon 6-4-2020 02:08 PM
1.5km untuk org yg biasa jogging tak jauh pon ..tp org yg berlemak2, 1.5km ibarat 15km
Quote ira_229 6-4-2020 02:15 PM
shernazz replied at 6-4-2020 01:49 PM
Kan...
Akhirnya dpt juga jumpa family
Moga dipermudahkan urusan depa...

kesian tau ada kenalan orang jb kerja kat singapore...masuk Singapore hari tu dahlah kena stay home notice 14hari...tapi diaorang dapat dok hotel 5* makan tanggung govt sediakan...ngam2 habis 14hari kena kurung kena mcm ni pulak! diaorang tak boleh kerja sbb Singapore kenakan Covid-19 circuit breaker start 8 April, cuma penjawat perkerjaan penting aja yg dibenarkan berkerja, terpaksa balik jb... balik nnti kena qurantine lagi...apa lah nasib badan asyik terkurung je..
Quote perembes 6-4-2020 02:17 PM
dekat rupanya johor dgn singapore

Lihat semua komen(92)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top