Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

COVID-19: Bazar Ramadan Kini Dalam Talian

Oleh: Ct Cheery|5-4-2020 10:50 AM Komen: 59

Setiausaha Agung bagi Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Mohamed Zamri Mohammed berkata, sebuah platform e-bazar Ramadan akan dibangunkan bagi memberi peluang kepada ahlinya berniaga dalam talian susulan pembatalan bazar Ramadan sedia ada disebabkan COVID-19.


Walaupun inisiatif itu mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik yang masih diperingkat awal, namun ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peniaga bazar yang tampil untuk menyertai platform tersebut.


"Melalui platform ini, kita akan wujudkan rangkaian penghantaran dalam kalangan ahli juga untuk mengurangkan kos. Sehingga kini, permintaannya tinggi dan kita laksanakan dulu di Wilayah Persekutuan.


"Bagi pelaksanaan di luar Wilayah Persekutuan, ia akan dipantau oleh persatuan di negeri masing-masing bagi memastikan kejayaannya," katanya kepada BH Online.



Foto: Carian Google


Tambah beliau, secara keseluruhan lebih 100,000 peniaga bazar di seluruh negara terjejas ekoran wabak COVID-19 kerana mereka tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa dan dianggarkan kerugian kira-kira RM50 juta.


"Di Kuala Lumpur sahaja, ada kira-kira 10,000 peniaga terkesan membabitkan peniaga bazar iftar yang menjual makanan dan bazar ria yang menjual kelengkapan Hari Raya," katanya.



Foto: Carian Google




Sementara itu, tinjaun di Instagram dan Facebook mendapati lebih enam kawasan khususnya di Pulau Pinang sudah mengambil langkah proaktif dengan mencipta akaun kumpulan sendiri antaranya, Bazar Ramadhan Online Permatang Pauh, Bazar Ramadhan Online Alma, Bazar Ramadhan Online Kepala Batas, Bazar Ramadhan Online Bayan Baru, Bazar Ramadhan Online Bayan Lepas dan Bazar Ramadhan Online Teluk Kumbar.


Terdahulu, Dr Noor Hisham pada isnin lalu dilaporkan berkata, keputusan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga bulan puasa hanya dapat diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti trend atau situasi semasa kes COVID-19 iaitu selepas minggu pertama April. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 59
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote InVendeTTa 8-4-2020 08:21 AM
Alah..kalo bukak wassap grup taman perumahan pon dah byk yg hajat nak meniaga tine ramadhan
Org x open order tuk kuih raya pula tahun ni..jual lauk pauk..haha
Tp aku x gemar nasi2 tapau ni punya kualiti dan kuantiti lauk berbanding harganya.x pernah la order dpt portion dan taste yg memuaskan hati dgn harga.

Lain-lain Komen

Quote Lavender85 4-4-2020 06:54 PM
semoga peniaga peniaga kecil ni
dipermudahkan urusan untuk mencari rezeki yg halal. Amin
Quote CiliPadiSedap 4-4-2020 06:59 PM
why not buat satu dewan untuk peniaga dan setup runner dalam 30 orang. lepas tu ambil order melalui e commerce. kiranya buat live streaming dan buyer bayar cod cash on delivery


mula delivery jam 2 hingga 6 petang. kedai setup jam 11 pagi.

cara ni lebih praktikal. kalau ambil order melalui fb carca marba kejap nak kuih tapak kaki, kejap nak nasi ayam bermadu. jadi order tak selaras. minimum order pun kena ada.

setup awal2 dan terus run. kena pakai website juga otherwise jadi order carca marba
Quote isseliparjepun 4-4-2020 07:31 PM
Seronoknya. Kiranya masih boleh carik rezeki sebab ada peluangnya. Cuma I rasa kejujuran peniaga amatlah penting. Dah la barang makanan tak nampak depan mata. Yang berjual beli depan mata di bazar pun kadang kadang dapat lauk tak elok. Inikan pulak dari rumah/kedai sendiri.
Quote cik_chili 4-4-2020 07:44 PM
sib baik masih ada tauhu anora ....phewwww....
Quote pu3_rania 4-4-2020 08:06 PM
Syabas dgn adanya perancangan seperti ini sekurang-kurangnya dpt membantu peniaga2 kecil
Quote ellez 4-4-2020 08:08 PM
Edited by ellez at 4-4-2020 08:17 PM

Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) akan membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya bagi memberi peluang mereka berniaga dalam talian sebagai persediaan susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19).

Setiausaha Agungnya, Mohamed Zamri Mohammed, berkata sebuah laman web akan dibangunkan bagi proses jual beli melalui e-bazar Ramadan itu yang mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik....


Ahaa..macam ni bagus..
Quote munchkin 4-4-2020 08:10 PM
cik_chili replied at 4-4-2020 07:44 PM
sib baik masih ada tauhu anora ....phewwww....

Amboi amboi amboiiiii. Sedapkan tauhu dia.
Quote munchkin 4-4-2020 08:11 PM
Buatlah asalkan takde org datang. Order terus hantar ke rumah. Moga dimurahkan rezeki anda semua. Amin amin amin yrb!!!
Quote sarah82 4-4-2020 08:19 PM
Telegram laaa... Aku boleh join dan layan tgk gambar makanan.
Quote KIM.K 4-4-2020 08:25 PM
CiliPadiSedap replied at 4-4-2020 06:59 PM
why not buat satu dewan untuk peniaga dan setup runner dalam 30 orang. lepas tu ambil order melalui  ...

Takda la soc distancing peniaga dok bercumbu2 dalam tu. Ramai tau takut x terhandle. Kalau nak kepung bazar ok gak, tunggu no.giliran macam mekdi

Kena ada agensi macam foodpanda yg handle delivery di e-bazaar tersebut. Diorg yg pusing2 cari owner
Satu lagi ada org handle wasap/web (waiter) amik order. Keburukannya kos minyak akan meningkat





Quote missinpiece 4-4-2020 08:28 PM
Ayam percik oii sodap.
Kena ada time frame order awal2, masa start delivery n habis delivery.
Jenis bayaran pun boleh pelbagaikan.
Runner ada bermacam2 sekarang, salah satu yg iols suka Lalamove. Tapi janganlah runner ikut berkurung juga. Foodpanda n Lalamove sekarang sendu kat Puchong ni.
Quote CiliPadiSedap 4-4-2020 08:51 PM
KIM.K replied at 4-4-2020 08:25 PM
Takda la soc distancing peniaga dok bercumbu2 dalam tu. Ramai tau takut x terhandle. Kalau nak kep ...

minyak murah sekarang sis 3 kupang dapat lah jarak lebih dengan shell, the future of dream
Quote cik_chili 4-4-2020 09:02 PM
munchkin replied at 4-4-2020 08:10 PM
Amboi amboi amboiiiii. Sedapkan tauhu dia.

haah sedap sis...ramai org buat tauhu begedil tp sos dia paling mabelesss..xde org leh celen lg...
Quote bondeh 4-4-2020 09:22 PM
Semoga dipermudahkan urusan peniaga2... inshaa Allah rezeki ada di mana2, asalkan rajin berusaha...
Quote krustykrab 4-4-2020 09:25 PM
Aku tetap la memasak sbb diorg ni x reliable, ambik order byk2 lps tu tak terhandle , sudahnya customer order lunch tp dpt mkn pukul 5...acaner tu?
Bygkn order utk buka posa, pukul 8 baru ko dpt...takkn nk marah runner, runner pun nk buka posa kan...
Quote tajmahal 4-4-2020 09:28 PM
Dengan cara ni,rezeki2 peniaga tak putus masa bulan Ramadan. Tadi mak iols siap invite iols kat group fb bazar ramadan.
Quote sh00 4-4-2020 10:01 PM
Yass..dapat gak iols beli tauhu bergedil..hari2 berbuka dgn tauhu bergedil pun takpe..dappnyaaaa..aiyoo
Quote KIM.K 4-4-2020 10:07 PM
CiliPadiSedap replied at 4-4-2020 08:51 PM
minyak murah sekarang sis 3 kupang dapat lah jarak lebih dengan shell, the future of dream

Kematu bontot runner tu..order 5 jenis juadah kena rempit 5 lokasi

Teringat pakcik shell yang  muka sedap dan notti..musti heshe pon forumer gak
Quote munchkin 4-4-2020 10:23 PM
cik_chili replied at 4-4-2020 09:02 PM
haah sedap sis...ramai org buat tauhu begedil tp sos dia paling mabelesss..xde org leh celen lg...

Simple je kan? Simple but yet addictive. Kerak tauhu nipis sesedap rasa. Sos dia pun simple.

Yg lain i rasa macam rasa kompleks.  Dan tak terasa nak ulang beli

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top