CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kolesterol, Tekanan Darah Menurun - Ini Khasiat Dan Cara Diet Guna Bawang Putih

28-4-2020 05:11 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 6405| Komen: 22|Original author: Oleh: PDOT777

Description: Bawang putih memang dikenali sebagai bahan untuk penyedap makanan. Tanpa bawang putih, masakan anda mungkin akan kurang sedap atau apa yang orang kata, kurang ummph.

Kredit foto: 6 Alasan Anda Harus Makan Bawang Putih Setiap Hari, liputan6.com

Bawang putih memang dikenali sebagai bahan untuk penyedap makanan. Tanpa bawang putih, masakan anda mungkin akan kurang sedap atau apa yang orang kata, kurang ummph

Bawang putih tergolong dalam kumpulan bahan masakan yang mempunyai tahap nutrisi yang tinggi, tetapi sangat rendah tahap kalori.

Kalau anda nak tahu, faedah menggunakan bawang putih ini tak la terbatas kepada masakan sahaja. Malah, bawang putih sebenarnya baik untuk kesihatan anda bagi jangka masa panjang. 

Ada orang yang suka makan bawang putih secara mentah atau memakan supplement yang mengandungi ekstrak bawang putih sebagai makanan tambahan atau untuk tujuan perubatan. 


Antara supplement di pasaran yang menggunakan ekstrak bawang putih
Kredit foto: http://sieyramokhtar.blogspot.com/, http://www.atiehilmi.com/

Khasiat yang terdapat pada bawang putih meliputi vitamin C, vitamin B6, mangan, kalium, kalsium, selenium, zat besi, tembaga, serat dan fosforus yang diperlukan tubuh. Bawang putih yang sangat rendah kalori sangat sesuai untuk mereka yang ingin diet kerana ia cuma boleh dilakukan apabila mengambil jumlah kalori lebih rendah daripada yang diperlukan tubuh untuk sehari. 

Selain itu, bawang putih juga dapat menurunkan tekanan darah. Itulah sebabnya bawang putih banyak digunakan dalam pembuatan herba.

Bawang putih juga mampu mengoptimumkan kadar gula darah dalam tubuh. Ia juga merangsang penghasilan enzim antioksidan dalam tubuh yang berfungsi  mencegah penuaan. Allicin yang ada pada bawang putih pula dapat menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol tinggi terutama pada orang yang mengalami hipertensi.


Bawang putih dapat menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh badan
Kredit foto: Cara Cepat Rawatan Menurunkan Kolesterol Tinggi, haqis.com

Manfaat gabungan antara sifat antioksidan dan pengurangan kolesterol ini dapat mencegah serangan jantung, serta mencegah penyakit penurunan fungsi otak seperti alzheimer dan demensia. 

Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa bawang putih bukanlah berperanan besar untuk menurunkan berat badan. Seperti yang dinyatakan di atas, penjagaan kalori dalam makanan memainkan peranan sebanyak 80 peratus dalam untuk menurunkan berat badan, manakala 20 peratus adalah melalui senaman.

Pengkaji berpendapat, berat badan mampu turun lebih cepat sekiranya anda mengamalkan memakan bawang putih ketika sedang bersenam atau bersukan. Kenapa?

Ini kerana zat yang terdapat pada bawang putih membantu tubuh yang sedang aktif bersukan untuk mengunakan lemak yang tersimpan di otot lebih banyak. Ini sekaligus meminimumkan pembetukan lemak baru, terutama lemak di sekitar perut yang sering menyebabkan perut buncit.

Ada beberapa cara untuk anda masukkan bawang putih dalam diet harian anda.

Pertama, makan secara mentah pada setiap pagi. Badan anda mencapai puncak metabolisme pada awal pagi. Jangan lupa, minum air untuk mudahkan proses pencernaan.


Makan seulas bawang putih secara mentah setiap hari
Kredit foto: Makan bawang putih sebelum tidur dan rasakan manfaat ini, merdeka.com

Kedua, anda boleh gunakan madu. Potong bawang putih dan campurkan dengan satu sudu teh madu. Minum setiap hari.

Campurkan madu dalam menu bawang putih anda untuk tambah rasa manis pada 'ketajaman' bawang putih
Kredit foto: Konsumsi Bawang Putih dan Madu Bisa Turunkan Berat Badan, food.detik.com

Ketiga, hiriskan bawang putih dan taburkan ke dalam salad. Salad mengandungi serat untuk memudahkan proses perkumuhan.

Keempat, tambahkan bawang putih ke dalam makanan berasaskan sayuran. Gabungan antara sayuran dengan bawang putih memudahkan anda untuk memakannya.

Terakhir, gunakan bawang putih dalam masakan anda. Potong bawang putih ini lebih besar dan tambahkan dalam telur, sup, dan masakan lainnya, sehingga dapat menggantikan fungsi garam untuk sedapkan masakan anda.

Pergerakan terbatas ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan mesti membuatkan ramai daripada kita semakin buncit, kan? Tapi, lalu ke nak telan bawang putih mentah-mentah? - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lengkong 28-4-2020 05:16 PM
Tq tt bagi info

Quote salmon-suki 28-4-2020 05:24 PM
Bawang putih mmg bagus utk kesembuhan..my kezen y kena surgery before dipaksa mkn raw garlic and alhamdulillah,cpt luka dia sembuh..
Quote sapeka 28-4-2020 05:29 PM
Wow
Nak beli pil garlic la
Quote djzara81 28-4-2020 05:58 PM
Teringat dulu2 pnh consume supplement garlic. Bila sendawa,,fuhh aroma bwg putih semerbak harum.
Quote Oldbitty1 28-4-2020 06:13 PM
Jiran kita sorang pakcik ni aktif. Dia makan garlic setiap hari sebab kuatkan immune system dia.  Jarang tenguk dia sakit.
Quote CiliPadiSedap 28-4-2020 06:18 PM
selain daripada itu kaka kunyah bubble tea juga
Quote bloodyamuk 28-4-2020 06:48 PM
lalu je telan mentah2...potong dadu kecik2 dan minum dengan air sejuk lagi bagus...
Quote Fur 28-4-2020 08:22 PM
djzara81: Teringat dulu2 pnh consume supplement garlic. Bila sendawa,,fuhh aroma bwg putih semerbak harum.




Lahh baru nk tny. Mkn supplement pun ada aroma jgk ke?? Risau bdn keluarkan aroma yg tidak enak kalau amalkan supplement garlic. Baru terfikir nk cuba.
Quote Tinot7 28-4-2020 08:34 PM
Iols boleh mkn garlic yg dah masak je. Tak lalu nak mkn yg mentah.
Quote LostStar 28-4-2020 08:42 PM
Daku buat ulam bawang putih.. tp xde la hari2.. bile time makan nasi jek.. nasi selang sehari makan.. time nasik nak masak dah.. campak beberapa ketoi bawang putih.. sedapnya makan gan nasi panas2.. menambah selera..
Quote febreze 28-4-2020 08:57 PM
tak sanggup bau bdn klu mkn bwg puting..klu berpeluh bau tenok
Quote nefnefnef 29-4-2020 01:49 AM
Tq for the good info, TT
Quote buapakperut 29-4-2020 06:07 AM
pedas la mkn yg mentah, iols sakit lidah,bawang merah mentah pun pedas. suka bawang putih tapi sautee kejap la, khasiat dia hilang ek
Quote doubleA 29-4-2020 06:48 AM
Sebelum ni tak suka, tapi semalam mak masak asam letak banyak garlic, dan makan dengan nasi garlic tu sedap la pula, langsung tak rasa peda2 garlic tu
Quote daisywillberry 4-5-2020 12:02 AM
Dh tua2 nii kena lerr ikut...
Quote bintangct 4-5-2020 06:11 AM
ada hari tu org ckp garlic dr china ada gmo.. lps tu iols try la google tp tak jupe plak pasal gmo. Yg ada garlic china ada bleaching.. which is not really good juga la

Disbbkn tu iols try garlic dr thai.. yg kecik2 tu.. ada jual kat village/jaya grocer.. mhal juga la dlm rm7 sebundut kecik segengam tapak tangan. Tp sakit hati plak beli garlic ni sb bila nak potong dalam dia lompong je.. nampak cantik bulat 1 clove tu tp dalam kosong. Dr segi rasa katanya garlic ni wangi tp iols rasa lebih kurang sama je la kot dgn china.

Cuba juga cari garlic selain dr china tp tak jumpa lg.. korg pernah beli garlic msia ke?
Quote TeropongGirl 4-5-2020 08:32 AM
bintangct replied at 4-5-2020 06:11 AM
ada hari tu org ckp garlic dr china ada gmo.. lps tu iols try la google tp tak jupe plak pasal gmo.  ...

Oh.. ada beza ek. Selama ni beli bawang tak pernah perhati dr mana. Nak kena tgok lepas ni
Quote nanliez 4-5-2020 08:56 AM
Saya suka bawang putih yg hitam tu..
Quote bintangct 4-5-2020 11:27 AM
TeropongGirl replied at 4-5-2020 08:32 AM
Oh.. ada beza ek. Selama ni beli bawang tak pernah perhati dr mana. Nak kena tgok lepas ni

ada beza dr negara pengeluar. Kalau u perhatikan bawang besar, ada bawang kuning dr india, bwang merah rose dr india juga. Bawang holland paling sedap la iols rasa sb rasa lebih lembut dan manis2 gitu
Bawang putih kalau kat sini mostly dr china je

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.084146 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top