Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Vivy Yusof Macam Budak Bangsar Cuba Berjinak Dengan Budak Felda" - Budak Ijat

4-4-2020 11:10 AM|Oleh: Straya| Komen: 281


Pengarah Drama Nur, Shahrulezad Mohameddin
Kredit foto: The New Straits Times

Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin dalam status Instagramnya baru-baru ini, menyifatkan situasi yang terjadi kepada usahawan Datin Vivy Yusof  adalah berpunca daripada latar belakang kehidupannya sendiri.

Jelas Shahrulezad atau Budak Ijat, Vivy kelihatan terasing dalam masyarakat Melayu berbanding tokoh wanita lain contohnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Dia nampak macam tak relate dengan kita. Bukannya dia tak baik. Cuma apa yang dia buat sangat tak sama dengan kita. Siti Nurhaliza pun kaya. Dia jugak ada banyak beg berjenama. Tapi, Siti sama dengan kita. Budaya, bahasa, pergaulan, sangat kita. 

"Tapi, tidak untuk Vivy. Dia sebenarnya nampak terasing sangat dengan pasaran sasaran dia sendiri," kata Sharulezad.

Sharulezad berpendapat cabaran 'berbahasa Melayu dalam sehari' yang dibuat Vivy suatu ketika dulu merupakan satu sebab dia nampak terasing dengan masyarakat. 

Bersimpati dengan nasib yang menimpa Vivy, Shahrulezad menyifatkan usahawan itu seperti "budak Bangsar yang cuba bergaul dengan budak Felda".

"Dia jahat? Abang rasa dia baik orangnya. Vivy mungkin tak akan dipandang serong kalau dia lebih merendah diri dan lebih Melayu," jelas Sharulezad lagi.


Kredit foto: IG

Sharulezad mengatakan yang dia tidak menyalahkan Vivy sepenuhnya kerana kita harus melihat cara Vivy dibesarkan yang diibaratkan seperti dalam dulang emas.

Mengulas mengenai saranan orang ramai untuk menandatangani petisyen perletakan jawatan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, kata Shahrulezad dia mengambil pendekatan berkecuali. 

"Bukan sebab abam menyokong dia. Tapi, abam lebih mengharap Vivy diberi peluang untuk mengubah sikap dan membuktikan peluang perniagaan yang diciptakan oleh ayah dia tidak disia siakan."


Kredit foto: IG

Beberapa hari lalu, pemilik syarikat Fashion Valet itu dikecam netizen atas dakwaan mempertikaikan bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Tindakan itu menyebabkan Vivy dikritik hingga satu petisyen memintanya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan.

Akibat kecaman hebat daripada netizen, usahawan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya menerusi Instagram Live.

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Sharulezad. Kehidupan Vivy Yusof sangat berbeza daripada majoriti rakyat Malaysia. Namun, setiap orang ada melakukan kesalahan. Harap masyarakat dapat memberi peluang kepada Vivy Yusof untuk memperbaiki kesilapannya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
3
0
1
Komen: 281
Komen

Previous : Ini Rupanya Maksud Lagu 'Hilang Gelap, Terbitlah Terang' (Sweet Charity)

Next       : "I Memang Talam Dua Muka, Batu Api, Acah Baik" - Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Komen Terbaru

Quote somaki 10-4-2020 02:52 PM
monsterwife replied at 9-4-2020 06:32 AM
Sebab sis ada tengok dia dgn seorg pelawak dlm rancangan yg host nabila huda.oh ya awak kat mana ...

Rasa English anzel biasa2 je. Siblings theyols trying hard nk nampak speaking fluently sampai tergeliat lidah bunyi

Lain-lain Komen

Quote famri7 4-4-2020 11:16 AM
Ummah lemari mana nihhh
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2020 11:21 AM
so???????? nk kena menggelabah tekksssss ke tak ni????
Quote CatMiow 4-4-2020 11:29 AM
Tak payah nak ulas la isu ni...

Makin ramai mengulas makin keruh keaadaan.

Silap2 niat baik disalahertikan oleh netizen pula...  Bak mengorek lubang kubur sendiri.  
Quote Tinot7 4-4-2020 11:37 AM
famri7 replied at 4-4-2020 11:16 AM
Ummah lemari mana nihhh

Camne ko tau ni ummah lemari???
Quote diazzaid 4-4-2020 11:43 AM
ummah bangsar x sebatak sheols yach
Quote nazzse 4-4-2020 11:48 AM
So ummah bangsar high class sangat ke?? Poyo je lebih
Quote airmineral 4-4-2020 11:59 AM
dia org yg mempunyai nama di kalangan marhaen jadi dia sendirk kena pandai masuk dgn masyarakat
jadi BOD dlm UITM tapi cara mcm xmampu nak mingle/understand marhaen umpama pemimpin yg dilantik drpd kalangan org yg xpernah susah tp ko expect mereka mempunyai empati yg tinggi? almost nonsense  
Quote imransulaiman 4-4-2020 12:01 PM
Emmmm gigi dan hidung dia {:thief
Quote ~boolean 4-4-2020 12:01 PM
tak salah jadi kaya..
ramai aja lahir dari dulang emas tapi tak buat perangai bangsar...

perangai bangsar bubble ni berlaku sebab tak pernah keluar dari kelompok sendiri..
ajet2 status tinggi..

maka lahirnya manusia seperti vivek usop..
Quote belilies 4-4-2020 12:06 PM
Taste ct norliza ghopernye dak ijat ni. Low taste btol. Matiklaa iols kene kecam dek fans ctot ni nanti. {:run
Quote bondeh 4-4-2020 12:11 PM
Budak Bangsar???? Eh hello arbok bdk Bangsar elok erk chill2 je. Lain lah cakap cam budak Bukit Antarabangsa... ahakssss
Quote famri7 4-4-2020 12:16 PM
famri7 replied at 4-4-2020 03:16 AM
Ummah lemari mana nihhh

Nose. Teeth.
Quote tagas 4-4-2020 12:20 PM
Edited by tagas at 4-4-2020 12:24 PM

enuff la wartawan sampah

bosan dah hari2 isu nih

dah bleh la carik isu lain

yg penting netizen dah taw betapa lupa diri n

kotor nya hati retis2 n selebriti

yg depa puja2 agong2 kan selama ni

its time 2 boikot them  
make them feel n join us

to be b40

Quote KIM.K 4-4-2020 12:29 PM
Banyak sangat makan duit company siap mengelak cukai 2 tahun laki bini ni (declare rugi). Maka aku pandang rendah dan zizik
Quote biskut_milo 4-4-2020 12:34 PM
I tgk yg support vv ni pun yg stok t20 and yg borderline m40 t20. .. Whatever la. Thing is i will never buy itik products yg overpriced and buruk.
Quote MentariSenja 4-4-2020 12:36 PM
To be honest, I kadang kesian jugak kat dia. Bagi I, semua ni terletak atas didikan mak ayah. Values yg kita instill dari kecik....tapi kalau mak pak sendiri naik dgn cara yg tak berapa nak elok, susah sikitlah.....sebab tu jati diri penting. Kalau jati diri tinggi, duduk lah ceruk pelusok dunia mana pun, u tetap bangga dengan ur identity....bab laki dia tak boleh berbhs melayu ngan baik tu I taklah heran sgt..ramai yg mcm tu esp kalau lahir atau duduk obersi lama2....yg silapnya derang siap buat challenge tu...macam berbangga pulak.......mat salleh sebenarnya lagi respect kalau kita jadi diri sendiri...
Quote hidet 4-4-2020 12:45 PM
iols setuju dgn abam ijat.. Jgn hencap iols pulakk
Quote naina 4-4-2020 12:52 PM
of coz la..tengok barang2 yg dia jual pon tahu dituju untuk golongan mana dengan harga yahudi. gila ke stepler rm80? marhaen beli kat kedai rm2 jah. asal boleh guna. brand tak pentingg. mohon vv dan husbnd insaf dan bercampur.dgn pelbagai golongn trmsuk cruk2 kampung agar fasih bhs melayu
Quote liton 4-4-2020 12:53 PM
Lantaklah....tapi aku cuma nak tau sape Aleeya Zailan yg vivy jwb tu?

Bongkak bukan main...siap menghanjing marhean B40 & M40.

Lihat semua komen(281)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top