Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tabahnya, Wanita Tekad Berjalan 4 Jam Pulang Ke Singapura Berjumpa Suami

30-3-2020 06:29 PM Komen: 47
Ketabahan hati seorang isteri yang sanggup berjalan sejauh 2 kilometer dari Kastam Johor Bahru memasuki negara Singapura mendapat perhatian netizen.

Memetik laporan Astro Awani, difahamkan wanita itu tekad untuk pulang ke negara asalnya itu bagi menguruskan suaminya yang berusia 80 tahun dan kurang sihat sejak dua minggu lalu.

Malah, wanita ini berjalan selama 4 jam bermula 5 petang di kastam Johor Bahru dan tiba di Boon Lay di Singapura pada jam 9.30 malam.

Kredit foto: Astro Awani

Menurut anak lelakinya, Herman Sudil, ibunya datang ke Johor Bahru sebelum ini bagi membantunya menguruskan anak-anak selepas isterinya menjalani pembedahan di hospital.

"Sebagai seorang anak bila saya melihat gambar ibu saya, saya rasa terharu kerana seorang ibu sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa mengorbankan masa rehatnya.

"Biarpun mereka penat sekalipun tetapi untuk untuk keluarga mereka sanggup berbuat apa sahaja.

"Saya yakin dengan viralnya gambar mak saya yang berjalan di causeway itu, bukan hanya mak saya tetapi seluruh wanita sanggup berkorban demi keluarga.

"Nasihat saya kepada anak-anak lelaki, abang-abang dan suami, hargailah bidadari syurga bernama wanita," katanya.

Gambar yang tular itu difahamkan diambil oleh anak saudaranya yang menemani ibunya pulang ke Singapura. 

Untuk rekod sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula di Malaysia, rakyat negara ini tidak dibenarkan untuk pergi ke Singapura, melainkan rakyat republik itu sendiri yang mahu pulang ke sana. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
2
0
0
Komen: 47
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ed_Lyn 31-3-2020 03:17 PM
Sedinhya..  

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 30-3-2020 07:30 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote kasibiman 30-3-2020 07:51 PM
Kesiannya mokcit.
Quote bintangct 30-3-2020 08:00 PM
kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?
Quote Tinot7 30-3-2020 08:09 PM
Mother's love knows no bounds
Quote arareez 30-3-2020 08:13 PM
bintangct replied at 30-3-2020 08:00 PM
kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?

Social distancing, sis
Quote RatuDunia94 30-3-2020 08:16 PM
bintangct: kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?


X baca habis ehhhhh...
Kan dh bgtau makcik ni ditemankan cucunya..
Sama2 jalan kaki.. lgpon kenderaan mana boleh masuk dah.
Quote amyza 30-3-2020 08:29 PM
ketabahan seorang ibu.
Quote harizs 30-3-2020 08:42 PM
kasihan org india tpaksa jalan kaki 700km
Quote arasham 30-3-2020 08:44 PM
Anak saya biasa je jln kat causeway tu kalau jam sgt. Cpt lgi jln dari naik bas. Biasa kut org jln. Cuma kalau arah ke ciq malaysia penat sikit sbb mendaki..
Quote TravellingBear 30-3-2020 08:45 PM
Edited by TravellingBear at 30-3-2020 08:47 PM

2km = 4 jam.

Lama nya

Sbnrnya mungkin dia dah biasa. Pemandangan biasa hari2 sblm wabak.... Ada ramai org yg kerja ulangalik malaysia - singapore jalan kaki sbb tak tahan jem
Quote Nahnukutu 30-3-2020 08:46 PM
Boon Lay kan ada MRT.... down juga ka?...

Quote tikusmontok 30-3-2020 08:47 PM
amyza replied at 30-3-2020 08:29 PM
ketabahan seorang ibu.

Makcik ni masa masuk jb jaga cucu naik kenderaan kan..balik spore yg jln kaki..pengorbanan seorg istri
Quote Madel 30-3-2020 09:16 PM
Ada atau tidak ada PKP
Berjalan kaki di sepanjang kastam jb ke spore adalah pekara biasa pun.,terutama kalau time sesak.
Alah bisa tegal biasa pada sesiapa yg biasa ulangalik jb-spore.
Quote sukacactus 30-3-2020 09:33 PM
Berapa umur nenek ni
Suami dah 80, dia masih kuat lg jalan jauh2
Quote Supersirap 30-3-2020 10:09 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote cowey 30-3-2020 11:12 PM
bintangct replied at 30-3-2020 08:00 PM
kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?

cucu die snap, teman jalan dgn die..


Quote biozipstar 30-3-2020 11:14 PM
yg amek gambo tu temankan sampai mana? moga dipermudahkan urusan ya auntie.
Quote MsKathryn 30-3-2020 11:49 PM
sukacactus replied at 30-3-2020 09:33 PM
Berapa umur nenek ni
Suami dah 80, dia masih kuat lg jalan jauh2

66 kalo x silap..
Quote MsKathryn 30-3-2020 11:54 PM
TravellingBear replied at 30-3-2020 08:45 PM
2km = 4 jam.

Lama nya

Amik masa lama sebab makcik ni sakit lutut n kaki so jln dlm 10-20 steps kena stop rehat kjap..

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top