Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Nak Jadi Orang Minyak Ke? - Gempar Video Tular Lelaki Bogel

26-3-2020 11:40 AM Komen: 14

Tular di media sosi@l beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki berkeliaran dalam keadaan bogel di Taman Tronoh Awana, Tronoh, Perak hari ini. 


Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi sehingga hampir pukul 7 pagi di mana lelaki itu hanya menutup muka dipercayai menggunakan baju itu dilihat berjalan di belakang dan perkarangan rumah penduduk tanpa tujuan.  

Kredit Foto - Facebook Perak Gazette

Seorang penduduk, Shaarani Ismail, 42, menyedari kejadian itu selepas berlaku beberapa insiden di mana CCTV rumah penduduk ditutup dengan kain dan tingkap bilik air dibuka dari luar.  

Beliau kemudian memeriksa CCTV di rumahnya dan terkejut apabila melihat terdapat rakaman lelaki bogel berkeliaran di belakang dan perkarangan rumah.

"Menerusi CCTV, saya tidak nampak lelaki itu memegang apa-apa senjata dan dia dilihat hanya berjalan mundar-mandir sahaja.  

"Apabila saya periksa keadaan persekitaran rumah, tiada barang-barang yang hilang atau kesan rumah dipecah masuk," katanya memetik laporan Perak Gazette.

Shaarani mengesyaki lelaki tersebut adalah lelaki warga asing yang imejnya dirakam berjalan seorang diri sebelum kejadian.  

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan telah menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

Warga maya turut menzahirkan kebimbangan mengenai insiden itu namun sebahagian dari mereka masih boleh bergurau mengenainya. Terhibur juga baca komen mereka.

Kredit Foto - Facebook Perak Gazette

Harap pihak polis dapat menangkap suspek dengan segera sebelum insiden buruk berlaku.-CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
5
Bosan
1
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote diss69 27-3-2020 09:26 AM
crazybeach replied at 26-3-2020 12:17 PM
bogel2 pun reti pulak ko pakai mask yach

Kira patuh arahan jugak ni.. Cerdik jugak laa dia tau virus covid 19 tersebar melalui mulut, hidung...hehehe..

Lain-lain Komen

Quote Kurex 26-3-2020 11:47 AM
Aku syak leluhur parasit, bangla, nepal....
Quote belilies 26-3-2020 11:51 AM
Mesti heols perasan org tak nampak heols, kengkononnye guna ilmu. Tak sedar tungkeng kecik. Sebbaek xnampak kaler, tah2 berkerak.
Quote sarah82 26-3-2020 12:14 PM
Belajar ilmu la kot.. Ilmu ghaib.
Quote crazybeach 26-3-2020 12:17 PM
bogel2 pun reti pulak ko pakai mask yach
Quote aint 26-3-2020 12:23 PM
ilmu tak menjadi ka... mesti dia test ilmu..ingat bole halimunan... hahahha
Quote any42 26-3-2020 12:31 PM
seramnya. alang2 smorang tgh bkurung ko plak kluar vogel utk test ilmu ke
Quote shernazz 26-3-2020 12:37 PM
Dalam.bogel bogel tu pandai dia pakai mask takut kena covid 19
Quote jue10 26-3-2020 12:42 PM
KO dh knp Satan. Nk berbogel bgai.
Quote fliphair8 26-3-2020 01:07 PM
Hadoi laaaaa....dalam pada sibuk covid ni ade lagi yg pelik2 pangai....sib baik org duk umah dek....kalo org berkeliara  mahu ko kena rogol....hahhahahhahah
Quote Artemesiaa 26-3-2020 03:33 PM
Banyak tak ada pekerjaan mulalah ada yang nak mencuri kenalah hati2 nasib rumahnya tu ada cctv
Quote anakmak 26-3-2020 08:07 PM
Mesti fefeling thrill tu
Quote Cumikucingku 26-3-2020 08:45 PM
Mungkin ada penyakit mental....
Quote gideoncross 27-3-2020 12:47 AM
Sumpah Org Minyak.
Quote diss69 27-3-2020 09:26 AM
crazybeach replied at 26-3-2020 12:17 PM
bogel2 pun reti pulak ko pakai mask yach

Kira patuh arahan jugak ni.. Cerdik jugak laa dia tau virus covid 19 tersebar melalui mulut, hidung...hehehe..

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top