Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bank Negara Benar Enam Bulan Tangguh Pinjaman Bank

Oleh: Ceteria Hukama|26-3-2020 11:00 AM Komen: 106
Kredit : Bank Negara

Individu dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran pinjaman bank masing-masing secara automatik selama enam bulan berkuatkuasa April depan.

Bank Negara dalam kenyataannya memaklumkan penangguhan pembayaran itu meliputi hampir kesemua pinjaman daripada institusi kewangan kecuali baki hutang kredit kad.

"Bagi baki hutang kad kredit, pelanggan akan ditawarkan pilihan untuk menukarnya kepada pembiayaan jangka pendek tidak lebih dari tempoh tiga tahun.

"Institusi kewangan tempatan diminta membantu pelanggan dalam kalamgan peminjam individu dan IKS tentang prosedur penangguhan pembiayaan terbabit sepanjang tempoh moratorium berkenaan," menurut kenyataan tersebut yang dipetik menerusi portal The Star Online.

Bank Negara memaklumkan penangguhan pembayaran berkenaan terhad kepada pelanggan individu dan IKS sahaja.


Kredit : The Star 

Menurut kenyataan itu, pihak bank terbabit digalakkan untuk mempertimbangkan permohonan pelanggan sektor korporat yang turut terjejas akibat wabak Covid-19. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 106
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ed_Lyn 28-3-2020 01:35 AM
spankee_fili replied at 27-3-2020 09:52 PM
Ai rasa better bayar personal loan instead of car loan..
Sebab
1) interest rate personal loan  ...

Tq ya atas cadangan/ pendapat..  

Lain-lain Komen

Quote marla69 24-3-2020 11:19 PM
Ni termasuk byran pinjaman kereta,  kad credit sekali ker.
Quote Kukukakikakakmu 24-3-2020 11:21 PM
Termasuk skali loan keta ngan umah,katanya auto extend start 1 april
Cc xsalah convert 3 tahun kalau ada outstanding..tang interest tu xtau cmna
Quote syamzana 24-3-2020 11:31 PM
marla69 replied at 24-3-2020 11:19 PM
Ni termasuk byran pinjaman kereta,  kad credit sekali ker.

cc tak kan tp boleh convert 3thn loan utk outstanding
Quote boojaat 24-3-2020 11:35 PM
Kurang jelas laaa..  ni automatic jd semua bank kena patuh ke? Kt x perlu request kan? Sebab sebelum ni bank2 mintak bukti yg kt terjejas sebab covid ni jer yg boleh extand 6month payment
Quote yuki812 24-3-2020 11:35 PM
tanda2 akan confirm extend MCO.
Quote meow_tompok 24-3-2020 11:36 PM
boojaat replied at 24-3-2020 11:35 PM
Kurang jelas laaa..  ni automatic jd semua bank kena patuh ke? Kt x perlu request kan? Sebab sebelum ...

mmg tak jelas sgt kan
mungkin yg ada surat pengesahan doktor disahkan ada covid
Quote dino 24-3-2020 11:39 PM
yuki812 replied at 24-3-2020 11:35 PM
tanda2 akan confirm extend MCO.

2 hingga 6 minggu
aku skrg takleh pindah rumah sbb covid ni,. so tangguh dua rumah. mmg klau auto lega pakcik
Quote syamzana 24-3-2020 11:39 PM
boojaat replied at 24-3-2020 11:35 PM
Kurang jelas laaa..  ni automatic jd semua bank kena patuh ke? Kt x perlu request kan? Sebab sebelum ...

aah la...sebelum ni siap mintak payslip before and after covid, mcm yg betul2 terjejas saje dpt. kat sini ckp individu+sme tp takdak ckp pasal requirement
Quote yuki812 24-3-2020 11:43 PM
Rasanya auto extend ni selama 6 bulan. tapi hanya pinjaman yg takde tertunggak kurang 3 bulan. kalau takmo extend..kena bgtau bank.
Quote Tinot7 24-3-2020 11:44 PM
kalau bayar mcm biase, camne? still extend ke?
Quote yuki812 24-3-2020 11:50 PM
Tinot7 replied at 24-3-2020 11:44 PM
kalau bayar mcm biase, camne? still extend ke?

rasa kena bgtau bank atau kalau continue bayar pon ok kot. takde problem.

sebab bila extend bayar ni..so tenure loan kita pun akan pjg lagi 6 bulan. kalau bayar ontime..kira abis full settlement loan pon ontime lah kan.
Quote Tinot7 24-3-2020 11:59 PM
yuki812 replied at 24-3-2020 11:50 PM
rasa kena bgtau bank atau kalau continue bayar pon ok kot. takde problem.

sebab bila extend bay ...

harap2 la... kang berjanggut nak habess
Quote yuki812 25-3-2020 12:22 AM
dino replied at 24-3-2020 11:39 PM
2 hingga 6 minggu
aku skrg takleh pindah rumah sbb covid ni,. so tangguh dua rumah. mmg klau auto ...

tak dpt lah nak beraya rumah baru tu. last minit nak pindah pon dah start posa. ntah2 cuti sekolah hujung tahun pon freeze..takde.  sume peksa pon dibawa ke tarikh belakang.
Quote harizs 25-3-2020 12:40 AM
alhamdulillah.  harap betul la berita ni
Quote karlmax8 25-3-2020 04:21 AM
Nampak macam berita baik tapi sebenarnya tak. Mostly yg kerja swasta akan diberhentikan, banyak company bankrap. Pekerja gomen akan freeze elaun. Boleh refer krisis 97-98 apa jadi. Even aku glc pon tak jamin ada kerja lagi tak lepas ni,nasib savings ada sikit. Company aku dah halt payment kat semua vendor, so kalau korg kerja ngan company SME,better prepare.
Quote putehh 25-3-2020 09:33 AM
yuki812 replied at 24-3-2020 11:35 PM
tanda2 akan confirm extend MCO.

yup....mcm kerajaan dh buat keputusan tp x nk annouce je...dgn boleh kuarkan KWSP..loan bagai ni...klu yg gaji still on xde masalah sgt....tp tu la..brapa ramai je yg bernasib baik..
Quote kelapaparut 25-3-2020 10:39 AM
hutang i tetap byr malas nak tangguh2, thats mmg sifat i
Quote yuki812 25-3-2020 11:45 AM
putehh replied at 25-3-2020 09:33 AM
yup....mcm kerajaan dh buat keputusan tp x nk annouce je...dgn boleh kuarkan KWSP..loan bagai ni.. ...

kan..tul tu.
walaupon aku antara yg bernasib baik gaji still jalan..tapi future kita tak tau camna. pada yang dah takde gaji, inisiatif kerajaan camni walaupon pada org lain macam takde apa..dipandang remeh tapi pada yang memang memerlukan, sangatlah dihargai.
Quote clerics 25-3-2020 11:50 AM
good job tengku zafril....

I know the people of malaysia can count on you...in time of crisis like this.

Lihat semua komen(106)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top