Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Nombor Tak Dikenali? Jom Check Nombor Ini Dengan Truecaller

26-3-2020 03:12 PM|PDOT777| Komen: 17

Nombor Tak Dikenali? Jom Check Nombor Ini Dengan Truecaller

Anda tahu tak, ada satu laman web yang anda boleh gunakan untuk check nombor telefon yang anda tak kenal atau cam? Laman web ini dipanggil sebagai Truecaller. Truecaller adalah percuma. Anda cuma perlu login dengan gunakan akaun Gmail anda. Anda boleh juga download Truecaller ini menggunakan Google Play Store untuk Android, atau App Store untuk iOS.

Laman utama Truecaller
KREDIT : https://www.truecaller.com/

Mula-mula, pergi ke laman web https://www.truecaller.com/. Pada laman web ini, di bahagian atas, ada ruang untuk mengisi nombor telefon. Pilih nombor awalan mengikut kod negara di bahagian yang tertera +60. Untuk negara Malaysia, nombor telefon mestilah bermula dengan nombor +60. Kemudian, masukkan nombor telefon yang anda ingin kenal pasti pemiliknya. Dan tekan butang cari.

Kemudian, anda perlu sign-in dahulu ke akaun Google anda. Anda juga boleh sign-in menggunakan akaun Microsoft sekiranya anda ada akaun Microsoft. Tekan Sign in with Google. Login seperti biasa dengan memasukkan password dan emel akaun anda.

Anda perlu login ke akaun Gmail anda sebelum gunakan Truecaller
KREDIT : https://www.truecaller.com/

Dah selesai, anda akan dibawa semula ke laman Truecaller. Akan tertera hasil carian anda, yang mengandungi nombor telefon yang anda masukkan, nama pemilik nombor telefon (nama pemilik ini bukanlah nama penuh, tapi nama seperti yang telah ditetapkan dengan nombor telefon tersebut). Selain itu, syarikat telefon untuk nombor ini pun akan tertera (Maxis, Celcom, Digi dll).

Hasil carian anda selepas memasukkan nombor telefon 
KREDIT : https://www.truecaller.com/

Kena ingat, bukan semua nombor telefon berada dalam database Truecaller. Kalau tertera this number is not yet available, maksudnya nombor yang anda masukkan itu tidak berada dalam database Truecaller.

Hasil carian yang tidak berjaya
KREDIT : https://www.truecaller.com/

Untuk percubaan secara percuma ini, maksimum lima nombor telefon sahaja boleh dimasukkan. Lebih daripada itu, anda terpaksa memuat turun software/aplikasi Truecaller. Jangan risau, Truecaller adalah percuma.

Kalau anda masukkan nombor telefon anda sendiri, dan tertera maklumat yang kurang menyenangkan, anda boleh keluarkan nombor telefon anda daripada database Truecaller

Caranya, masuk ke laman web ini https://www.truecaller.com/unlisting. Kemudian, di bawah Phone Number, masukkan nombor telefon anda berserta dengan kod negara. Contohnya, untuk anda warganegara Malaysia dan nombor telefon anda ialah 01112345678, maka nombor telefon yang anda perlu masukkan ialah +601112345678.

Laman untuk unlist nombor anda daripada database Truecaller
KREDIT : https://www.truecaller.com/

Kemudian, pada bahagian reCAPTCHA di bawah, tick pada Im not a robot. Selepas itu, tekan butang UNLIST PHONE NUMBER. Urusan anda selesai.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : Ketahui Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Akibat Covid-19

Next       : "Tak Payahlah Beli Berpapan-papan Lepas Ni" - Ini Panduan Makan Telur Ayam Musim Covid-19

Komen Terbaru

Quote teacher 1-4-2020 03:33 AM
Lepas install apps ni makin banyak call dari number tak dikenali especially dari luar negara. Sejenis scammer persistent call banyak kali. Lepas tu guna number lain untuk call lagi dan lagi. Kadang jam 3 pagi dapat call. Lepas block semua number, terus uninstall apps ni.

Lain-lain Komen

Quote hasniey 26-3-2020 03:35 PM
Ai mmg guna.bgus jgk.
Kalau poslaju ke dhl ke semua2 terus keluar
Scam pon keluar
Quote PDOT777 26-3-2020 03:46 PM
hasniey replied at 26-3-2020 07:35 AM
Ai mmg guna.bgus jgk.
Kalau poslaju ke dhl ke semua2 terus keluar
Scam pon keluar

bagus boss
Quote any42 26-3-2020 05:11 PM
adik i guna apps ni. dia sruh i guna jgk tp smpai skrng i xbt sbb i xangkt call dr any unknown caller/number. unless klau mmg tau ad poslaju ke ape i akn alert or in rare cases nmbor sama call tiap minit.  

bosan dok rumah ni mngkin i bleh cuba explore. thnks tt  
Quote Cassieopeia 26-3-2020 06:36 PM
yes memang terbaik apps ni. lama dah guna apps ni. malas nk angkat no jual insuran. tp keje sy kdg kene angkat jgk no xkenal so this is {:good
Quote giyomi 26-3-2020 08:02 PM
TQ...bagus apps ni
Quote PDOT777 26-3-2020 09:18 PM
any42 replied at 26-3-2020 09:11 AM
adik i guna apps ni. dia sruh i guna jgk tp smpai skrng i xbt sbb i xangkt call dr any unknown calle ...

you're welcome
Quote PDOT777 26-3-2020 09:19 PM

you're welcome
Quote PDOT777 26-3-2020 09:20 PM
Cassieopeia replied at 26-3-2020 10:36 AM
yes memang terbaik apps ni. lama dah guna apps ni. malas nk angkat no jual insuran. tp keje sy kdg k ...

dugaan
Quote Zazama 26-3-2020 10:57 PM
Saya ngaku saya ni degil. Dh diingat berulang kali melalui media masa jgn jwb nombor yg dikenali. Baru ni saya jwb satu panggilan konon saya ada satu saman yg perlu disettlekan. Mereka suruh saya tekan nombor kosong = `0` utk berckp dgn pihak berwajib. Saya follow. Ha kau! Bila saya dpt je ckp dgn diorg terus saya serang habis2an. Saya ugut akan buat report dan sye bgtau panggilan ini saya rekod. Dia kata dia dr mahkamah dan saya minta nombor diorg. Saya minta lg nama org yg sdg saya bercakap. Saya ugut dia mcm2! Puas hati saya!
Quote alien88 27-3-2020 08:49 AM
Zazama replied at 26-3-2020 10:57 PM
Saya ngaku saya ni degil. Dh diingat berulang kali melalui media masa jgn jwb nombor yg dikenali. Ba ...

iolls pon sama juga.. bila tgh tak ada keja tu, no x dikenali call, iolls jawab je.. nak dengar apa diorg nak tipu

btw app ni detect no fon dgn FB kita eh? iolls try masukkan no sendiri, keluar nama FB

Quote shernazz 27-3-2020 02:12 PM
Iols slalu juga dpt phone dari scammer
Sampai depa tau no telepon rumah iols
Katanya dari law firm
Bila iols tanya law firm mana banyak kali..dia saja.cakap nama firm tu laju laju..
Pastu letak..
Iols berani sebab iols xde apa apa salah..jadi kita jadi berani lah..haha
Quote PDOT777 27-3-2020 03:04 PM
Zazama replied at 26-3-2020 02:57 PM
Saya ngaku saya ni degil. Dh diingat berulang kali melalui media masa jgn jwb nombor yg dikenali. Ba ...

tahniah boss. anda bijak
Quote PDOT777 27-3-2020 03:05 PM
shernazz replied at 27-3-2020 06:12 AM
Iols slalu juga dpt phone dari scammer
Sampai depa tau no telepon rumah iols
Katanya dari law firm ...

powerrr
Quote Zazama 28-3-2020 08:19 AM
shernazz replied at 27-3-2020 02:12 PM
Iols slalu juga dpt phone dari scammer
Sampai depa tau no telepon rumah iols
Katanya dari law firm ...

Ha2x! Selama ni ingatkan saya sorg je buat mcmtu! Ada geng!
Quote shernazz 28-3-2020 09:50 AM
Zazama replied at 28-3-2020 08:19 AM
Ha2x! Selama ni ingatkan saya sorg je buat mcmtu! Ada geng!

Haha
Laki iols x brani nak buat..sebab takut btol orang bank kan..
Iols mmg xde hutang dgn bank jadi mmg depa cari pasal la
Entah mana dapat tah tu.no iols..
Quote Zazama 28-3-2020 10:18 AM
shernazz replied at 28-3-2020 09:50 AM
Haha
Laki iols x brani nak buat..sebab takut btol orang bank kan..
Iols mmg xde hutang dgn bank  ...

Yup! Betul apa yg hubby awak rasa tu. Mmg xnak berkurang ajae dgn pihak bank selagi boleh. Saya akan benar2 pasti mmg panggilan scam sbb mula2 akan dgr panggilan diorg mcm robot yg diorg rekod. Itu penanda aras saya nak serang diorg balik. Ha2x!
Quote teacher 1-4-2020 03:33 AM
Lepas install apps ni makin banyak call dari number tak dikenali especially dari luar negara. Sejenis scammer persistent call banyak kali. Lepas tu guna number lain untuk call lagi dan lagi. Kadang jam 3 pagi dapat call. Lepas block semua number, terus uninstall apps ni.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top