Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jepun Akur Tangguh Olimpik 2020 Lepas Beberapa Negara Ugut Boikot

24-3-2020 02:54 PM Komen: 32
Jepun terpaksa akur menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas beberapa negara mengancam akan menarik diri daripada penyertaan acara itu.

Memetik AsiaOne, Kanada dan Australia mengambil tindakan itu berikutan pengumuman Perdana Menteri Abe Shinzo yang nekad meneruskan acara sukan berkenaan seperti dijadualkan pada 24 Julai hingga 9 Ogos diikuti Sukan Paralimpik pada 25 Ogos.


Kredit foto: AP

Abe pada Isnin ketika berucap di parlimen mengakui terpaksa akur untuk menangguhkan Olimpik Tokyo sekiranya penyertaan tidak lengkap.

"Jika keadaan menjadi rumit, kita tiada pilihan lain selain perlu mempertimbangkan untuk menangguhkan acara sukan ini," katanya.

Kanada menjadi negara pertama akan menarik diri daripada penyertaan yang juga dipersetujui badan-badan sukan negara itu sekiranya Olimpik Tokyo tidak ditangguhkan sekurang-kurangnya selama setahun berikutan ancaman pandemik Covid-19.



"Tiada yang lebih penting daripada keselamatan dan kesihatan atlet kami serta komuniti seluruh dunia," kata Jawatankuasa Olimpik Kanada (COC) dan Jawatankuasa Paralimpik (CPC) dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Kontinjen dari Australia juga mengikut langkah Kanada dan meminta atletnya supaya bersedia menghadapi Olimpik 2021.

Malah, beberapa jawatankuasa lain sudah mula mengugut untuk memboikot sekiranya Jepun meneruskan Sukan Olimpik seperti dijadualkan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 25-3-2020 02:04 AM
2021

Cantik je mcm berturutan
Utk yg hadap no2 cantik ni


Lain-lain Komen

Quote pokaibanktokyo 24-3-2020 03:06 PM
Wah. Mau tunda satu tahun
Quote cmf_premierleag 24-3-2020 03:10 PM
aku folo news psl olimpik jepun ni dr awal lg
ms covid ni dah meletup pun, olympic council masih lg nak meeting2 bagai sbb katanya tetapppp nk teruskan penganjuran olimpik sbb nak jaga hati sponsor
bodoh bangang gak ye kokesen jepun ni sume
now nasib baik sah dah batal
Quote hyie 24-3-2020 03:17 PM

Quote hyie 24-3-2020 03:18 PM

ni illuminati card berkaitan olimpik kat Japan khuens...meols syak sebab ni lah organizer masih gigih nak anjur event...choiii...semoga fmil mereput di neraka kelak
Quote nazzse 24-3-2020 03:39 PM
Edited by nazzse at 24-3-2020 07:43 AM
cmf_premierleag: aku folo news psl olimpik jepun ni dr awal lgms covid ni dah meletup pun, olympic council masih lg nak meeting2 bagai sbb katanya tetapppp nk teruskan ...


Ikut kefahamam I plak, IOC yang taknak tangguh kan. Jepun bagi 2 options either buat summer tahun depan or 2 tahun lagi since masa tu je Jepun free,then IOC tak mau,siap ugut Jepun akan hilang hak pengajuran klu tak proceed ikut date tu, sampaikan IOC negara2 asia ni setuju je join sampailah canada & Aus ni takmau join baru gigih cakap boleh je tunda. Nampak sangat hadap sponsor & takut rugi IOC ni
Quote damsel_fiji 24-3-2020 03:41 PM
nazzse replied at 24-3-2020 03:39 PM
Ikut kefahamam I plak, IOC yang taknak tangguh kan. Jepun bagi 2 options either buat summer tahu ...

ye betul..IOC yg x nak tangguh pastu push2 jepun suh proceed gak..
IOC ni buat untung jah drpd olimpik ni
Quote lipans 24-3-2020 03:43 PM
ini peluang malaysia nak dapat emas since byk negara boikot.
Quote Tinot7 24-3-2020 03:43 PM
dah agak daa...
Quote nazzse 24-3-2020 03:47 PM
damsel_fiji replied at 24-3-2020 07:41 AM
ye betul..IOC yg x nak tangguh pastu push2 jepun suh proceed gak..
IOC ni buat untung jah drpd ol ...

Tu la pasal, degil betul presiden ioc tu. Letak kesalahan kat Jepun
Quote damsel_fiji 24-3-2020 03:54 PM

kad apa ni?..sila huraikan
Quote sukacactus 24-3-2020 04:10 PM
Finally!
Aku tertunggu2 gak sampai bila kedegilan IOC bertahan
Quote Kurex 24-3-2020 04:13 PM
hyie replied at 24-3-2020 03:18 PM
ni illuminati card berkaitan olimpik kat Japan khuens...meols syak sebab ni lah organizer masih gi ...

Fmil tu apa
Quote hyie 24-3-2020 04:38 PM

Freemason/Illuminati sis...
Quote hyie 24-3-2020 04:40 PM

kad illuminati sista...nak huraian lelebih sis masuk sini jah yach...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1192825&extra=page%3D1
Quote mbhcsf 24-3-2020 04:41 PM
yes lah , it is the most sensible thing to do, postpone laaa, aiyooo....unless japan ade 67 juta katil kat hospitals.


i mean , apa pasal tak leh negotiate  to just postpone and buat thn depan.

i mean...semua dok focusing on this pandemic laa, mau fikir chariot of fire  background songs lagi , ka????
Quote lipans 24-3-2020 04:43 PM
apa alasan ioc nak jalankan juga? kan bahaya tu.
Quote damsel_fiji 24-3-2020 04:47 PM
hyie replied at 24-3-2020 04:40 PM
kad illuminati sista...nak huraian lelebih sis masuk sini jah yach...

https://mforum.cari.com.m ...

thank u sis..menarik jua ni
Quote misserami 24-3-2020 04:50 PM
hyie replied at 24-3-2020 04:40 PM
kad illuminati sista...nak huraian lelebih sis masuk sini jah yach...

https://mforum.cari.com.m ...

Xleh msuk thread tu.nk bce jgk
Quote EncikAiskrim 24-3-2020 04:56 PM
hyie replied at 24-3-2020 04:40 PM
kad illuminati sista...nak huraian lelebih sis masuk sini jah yach...

https://mforum.cari.com.m ...

Napa xleh masuk, kena level berapa baru boleh?

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top