Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Jangan Risau, Roti Masih Ada"- Ramai Panik Roti Gardenia Ditutup Gara-gara Covid-19

24-3-2020 11:59 AM|intan| Komen: 32

Nampak gayanya, penggemar roti Gardenia terpaksalah ber'puasa' seketika kerana baru-baru ini pengeluar roti gardenia memaklumkan bahawa mereka tidak lagi mampu menambah produknya di pasaran.

Di dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd, wakilnya memberitahu bahawa semua kilang mereka telah mencapai tahap pengeluaran yang maksima.

Kredit foto: Carian google
Roti yang juga makanan ruji rakyat Malaysia selain nasi ternyata memberi impak kepada rakyat Malaysia gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid - 19 yang dijangka berlanjutan sehingga hujung bulan ini.

Pengumuman tersebut sedikit-sebanyak menjawab persoalan tentang stok roti jenama Gardenia yang  dilihat semakin berkurangan di pasaran.

Kredit foto: Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.


Walaupun begitu, meskipun berhadapan dengan masalah pengeluaran, syarikat tersebut meminta orang ramai untuk tidak panik dan berjanji akan meneruskan penghantaran seperti biasa walaupun stok berkurangan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat pembelian panik seperti membeli roti dengan kuantiti yang banya berikutan masalah ini.

Sebaliknya, bertimbang rasalah kepada orang lain supaya semua pihak dapat merasai kenikmatan roti Gardenia di kala stok yang berkurangan ini.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 32
Komen

Previous : Ketahui Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Akibat Covid-19

Next       : Nombor Tak Dikenali? Jom Check Nombor Ini Dengan Truecaller

Komen Terbaru

Quote PakatHanat 31-3-2020 11:53 PM
selalu aku beli tak pandang pun orang kat rumah ni. sekali semalam aku beli 1 pc, macam piranha. kejap je habis.

hanat betul la

Lain-lain Komen

Quote damsel_fiji 24-3-2020 12:16 PM
kalu dah duk rumah melantak roti sehari sampai 10 keping sorang..mmg lah x berdaya Gardenia nak tampung permintaan dekk
Quote dubuk 24-3-2020 12:17 PM
roti gardenia perasa lain tu tak payah keluar dulu .. bukan laku pun dah lah tak sedap
Quote vee_zara 24-3-2020 12:18 PM
Buat apa la nak beli roti banyak2. Expired date sat je. Berapa banyak juborr (bak kate lee chong wei) yg nak makan??... btw time ni la baru nampak ramai chinese yg  beli gardenia. Sebelum ni aku tgok depa angkut masimmo jee....
Quote damsel_fiji 24-3-2020 12:19 PM
vee_zara replied at 24-3-2020 12:18 PM
Buat apa la nak beli roti banyak2. Expired date sat je. Berapa banyak juborr (bak kate lee chong wei ...

try  freezekan..keluarkan bila nak bakar je..2 minggu lepas xpired pun tahan tau
Quote LadyCarefree 24-3-2020 12:42 PM
vee_zara: Buat apa la nak beli roti banyak2. Expired date sat je. Berapa banyak juborr (bak kate lee chong wei) yg nak makan??... btw time ni la baru nampak ram ...



Toilet paper habis tu la beli roti buat lap kot
Quote LadyCarefree 24-3-2020 12:42 PM
damsel_fiji: try  freezekan..keluarkan bila nak bakar je..2 minggu lepas xpired pun tahan tau



Ye betul tp xyah beli bnyak mcam nk zombie apocalypse la
Quote sfrnna 24-3-2020 01:01 PM
Iols suka beli Massimo sbb tahan lama sikit. Duduk hostel ni Mana ada peti ais n pembakar roti nak bg tahan lama kan. Walaupun roti gardenia lembut lagi.
Quote rayray28 24-3-2020 01:15 PM
Sebelum ni ssh tul nk dpt yg pepel tu..skg ni bersepah mujur laa iols mmg pemakan roti pepel tu
Quote RatuDunia94 24-3-2020 01:27 PM
Perghhh masyuk eh company gardenia.
Quote komotthecat 24-3-2020 01:38 PM
komot makan je semua brand, asal nama roti
Quote isseliparjepun 24-3-2020 01:43 PM
Roti susah dapat. I beralih kepada pengusaha roti kecil-kecilan bumiputera. Tho not as soft as gardenia but still..beggers cannot be choosers.
Quote rosevelvet 24-3-2020 01:57 PM
damsel_fiji replied at 24-3-2020 12:16 PM
kalu dah duk rumah melantak roti sehari sampai 10 keping sorang..mmg lah x berdaya Gardenia nak tamp ...

Gituler gayanya bila dorang buat kudapan di kala pg n ptg.
Quote suiskipas 24-3-2020 02:13 PM
Aku hr tu nk beli gardenia. tp takde stok. Aku ambik je ape yg ade. So aku beli roti dr fuji bakery. Suprisingly, sedap n lembut. Gardenia pon x mcm tu. So, skrg mmg x cari dh gardenia. Tq la sbb menghabiskan stok gardenia. Kalai x aku x jumpe roti yg lagi sedap ni...so babai gardenia. Hahahahah
Quote Supersirap 24-3-2020 02:15 PM
Daripada itu hari cari roti gardenia sampai 7 kedai semua sudah habis, tapi semalam keluar pagi-pagi dapat juga akhirnya roti idaman ini
Quote Armand2018 24-3-2020 02:44 PM
Alhamdulillah stok roti kat rumah sentiasa ada sebab bapak aku staff gardenia. Tapi dpt roti yg mmg khas untuk staff la. Kualiti tak sama. Tapi free bedal jela.
Quote diss69 24-3-2020 03:42 PM
suiskipas replied at 24-3-2020 02:13 PM
Aku hr tu nk beli gardenia. tp takde stok. Aku ambik je ape yg ade. So aku beli roti dr fuji bakery. ...

Jenama Fuji bakery ni,kek marble dia pon sdp..
Quote acikhan 24-3-2020 03:45 PM
damsel_fiji replied at 24-3-2020 12:19 PM
try  freezekan..keluarkan bila nak bakar je..2 minggu lepas xpired pun tahan tau

Ye betul .Haku selalu mcm tu da expired letak dlm fridge pastu keluarkan wat kan puding roti mmg dap dap
Quote crazybeach 24-3-2020 04:21 PM
Armand2018 replied at 24-3-2020 06:44 AM
Alhamdulillah stok roti kat rumah sentiasa ada sebab bapak aku staff gardenia. Tapi dpt roti yg mmg  ...

kualiti tak sama? roti reject ke? tekstur berlobang2 ke cemana?

Quote Artemesiaa 24-3-2020 05:58 PM
Kalau dah susah nak dapat pelbagaikan je pilihan makanan.  Buat lempeng pun ok kalau ramai2 ada kat rumah.  Yang mana ada tu jangan tamak beli lebih dari keperluan kesihanlah pada kawan2 lain yang nak juga roti tu terutama warga emas yang suka makan roti tu berbanding nasi.

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top