Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Adibah Noor Kecam 'Body Shaming' Erra Fazira Dalam I Can See Your Voice

24-3-2020 11:04 AM| Komen: 139




Episod terbaru program realiti I Can See Your Voice menyaksikan penyanyi jemputan, Erra Fazira memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya. Ianya mengecewakan ramai penonton dan juga barisan juri kerana mereka memilih peserta nombor 1 sebagai pilihan finalis.

Bagaimanapun penyanyi misteri yang disingkirkan itulah penyanyi sebenar dan sangat berbakat. Namun disebabkan penampilan tidak meyakinkan, dia disingkir.

Penyanyi Adibah Noor menyifatkan situasi itu sebagai 'body shaming'. Hanya kerana tidak kelihatan seperti penyanyi (berbadan gempal dan lain-lain), ia menjadi faktor penyingkiran tetapi bila mendengar suaranya yang hebat, tiba-tiba berubah arah menyokongnya, dah kenapa?



Menurut Adibah lagi, program sebegini banyak menggunakan isu 'body shaming'. Yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat. Malahan ibu dan bapa kepada peserta ini sebenarnya adalah sahabatnya ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kepada mereka, Adibah meluahkan rasa satu ketika dahulu.

Berikutan itu, Adibah turut meminta warganet memanggil peserta itu dengan namanya sendiri dan bukan 'next' Adibah Noor.

IG
Segelintir warganet turut bersetuju dengan pandangan pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, bahawa program sebegini sebenarnya lebih menilai rupa berbanding bakat.
Ig

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh warganet yang juga menonton siri ini. Penyingkiran peserta itu bukan kerana penampilannya yang 'bukan penyanyi' tetapi lebih kepada fakta yang tidak menyokongnya.
IG
Tidak hanya itu, bagi segelintir warganet pula berpendapat sememangnya motif program ini adalah untuk menghiburkan. Memandangkan tajuk program ini sendiri yang menilai suara berdasarkan penampilan, jadi segala info dan pergerakan diambil kira kerana semuanya meneka. Ia yang menjadi keseronokan dan sehingga kini rancangan asal dari Korea Selatan ini sudah pun memasuki musim ke-7. Jadi apa masalahnya?

Realitinya, program sebegini sekadar menghiburkan. Jika dilihat pada musim lepas, tiada penyanyi yang benar-benar berjaya dilahirkan. Jadi, kenapa Adibah merasakan ia seperti 'body shaming' peserta? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 139
Komen

Previous : "Saya Kagum Dengan Perjuangan Kalian" - Achey Kongsi Cerita 'Frontliner' Covid-19

Next       : Hairul Azreen Dikecam Tak 'Study' Sebelum Interview Datuk LCW

Komen Terbaru

Quote kirana_22 30-3-2020 04:47 PM
Dibah ni kalau dok kat korea boleh kemurungan lagi2 kalau dia join variety show. Depa punya gurau bukan biashe2..

Lain-lain Komen

Quote hasniey 24-3-2020 11:26 AM
Apo kak dibah.dh sah2 la rancangan ni org tu xnyanyi.dh tu cmno nk tau kalau xdgr suara?tgok body language laa...silap dia xckp dia part time je ajar vocal.nmpk muda sgt.sbbtu erra xcaya dia penyanyi
Quote Nes3in1 24-3-2020 11:31 AM
Bertabahlah acik dibah, itu semua kekhilafan
Quote Orix 24-3-2020 11:37 AM
entahnya kak dib, sentap lebih knp?
Quote sarah82 24-3-2020 11:44 AM
Suara budak ni mmg sedap sangat.. Apa tajuk lagu ni?
Quote jacktothequeen 24-3-2020 11:47 AM
Pala bana kau la dibah..cakap sikit je da cop body shaming..gelabah..
Quote chandrahusin 24-3-2020 11:49 AM
sbb anak kawan dia tak kena pilih
tu dia sentap
pdhal yg minggu lps Hattan tu
lagi teruk bdk lelaki yg tak ensem tu kena hentam
Quote fair_iza 24-3-2020 11:49 AM
Aku rasa budak tu Ok2 shj.
Quote haruslah 24-3-2020 11:52 AM
ni kan rancangan hiburan
panel nilai thru fakta & gaya/penampilan
panel pon bagi pendapat masing
nape nak butthurt sgt
panel pon x caye budak tu conductor koir
sbb nampak muda sgt
Quote ibu_haritz 24-3-2020 11:56 AM
chandrahusin replied at 24-3-2020 11:49 AM
sbb anak kawan dia tak kena pilih
tu dia sentap
pdhal yg minggu lps Hattan tu

Kann.. Mcm2 si belut letrik tu hina dia mase mula2..
Quote MsKathryn 24-3-2020 11:57 AM
X faham konsep la tu   tau hentam je..
Quote kiambang 24-3-2020 12:01 PM
Selalunya yang berbadan comel suara sedap . Mungkin ada rezeki kat tempat lain ..
Quote izzah_mia 24-3-2020 12:03 PM
takde pulak nampak dibody shammingkan.
to kak dib...semua benda pun body shamming ke?
mgkn faktor usia kot..tu sebab semua benda sensitif

kenapa tak komen bila pelawak2x tu buat body shamming.
lagi kaw2x
Quote syakuntala 24-3-2020 12:15 PM
sya tgk ok jer... tp tgk semua org berhati2 apabl komen... mgkn takut org kata body shaming ... tp suara dia mmg sedap la
Quote ikanmasin 24-3-2020 12:18 PM
sarah82 replied at 24-3-2020 11:44 AM
Suara budak ni mmg sedap sangat.. Apa tajuk lagu ni?

rise up sis nama lagu tu..penyanyi andra day.rajin kan kakak.hahahaa
Quote MadameOnion 24-3-2020 12:29 PM
sentap pulok
Quote sarah82 24-3-2020 12:30 PM
ikanmasin replied at 24-3-2020 04:18 PM
rise up sis nama lagu tu..penyanyi andra day.rajin kan kakak.hahahaa

Wokies.. Nak cari la..
Quote sepatmasin 24-3-2020 12:30 PM
Ntah nya kak dib ni.. kan peserta kena menyamar.. mmg la susah nk judge sapa penyanyi sebenar.. cer tb3 jemput kak dib.. kasi try tengok
Quote ikanmasin 24-3-2020 12:34 PM
adakah sbb anak kawan dia.dia cakap gitu..akk tiap mgg tgk.ok jer lah ikut lah nsb sebenarnya..kelakar pun iya so jgn sentap sangatlah..hehehehe
Quote ikanmasin 24-3-2020 12:35 PM

beres2 ....

Lihat semua komen(139)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top