Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Memang Mudah - GrabFood Perkenal Servis Baharu 'Tapau', 'Pasar'

23-3-2020 06:09 PM Komen: 11
Susulan perintah kawalan pergerakan (PKP), Grab memperkenalkan servis terbaharu mereka dalam memudahkan lagi pembelian pengguna menerusi aplikasi Grab.

Jika sebelum ini, GrabFood diperkenalkan yang memungkinkan penghantaran makanan ke depan pintu rumah pengguna, Grab kini melebarkan servisnya dengan memperkenalkan fungsi yang dipanggil Tapau.

Kredit foto: The sun daily


Ia bertujuan membolehkan pengguna mengambil sendiri makanan yang mereka pesan di kedai atau restoran tertentu tanpa perlu menunggu pesanan, tanpa menggunakan tunai dan tanpa kontak.

Memetik laporan Harian Metro, fungsi terbaharu ini bukan sahaja membantu restoran menjana lebih banyak pendapatan, malah pengguna dapat menjimatkan masa dan kontak dengan orang ramai.

Kredit foto: amanz


Dalam pada itu, Grab turut memperkenalkan fungsi atau servis terbaharu dikenali sebagai Pasar iaitu membolehkan pengguna membeli barangan mentah dan segar dari pasar ke rumah mereka.

Kami turut melancarkan Pasar, iaitu lanjutan daripada GrabMart dan kami menyasarkan untuk membawa produk segar pasaran tempatan, ayam, daging dan makanan laut kepada isi rumah Malaysia. Pada masa ini, kami bermula dengan Pasar TTDI dan kami berharap untuk memperluas kepada lebih banyak pasaran, kata pihak Grab.

Bukan itu sahaja, menjelang 25 Mac, GrabMart turut boleh didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Lara_Isteri 26-3-2020 05:18 AM
Xde pon GRABPASAR dlm apps

Lain-lain Komen

Quote Tunan 23-3-2020 06:11 PM
Area rmh aku ada..adik ni buat servis deliver barang basah n barang kering.. ikan udang sayur, dll
Quote ellez 23-3-2020 06:36 PM
Wahh..nk try yg pasar tu..sbb iols mls pegi pasar sdri..
Quote Artemesiaa 23-3-2020 06:42 PM
Sesuai dengan situasi semasa
Quote Perawankota 23-3-2020 07:22 PM
Harap servis di teruskan wlupon covid berakhir..
Quote KIM.K 23-3-2020 08:14 PM
Awhh Grab Msia pon baca porum ya. Entah2 porumer yg tanya iols haritu tak

iols memang wat gini dah berbulan. upah runner ke pasar dan tapau. upah dispatch bisnes e.g pos, cod, gi kedai, amik dokumen etc
Runner eliminate keperluan amik staf. Kos jimat 50%. Boleh urus bisnes + personal

Runner: max RM250-RM400
Part time:  min RM700
Permanent: min RM1200

iols upgrade lg ni. Upah driver sambilan. Restok barang suruh diorg. Gi kl takyah mandu stuck jem or hopping busses. Tenaga takda..nak stay overnight, esok meeting, drive 3-5 jam, jem..merah mata

Camtu iols belatih jadi taitai st.regis



Quote munchkin 23-3-2020 08:20 PM
Yezza. Alhamdulillah.
Quote merrissa 23-3-2020 10:46 PM
Sedih kawasan rumah aku xde grab
Quote imransulaiman 24-3-2020 07:25 AM
KIM.K: Awhh Grab Msia pon baca porum ya. Entah2 porumer yg tanya iols haritu tak iols memang wat gini dah berbulan. upah runner ke pasar dan tapau. upah di ...


Teratur nampak cantik

Kalau difikirkan kos semua tu plus penjimatan masa dan tenaga kita, memang sangat berbaloi.

Terima kasih...saya dapat ilmu baru {:good
Quote Tinot7 24-3-2020 04:04 PM
iols mmg pakai grabfood je.
ada juga online grocery delivery tapi iols tak pakai.
https://www.lokalocal.com/blog/f ... -delivery-malaysia/

Quote Lara_Isteri 26-3-2020 05:18 AM
Xde pon GRABPASAR dlm apps

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top