Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hilang Selera Makan, Deria Bau Antara Tanda Baru Jangkitan COVID-19

25-3-2020 11:13 AM|Oleh: natrahn| Komen: 27


Persatuan Otorinolaringologi British mengatakan bahawa ada tanda-tanda baharu seseorang itu mungkin positif COVID-19. Ia berikutan ada pesakit COVID-19 yang tidak mempunyai simptom batuk atau demam.

Sekumpulan pakar telah membuat kesimpulan awal bahawa hilang selera makan dan juga deria bau kini menjadi antara gejala baru wabak berkenaan, memetik laporan Sinar Harian.


Kredit Foto - Harian Metro

Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan kes di Hospital Jinyintan dan Hospital Pulmonari Wuhan selepas 31 Januari melibatkan 191 pesakit, lapor Public Health England.

Berdasarkan pemerhatian, pesakit yang membawa virus COVID-19 berkemungkinan akan melalui proses seperti berikut:

Hari pertama - Pesakit mengalami demam dan keletihan, sakit otot dan batuk kering. Ada sebahagian kecil mereka turut mengalami cirit-birit atau mual satu hingga dua hari.

Hari kelima - Pesakit yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk bernafas (dyspnea), di mana gejala ini akan berlaku selepas dua hingga 14 hari selepas mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Hari ketujuh - Pada masa ini pesakit yang menunjukkan tanda-tanda keletihan akibat dyspnea perlu dimasukkan ke hospital dan mendapatkan perhatian perubatan sekiranya keadaannya berterusan sehingga menyebabkan bibir atau wajah mereka kebiruan.

Hari kelapan - Pesakit yang mengalami kes-kes yang teruk akan menunjukkan tanda-tanda sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS) pada masa ini, di mana paru-paru tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organ penting badan.

Hari kesepuluh - Pesakit akan mengalami masalah pernafasan yang lebih teruk dan perlu dimasukkan ke unit penjagaan rapi.

Hari kedua belas - Pada tahap ini, demam akan mula berkurangan, bagaimanapun pesakit akan mengalami batuk yang lebih lama.


Bagaimanapun, kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan bagi menyokong keputusan kajian awal yang dilakukan ini.

Apapun, sepanjang tempoh perintah kawalan ini (PKP), pastikan anda semua sentiasa menjaga kebersihan diri dan tetap menjalani gaya hidup sihat, ya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 27
Komen

Previous : Ketahui Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Akibat Covid-19

Next       : Tak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Komen Terbaru

Quote PakatHanat 31-3-2020 11:52 PM
demam panas pun hilang selera makan la wei

Lain-lain Komen

Quote lovelytouch 25-3-2020 11:15 AM
Tapi mesej dari telegram MKN menafikan benda ni.
Quote DARSITA 25-3-2020 11:28 AM
COVID-19: 'Digestive symptoms are common'

New research into data from more than 200 people who received medical care for COVID-19 reveals that almost half of this group experienced digestive symptoms, such as loss of appetite and diarrhea.

Lost Sense of Smell May Be Peculiar Clue to Coronavirus Infection

A mother who was infected with the coronavirus couldnt smell her babys full diaper. Cooks who can usually name every spice in a restaurant dish cant smell curry or garlic, and food tastes bland. Others say they cant pick up the sweet scent of shampoo or the foul odor of kitty litter.
Why Losing Your Sense of Smell Could Be a Symptom of COVID-19 It was four days into her suspected COVID-19 infection that Olivia Haynes realized she couldnt smell or taste anything.                 Her dry cough and fever had briefly subsided and her appetite had returned, so she cooked herself a spaghetti bolognese. A self-described foodie, she initially thought she had just done a bad job because the food was so bland. Honestly, it took me like three meals to realize I have no taste and no smell, she told TIME on Tuesday over the phone from her home in London, where she is self-isolating. People hadnt been talking about it [as a symptom], so I wasnt looking out for it.

Makin berubah rubah - scary.

Quote Scheherazade 25-3-2020 11:46 AM
Ada kat twitter sapa ntah kwn aku fwd, sorg minah ni hilang deria dengar for a while. Dia ingatkan ENT problem sebab dia mmg demam. P klinik pun klinik suruh balik. Sekali bila dah teruk, dia p check, dia positif covid. Once recovered, baru dia dpt balik dengar mcm biasa. Ni minah salleh la
Quote TravellingBear 25-3-2020 12:05 PM
Alamak. Kalau org tu mmg sedia ada deria bau tak brp nak awas . Camne
Quote shernazz 25-3-2020 12:14 PM
Iols skang deria bau mmg kureng sebab selsema
Tapi selera makan tetap.tak.berkurang..
Quote KIM.K 25-3-2020 12:30 PM
Deria rasa dan bau dah takda..tanda2 org nak meninggal

Biasa yang collapse lepas 14 hari tanpa simptom ni dia jalan terus. Death
Quote clerics 25-3-2020 12:37 PM
KIM.K replied at 25-3-2020 12:30 PM
Deria rasa dan bau dah takda..tanda2 org nak meninggal

Biasa yang collapse lepas 14 hari tanpa si ...

tak semua org beruntung seperti kau utk dapat lakukan intership dijabatan agama perdana menteri under the purview of  sakaratul maut department.

bermanfaat juga ilmu yg kau pelajari..utk kau kongsi.



Quote KIM.K 25-3-2020 01:29 PM
clerics replied at 25-3-2020 12:37 PM
tak semua org beruntung seperti kau utk dapat lakukan intership dijabatan agama perdana menteri un ...

Tak minat pensil ikea..tu je nak cakap
Quote Simunggu 25-3-2020 03:18 PM
hari ke-14 bertukar jadi batman...
Quote lipans 25-3-2020 03:28 PM
Edited by lipans at 25-3-2020 03:30 PM




Quote AkuMark 25-3-2020 03:39 PM
KIM.K: Deria rasa dan bau dah takda..tanda2 org nak meninggalBiasa yang collapse lepas 14 hari tanpa simptom ni dia jalan terus. Death


Ia ke Kim? Awat benda ni xleh nk komen cam biasa main quote2 plak
Quote clerics 25-3-2020 04:27 PM
KIM.K replied at 25-3-2020 01:29 PM
Tak minat pensil ikea..tu je nak cakap

for one who is aint worth anything?

you kid me not?

Quote KIM.K 25-3-2020 06:33 PM
AkuMark replied at 25-3-2020 03:39 PM
Ia ke Kim? Awat benda ni xleh nk komen cam biasa main quote2 plak

Chuol kena banned ke? Komen chuol ni tak naik kat noti iols pun

Orang kata nak mati deria rasa dan bau dah berkurangan..
Quote Rahah 25-3-2020 07:21 PM
I baca thread sebelah kata fake...
Quote RatuDunia94 25-3-2020 11:03 PM
Iols mmg tgh hilang selera makan sejak2 duk rumah ni.. entah lah.. tgok nasi pon x berselera.. sbb lately ni rasa mcm x lapar sgt.. minum air je pon dh rasa kenyang. Mungkin sbb x byk aktif mcm selalu kot..
Quote AkuMark 25-3-2020 11:49 PM
KIM.K replied at 25-3-2020 06:33 PM
Chuol kena banned ke? Komen chuol ni tak naik kat noti iols pun

Orang kata nak mati deria rasa  ...

Ha kena banned tu mcm mana? Dah normal dah ni rasenya.

Meols time2 mcm ni la nak kena gastric la bagai. Oh baru tau. Ni betol ka covid bertahan di udara beberapa jam? Patut la siap bertutup litup semuanya.
Quote anastasia7 25-3-2020 11:53 PM
Kalau hilang selera makan ni, boleh jadi denggi
Quote KIM.K 26-3-2020 12:45 AM
AkuMark replied at 25-3-2020 11:49 PM
Ha kena banned tu mcm mana? Dah normal dah ni rasenya.

Meols time2 mcm ni la nak kena gastric l ...

Sori, noti chuol dah masuk elok tadi

Dengar cite covid bukan air borne. Kalau jarak 1-2m, covid keluar dari mulut suspek just jatuh ke tanah. Angin tak hembus ke mangsa lain




Quote AkuMark 26-3-2020 11:05 AM
KIM.K replied at 26-3-2020 12:45 AM
Sori, noti chuol dah masuk elok tadi

Dengar cite covid bukan air borne. Kalau jarak 1-2m, covid ...

Oh ingat kan bertahan sampai 3 jam dkt tempat yg d hembus. Klu org lalu terkena. Bukan la ye? Klu direct bru kena?

Maaf bertnya kot2 chuols tau.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top