Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Bukan Saja-saja Buat, Hans Isaac Berdebar Tunggu Hasil Ujian Saringan Covid-19

23-3-2020 01:34 PM|Oleh: LilRose| Komen: 24

Datuk Hans Isaac berdebar menunuggu keputusan ujian saringan COVID-19.

Menerusi Instagramnya, penerbit, pengarah dan pelakon itu berkongsi video dia sedang menjalani ujian berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan orang sekeliling.


Kredit foto: IG

"Proses pemeriksaan masih okay lagi tetapi nak tunggu hasil ujian, itu yang mencemaskan saya.

"Keputusan ujian hanya akan dikeluarkan selepas 48 jam. Sekarang saya masih lagi menunggu. Memang berdebar," katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, Hans sebelum ini menerima teguran warga maya kerana tidak melakukan ujian saringan hospital selain mendakwa ujian itu hanya boleh dilakukan sekiranya dia menunjukkan simptom Covid-19.


Kredit foto: IG

"Saya jalani ujian bukanlah saja-saja seperti disangka ramai. Dua minggu lalu, saya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

"Saya dirawat selama lima hari. Walaupun di hospital, tapi kita tak boleh jamin penularan wabak ini tidak boleh berlaku," jelasnya.

Tambah Hans, dia menggunakan khidmat pihak swasta bertauliah untuk melakukan ujian berkenaan di rumahnya sebagai langkah keselamatan diri dan orang sekeliling.

Dalam masa sama, Hans merayu kepada orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.

"Jangan disebabkan kedegilan kita, orang lain menjadi mangsa," katanya.



Kes semakin meningkat, tetapi kesedaran masyarakat masih pada tahap membimbangkan hingga boleh mendidih darah memikirkan sikap penting diri masing-masing. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 24
Komen

Previous : "Wah, Dah Nampak Pengganti Neelofa Ni" - Ramai Jatuh Hati Dengan Uyaina Arshad

Next       : Wanns Ahmad Tak Suka Disamakan Dengan Zizan Razak

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 24-3-2020 08:00 AM
Nasib la dia mampu..bagus buat saringan mcm ni..
Harap semuanya ok

Lain-lain Komen

Quote munchkin 23-3-2020 01:39 PM
Semoga baik2 aja
Quote Tinot7 23-3-2020 01:42 PM
InsyaAllah ok... kalau tak, haruslah buat pengumuman mcm tom heng..
Quote nuralisa 23-3-2020 02:23 PM
Dia buat kat umah .. dia bayar ..ok je
Quote makneng 23-3-2020 02:27 PM
As precaution why not ha?
Quote soniackyy 23-3-2020 02:40 PM
Berapa ek agak agak kene bayar kalau orang buat check up macam ni?
Quote apedehal 23-3-2020 02:44 PM
Ke tokhans nk check sbb jumpa lopak yg balik dr itali dlu..hahha..kidding na
Quote KIM.K 23-3-2020 02:45 PM
iols pun fikir macam tok hans pegi checkup semasa tak sihat. Altho takde close contact dengan suspek covid, tapi kemungkinan dapat dgn 'org tak suspek' tu ada

Kebah sikit demam iols pi klinik minta pengesahan B&W doktor bahawa bebas covid (demam bukan sebab covid)

Iols collapse seminggu gak menyebabkan sayur2 dlm fridge mula rosak. Tak larat masak, daun kesum kunyit karot pun dah cekelatt..
Tu ler masalah beli banyak2 nie


Quote aechae 23-3-2020 02:48 PM
soniackyy replied at 23-3-2020 02:40 PM
Berapa ek agak agak kene bayar kalau orang buat check up macam ni?

Rm700/pax...bleh tgk kt doctoroncall.com.my... BP healthcare pn ada buat gak rasanya
Quote biozipstar 23-3-2020 03:16 PM
orang rumah iols pun demam juga. doc cakap kalau dia demam, ada orang lain demam x. kalau dia sorang demam, maka itu demam biashe2.. kalau dia demam n satu rumah jangkit demam, then itu myb covid.
Quote CiliPadiSedap 23-3-2020 03:27 PM
soniackyy replied at 23-3-2020 02:40 PM
Berapa ek agak agak kene bayar kalau orang buat check up macam ni?

Rm1200 ke atas untuk private hospital. doctor akan datang dalam suit angkasawan. sebelum dan selepas akan sanitizer. RM 1200 ok kalau mampu.
Quote Kancilkering 23-3-2020 03:32 PM
6E556A18-28E4-4F28-B274-1DA7F455332E.png

Quote soniackyy 23-3-2020 04:11 PM
Fuhhh boleh tahan, tapi kalau mampu better check. Nak nak lagi jenis yang kerja banyak berjumpa orang. Cepat la habis benda ni kesian bila fikir orang yang kais pagi makan pagi
Quote bungarose 23-3-2020 04:19 PM
Edited by bungarose at 23-3-2020 08:33 PM

Kalau mampu xperlu ler beratur dengan marhaen guna subsidi kerajaan untuk check covid19
Bertimbang rasa dan bagi kerjasama pada semua. Kesian juger pegawai perubatan kerajaan. At least ringankan beban tenaga sumber dan peralatan dari hospital kerajaan.
Quote Mulotkoyak 23-3-2020 04:47 PM
Jg adik kecik dlm seluar tu hans. Dh makin lunyai dijaja.
Quote Cassieopeia 23-3-2020 08:10 PM
Kancilkering replied at 23-3-2020 03:32 PM

wow drive thru je senangkan. kalau mampu apa salahnya kan
Quote kiah_mai_pulak 23-3-2020 08:18 PM
ada body contact dgn mana2 cikki from over the sea of baru balik over sea ke tokhans?
Quote RatuDunia94 23-3-2020 09:21 PM
kiah_mai_pulak replied at 23-3-2020 08:18 PM
ada body contact dgn mana2 cikki from over the sea of baru balik over sea ke tokhans?

Jangan lain yg test lain yg POSITIF plak.. hehe
Quote meteorspeed 23-3-2020 09:58 PM
aechae replied at 23-3-2020 02:48 PM
Rm700/pax...bleh tgk kt doctoroncall.com.my... BP healthcare pn ada buat gak rasanya

Nie kalu amek tuk 5 pax. Kalu sorank iols rasa  900 kot. T
Quote aechae 23-3-2020 10:24 PM
meteorspeed replied at 23-3-2020 09:58 PM
Nie kalu amek tuk 5 pax. Kalu sorank iols rasa  900 kot. T

Mmg kt website tulis 700nett/pax klu kt doctoroncall tu... yg BP tu klu lbih 5 pax bru jd rm500...lg rmai lg murahh

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top