Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tak Mahu Isteri Cederakan Diri, Datuk Alha Alfa Bercerai Lepas 6 Bulan Berkahwin

23-3-2020 10:08 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 762

Siapa saja mahu melihat perkahwinan yang dibina musnah begitu sahaja, tambahan pula dalam usianya yang masih muda. 

Itulah yang dihadapi pengasas kosmetik terkenal Alha Alfa. Baru sahaja enam bulan berumah tangga, lelaki itu kini sah bercerai.


Kredit foto: Blog

Menurut perkongsian Alha Alfa, 31, di Instagram, mereka membuat keputusan untuk berpisah selepas tidak lagi mempunyai persefahaman. Lagi pula, isterinya iaitu Noor Azlin, 23, dikatakan tidak boleh menerima 'demand' kerjanya yang perlu berjumpa dengan ramai wanita.


Kredit foto: IG

"Sebolehnya, saya ingin berdiam diri dan tak nak besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi mungkin ini ujian berat.

"Saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan menyelesaikannya secara damai. Harap tiada pihak mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih kepada bekas isteri kerana membahagiakan saya selama setengah tahun bersama," jelasnya.


Kredit foto: IG

Katanya lagi, mungkin jarak usia yang berbeza membuatkan mereka tidak boleh mempunyai pandangan sama mengenai sesuatu perkara. Alha juga menjelaskan dia tidak mahu isterinya terus mengalami kemurungan sehingga mencederakan diri sekiranya mereka terus bersama.

"Kehidupan kami normal macam biasa dan saya pun dah nak jadi ayah tapi keguguran mungkin belum rezeki. Tetapi, apa yang saya pertahankan ini tak panjang, saya tak nak dia kemurungan, stres berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan lain-lain, gambar saya luka tu saya bergelut menghalang dia mencederakan diri," ujarnya.

Dia turut berkongsi sekeping gambar badannya yang mengalami kecederaan kerana cuba melawan isterinya daripada menyakiti dirinya sendiri namun gambar itu telah pun dipadam.


Kredit foto: IG

Selepas ditimbal balik, ternyata lelaki ini tidak mampu melepaskan tanggungjawabnya sebagai jurusolek selain memikirkan nasib pekerja dan syarikat yang dibina dengan susah payah sebelum menjadi besar seperti ini.

Alha turut mendoakan bekas isterinya itu bakal berjumpa dengan lelaki yang dapat memenuhi kehendaknya dan sentiasa bersama setiap waktu. Dia juga memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan dengan rumah tangga ini.


Kredit foto: IG

Mungkin kita boleh dengar pula penjelasan di pihak Noor Azlin? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
0
0
Komen: 762
Komen

Previous : "Wah, Dah Nampak Pengganti Neelofa Ni" - Ramai Jatuh Hati Dengan Uyaina Arshad

Next       : Fikry Ibrahim Minta Maaf Terpaksa Tinggalkan Malaysia, Tak Takut Covid-19 Ke?

Komen Terbaru

Quote chippotato 29-3-2020 08:25 PM
Mod tak leh keluar bekerja... Pkp uol.. Biasalah mcm rakyat malaysia.. Lagi ckp jgn keluar mesti ada spesis degil keluar jigak.. Kt sini.. Jgn off topik lebih2.. Tapi buat juga.. Hihi..iol pun lama dh tk masuk sini sbb memanjang ot smp berpage2...

Lain-lain Komen

Quote ad_hoc79 22-3-2020 05:34 PM
Aikkkk lain yg kecoh
Quote md_nana 22-3-2020 05:37 PM
Baca cerita si alha ni dr ayat dia mcm x bersungguh nak pertahankan rumah tangga dia. Mcm dia ni sebenarnya nak bebas laaa. Tak boleh org nk sekat mana dia pergi, dgn siapa dia kerja. Normal isteri jealous pas tu baru kawen n baru jugak gugur. Dpt laki pulak handsome, kaya, dambaan wanita walaupun x pasti straight ke tidokkkkk
Quote msdummy.2018 22-3-2020 05:38 PM
Tt, tepek gmbr nk gosip...
Quote sofinamini 22-3-2020 05:39 PM
Dia nie kan kawin yg cake jatuh tu kan ? Dh bercerai ke ? Alah sayangnyaaa jodoh tak panjang
Quote zidane2011 22-3-2020 05:40 PM
Kenduri kahwin nak setengah juta, bertahan x sampai setengah tahun. Biar betik ko datukk. Kawen sbb apa sebenarnya nih.
Quote ad_hoc79 22-3-2020 05:41 PM
Dah tertulis jodoh setakat situ aje...
Quote munchkin 22-3-2020 05:44 PM
Org kepercayaan dulu kata kalau kaca jatuh nasib tak brp nak elok
Quote kiel56 22-3-2020 05:44 PM
Edited by kiel56 at 22-3-2020 06:09 PM

Screenshot_20200322_174044_com.instagram.android.jpg Screenshot_20200322_174057_com.instagram.android.jpg
Quote KIM.K 22-3-2020 05:45 PM
munchkin replied at 22-3-2020 05:44 PM
Org kepercayaan dulu kata kalau kaca jatuh nasib tak brp nak elok

kaca jatuh..kek jatuh sama gitulah
Quote jcja82 22-3-2020 05:48 PM
terkejuttt..setengah thn je kawen
Quote iena_jr 22-3-2020 05:49 PM
Heshe luruskah?
Quote amyza 22-3-2020 05:49 PM
Edited by amyza at 23-3-2020 08:17 PM

Baru je kahwin kan. Tiap2 bulan rasanya dia celebrate monthsry bagi surprise kat bini dia. Puji bini dia wpun muda lagi tapi fikiran matang, tak mintak itu ini kat dia kira bukan mata duitan lah. Huhu
Quote munchkin 22-3-2020 05:49 PM
KIM.K replied at 22-3-2020 05:45 PM
kaca jatuh..kek jatuh sama gitulah

Oh kek pun sama ya. Thanks info kim.k
Quote munchkin 22-3-2020 05:50 PM
Kenapa dia cerita hal ex dia lebih2 ya. Kesiannya.
Quote kiel56 22-3-2020 05:51 PM
camne nk post gambar bagi besar...helpp
Quote Andyscenes 22-3-2020 05:51 PM
md_nana replied at 22-3-2020 05:37 PM
Baca cerita si alha ni dr ayat dia mcm x bersungguh nak pertahankan rumah tangga dia. Mcm dia ni seb ...

x straight
Quote epuepy 22-3-2020 05:52 PM
Takziah.. Syg nye la majlis sikit punye gah, kalo x ready, x ya la kawin.
Quote Kurex 22-3-2020 05:55 PM
Alaaaaa.. apa nak heran wahai acik..tengoo je la nazimah tu.. gayah bottom memang tak kekal.... Lain la rizmania flexy, boleh membiak.. apa la sangat kalau gayah cerai.. hayooooo
Quote Tudungpink 22-3-2020 05:57 PM
Jodoh x panjang...wife dia lawa ..majlis meriah..tp tu la kek tumbang kan hari tu..tp kalau jenis yg sanggup nak cederakan diri ni susah jgk la nak kekal lama boleh jadi psycho..

Lihat semua komen(762)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top