Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Air Tangan Tuanku Permaisuri Agong Khas Untuk Petugas Kesihatan

23-3-2020 10:25 AM Komen: 26
Wabak COVID-19 di seluruh dunia semakin membimbangkan, kes pesakit positif covid-19 juga semakin meningkat di Malaysia. 

Sehingga petang semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan sebanyak 123 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 1,306 kes. Manakala, 10 kematian dicatatkan.


Foto: Twitter

Selain mengambil berat dengan pesakit covid-19, kita juga tidak boleh mengabaikan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberikan pertolongan perubatan di hospital.


Foto: Twitter

Sabtu lalu, Tunku Azizah tidak ketinggalan menunjukan keprihatinannya kepada petugas-petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh dengan menyumbangkan makanan hasil air tangannya sendiri. 


Foto: Instagram

Sumbangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan semangat petugas kesihatan, malah ia juga akan memberi sokongan emosi kepada mereka. Petugas kesihatan sudah semestinya penat dan stres dengan jadual kerja yang lama dan terpaksa menggadai nyawa demi berkhidmat kepada masyarakat.

"Tuanku Permaisuri Agong memasak untuk pekerja Hospital SB"


Foto: Twitter

Melihat perkongsian oleh puteri Tunku Azizah, Tengku Afzan dilihat memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sekotak makanan yang telah dibungkus dan disusan dengan rapi.


Foto: Instagram

Menurut perkongsian tersebut, Tunku Azizah telah memasak beberapa juadah untuk diagihkan kepada petugas Hopsital Sungai Buloh.

"Nasi goreng cheminahsayang"

Foto: Twitter

Menerusi akaun Instagram airtangan_tunkuazizah, Tuanku Permaisuri Agong juga memuait naik beberapa keping gambar makanan dan tulang belakang yang membantunya untuk menyediakan juadah berkenaan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuaku Permaisuri kerana prihatin dengan seluruh petugas kesihatan. Sama-samalah kita rakyat Malaysia beri kerjasama kepada KKM dan pihak berkuasa. 

Duduk di rumah! Basuh tangan 20 saat! Jangan sebar berita tidak sahih. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gorjeous 25-3-2020 06:17 PM
Nampak sedap masakan2 Tuanku...

Lain-lain Komen

Quote sarah82 23-3-2020 10:40 AM
Nasi goreng tu nampak colourful.. HHaha.. Aku suka mcm tu
Quote Tinot7 23-3-2020 10:43 AM
Wwooww.. bestnya dpt mkn free.... hehehe
Quote ellez 23-3-2020 11:05 AM
Iols pulak masak sorg2 saja utk charity.
Sebab tak banyak sangat.
Hmmm
Tapi xpelah iols ikhlas tu.
Quote munchkin 23-3-2020 11:06 AM
Terima kasin queen. Sebak aku tengom depa semua ni. Termasuklah polis atm cleaners pbt.
Quote shernazz 23-3-2020 11:15 AM
Kawan iols baru start keje rini..
Standby utk covid..
Setelah cuti berapa lama.tah..seminggu kot...
Moga ok ok saja.lah...
Quote KekDurian 23-3-2020 11:44 AM
Suka tgk Cheminah, pandai masak  & anak2 pun menjadi
Quote bloodyamuk 23-3-2020 01:16 PM
ellez: Iols pulak masak sorg2 saja utk charity.Sebab tak banyak sangat.HmmmTapi xpelah iols ikhlas tu.



semoga Allah balas kebaikan sis...bahagia membahagiakan orang lain...lagi2 bab makanan ni hehe
Quote bloodyamuk 23-3-2020 01:17 PM
bukan saja perut kenyang, sokongan moral tu yang frontliner kita perlukan...

bangga dapat Queen yang prihatin
Quote ninnamina 23-3-2020 01:50 PM
Tengok ebit liew pin ada sumbang makanan.
Quote matchstick 23-3-2020 02:03 PM
Nmpk sedap... Tapi staf2 hospital tu semua tak payah practice social distancing ke masa makan. Tanya je ni
Quote Artemesiaa 23-3-2020 03:06 PM
Sumbangan macam ni pastinya menggembirakan mereka yang tengah penat bekerja membantu pesakit.
Quote HannahMontana 23-3-2020 03:57 PM
Alhamdulillah.

Orang berbudi kita berbahasa.

Orang memberi ko ko merasa !

Terima kasih Permaisuri cheminahsayang !!!!!!!!!!!!!!
Quote ellez 23-3-2020 04:16 PM
bloodyamuk replied at 23-3-2020 01:16 PM
semoga Allah balas kebaikan sis...bahagia membahagiakan orang lain...lagi2 bab makanan ni hehe

naik segan pulak iols..
tak terniat pun nak menonjolkan kebaikan..
Tq sis..
Quote paz 23-3-2020 04:25 PM
Excited betul mereka dapat makanan dari Tunku Permaisuri.

Benda simple macam ni memang mengembirakan orang.
Quote gideoncross 24-3-2020 12:33 AM
matchstick replied at 23-3-2020 02:03 PM
Nmpk sedap... Tapi staf2 hospital tu semua tak payah practice social distancing ke masa makan. Tanya ...

Utk dorg x salah kot, kan skrg pkrja2 frontliner yg d snjung stinggi langit haha. Kat Brunei ni pun frontliner bnyk org sdekah mknan.
Quote ina_na 24-3-2020 12:56 AM
paz replied at 23-3-2020 04:25 PM
Excited betul mereka dapat makanan dari Tunku Permaisuri.

Benda simple macam ni memang mengembir ...

Kalo aku dpt pun aku happy kau.. Bukan kaleng2.. Permaisuri agong tu masakkan..
Quote any42 24-3-2020 01:28 AM
semoga ptugas frontliner brterusan kuat semangat mnjlnkn tugas msing2. i hnya mmpu dok diam2 kt rumah & mnymbang derma skadar tmmpu. hanya Allah mmpu blas jsa korang smua.
Quote paz 24-3-2020 06:28 AM
ina_na replied at 24-3-2020 12:56 AM
Kalo aku dpt pun aku happy kau.. Bukan kaleng2.. Permaisuri agong tu masakkan..

Betul tu, aku pun akan excited.
Quote pu3_rania 24-3-2020 07:36 AM
Edited by pu3_rania at 24-3-2020 07:43 AM

Di harapkan selepas ni RPA bagi sumbangan kpd PDRM & ATM yg bertugas di lapangan
Sifat terpuji & berhati mulia seperti YDA & RPA ini harus di contohi oleh Sultan2 & Permaisuri negeri2 lain
Bukan itu saja si Anwar Ibrahim & anggota PH yg lain harus juga mencontohi this Royal Couple bukannya tahu asyik nak menyalak & meroyan je hulu ke hilir condemn kerajaan PN & pihak berkuasa
Perlu buat sesuatu demi kebajikkan rakyat

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top