Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Apa Ni Lofa? - Neelofa Dikecam Setuju Minum Air Panas Boleh Bunuh Covid-19

22-3-2020 11:09 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 60

Wabak COVID-19 kini semakin mencapai paras membimbangkan di Malaysia. Sehingga semalam (ketika artikel ditulis), 1183 kes dilaporkan positif dan angka kematian melonjak hingga lapan mangsa. Hal ini menyebabkan ramai penduduk negara ini kian panik dengan situasi genting.

Mungkin disebabkan risau, segelintir rakyat meletakkan kepercayaan secara membabi buta mengenai kaedah rawatan virus ini. Ada yang percaya kenyataan yang mengatakan pengambilan ikan singgang dapat menghalang COVID-19 daripada terus merebak meskipun tiada bukti di sebaliknya.

Mengejutkan apabila Menteri Kesihatan yang baru sahaja dilantik iaitu Dr Adham Baba telah menegaskan bahawa meminum air bersuhu tinggi dapat membunuh COVID-19. 

Katanya, air yang diminum akan menolak virus itu turun daripada oesophagus, seterusnya asid di perut akan membunuhnya.


Kredit foto: FB

Pun begitu, mitos tersebut telah pun disangkal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menjelaskan bahawa air bagus untuk menghidratkan badan, namun tidak boleh menyahaktifkan virus termasuklah COVID-19. 

Bahkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah menolak kenyataan mengarut Adham Baba ini.


Kredit foto: Twitter

Walaupun menerima kritikan ramai netizen, pelakon Neelofa memuat naik entri di Twitter dan menyetujui kenyataan Adham Baba itu.


Kredit foto: Twitter

Menurut Neelofa, dia bersetuju dengan sebahagian daripada kenyataan Menteri Kesihatan di mana pengambilan air yang banyak adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang sihat. 

Namun, ayatnya yang mengatakan bahawa semua rakyat akan mengambil apa sahaja petua dalam masa genting ini supaya dapat mengurangkan risiko dijangkiti virus telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen. Mereka menyelar selebriti itu kerana mempercayai mitos seperti ini.

Kredit foto: Twitter

Apa pula kata anda? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
1
1
Komen: 60
Komen

Previous : "Wah, Dah Nampak Pengganti Neelofa Ni" - Ramai Jatuh Hati Dengan Uyaina Arshad

Next       : Tak Mahu Isteri Cederakan Diri, Datuk Alha Alfa Bercerai Lepas 6 Bulan Berkahwin

Komen Terbaru

Quote nonymous 24-3-2020 01:29 PM
minum air putih, air suam membantu dr mulut kering, cuaca kat tempat aku panas xda hujan, so aku memang amalkan minum air byk jgn smpai over minumlah utk kekal sihat, nak2 lagi bermacam org share mnum air panas boleh bantu virus xmasuk dlm paru2, itupun nak bising2 ke? adoiilaaa mentang tempoh kuarantin sibuk juga nak judge kecam orang.

Lain-lain Komen

Quote unguaurora 22-3-2020 11:13 AM
Kejap minum air panas kejap minum air yg byk. Mana satu ni????  
Quote dubuk 22-3-2020 11:21 AM
jangan minum air yang masih ada asap
Quote princessmiang 22-3-2020 11:23 AM
Nama pun artis...mana je artis yang pandai deknon...14 hari ni terserlah kebodohan masing2..bukan setakat retis yang ternyata bodoh..marhaen pun sama yang berasak2 balik kampung nak sebarkan virus.. kalau dah bodoh tu tak tinggal langsung untuk anak2 cucu..

Berbalik kepada hajah susu esen ni.. what do u expect.. sedangkan susu esen pun boleh overclaim.. kejayaan diri sendiri pun boleh overclaim..kesah percintaan peribadi pun overclaim... certified bodoh
Quote unoryah 22-3-2020 11:36 AM
Hajah susu esen.. amboinya nama..
Ntahlah komen si hajah susu esen tu.. aku cuma tau minum air banyak mmg baik untuk kesihatan..
Quote Levespa 22-3-2020 11:47 AM
mcm2 laa org share dari awal lagi.. semua tu mana ada bukti apa2 pun setakat ni...hanya satu cara je nak elak covid ni.. AVOID CONTACT..tu aje
Quote NickiMinaj 22-3-2020 11:51 AM
ala lofa ni pun bimbo. dia pergi Italy pun dia tak kuarantinkan diri. tak kisah ;la ko ada somptom ke tak, tp wajib kuarantin kalau balik dr luar negara. dia pegi fashioweek tu time tu covid tgh menggila kot. selamber je balik pastu merayau merata2. selfish.
Quote MekConkey 22-3-2020 12:18 PM
Mek faham je apa yg Lofa nak bg tau tu...kenapa  nak putar belitkan words dia..


Dia setuju minum air utk kesihatan atau untuk maintainkan kesihatan kita tapi bukan utk bunuh virus (seperti dakwaan Dr Adham)


Tak salah pun kalau minum air byk2 utk kesihatan kan? Untuk pastikan kita sihat, stay hydrated...


Mek pun selalu minum air putih lagi2 musim panas ni..bukan minum waktu keadaan COVID19 ni je




[url=
Quote Sham143 22-3-2020 12:37 PM
Edited by Sham143 at 22-3-2020 12:39 PM
princessmiang: Nama pun artis...mana je artis yang pandai deknon...14 hari ni terserlah kebodohan masing2..bukan setakat retis yang ternyata bodoh..marhaen pun sama  ...
The fact is Neelopa memang pandai.. Straight 'A' student, beb..
Quote Tudungpink 22-3-2020 12:42 PM
Jahlop2 diam sudahla..sebabkan ko pun hati kering attend fs time covid19 tengah menggila apa yg ko buat nampak hipokrit sgt..menteri kesihatan tu teruk kene kecam tau sekarang ni, ko sibuk nak reply tweet dia..aje mangkuk ayun btoi la..retis2 yg memang duk Malaysia pun x berani nak komen lebih2 ko yg terang2 baru balik itali bg macam2 komen pulak..Just shut up..koserrr
Quote Rogue98 22-3-2020 12:43 PM
Minum jer lah air.... apa bodoh sangat nak pertikai kan?
Quote LadyCarefree 22-3-2020 12:47 PM
Dia ni diri sndiri pon serabai namatey. iols musykil sungguh hygiene practise sheols
Quote aemon 22-3-2020 01:02 PM
Edited by aemon at 22-3-2020 01:04 PM

Jadi Dr pun bodoh...
Jadi hajah bimbo pun Hmm(malas nk tulis nnt karar argue)...
Mnum air suam cukup la.
Kurangkan minum air manis.lebihkan air masak suam tu baik utk musim panas skrg ni.nk mnum air panas nau gila hapa.abis dalam tekak melecur
Quote grouper 22-3-2020 01:33 PM
Nelopa dok perintah kawalan berkurung kat mana..balik kelantan x
Quote YomiuriLandMae 22-3-2020 02:31 PM
statement tu kena betul.. bayangkan kalo org ada simptom covid ni taknak pegi hospital buat saringan sbb dorg rasa minum air panas je dah bole cure.. kalo cmtu baik dorg minum air panas jer dr pegi hospital buat saringan..
Quote rjnadiah 22-3-2020 02:33 PM
ayokk lofa dah marah
Quote makcun14 22-3-2020 02:37 PM
iols tunggu je sheols keluarkan product baru namanya "hot water covid-19" .. ye la influencer berjayaa katanyaa
Quote makcun14 22-3-2020 02:41 PM
rjnadiah replied at 22-3-2020 02:33 PM
ayokk lofa dah marah

bertabahlaa hajah lopak oiii.. tak nak kena kecam jangan post. senang citerr
Quote rainbowrainz 22-3-2020 02:53 PM
Dah kena kecam bengang acik lop
Quote ~boolean 22-3-2020 02:58 PM
aku pun partially agree dengan statement lopak..memang betul kita kena minum banyak air...
bila kita duduk rumah tak buat apa..kadang2 lupa nak minum...

statement lopak tak salah kalau dia tak cakap agree dengan menteri kesihatan
sebab menteri kesihatan merujuk kepada minum air boleh cegah covid19.

kalau statement lopak tu general saja, mesej dia tu berguna.

Lihat semua komen(60)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top