Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bapa Ahli Tabligh Berdegil Lakukan Ujian Covid 19, Polis Labuan Bertindak Keras

20-3-2020 01:21 PM Komen: 13
Seorang lelaki dilaporkan enggan menjalani ujian saringan dan kuarantin Covid 19 sehingga memaksa pihak polis dan perubatan dari Hospital Labuan bertindak keras.

Astro Awani melaporkan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tujuan saringan Covid 19 secara paksa ke atas lelaki berusia 68 tahun itu.

Lelaki itu sangat diperlukan hadir ke hospital untuk ujian saringan dan menjalani kuarantin berikutan dia merupakan bapa (kontak pertama) kepada salah seorang ahli jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling dan mereka tinggal serumah.

Kredit foto: Awani

Lelaki itu telah diarahkan hadir secara sukarela bagi menjalani saringan pada 17 Mac namun tidak berbuat demikian hingga memaksa pasukan perubatan pergi ke rumahnya di Taman Mutiara Sg Bedaun, Bebuluh, Labuan.

Sekali lagi, lelaki itu enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa pasukan perubatan meminta bantuan polis untuk membawa dia ke hospital mengikut Seksyen 15 (2) Akta yang sama, kata Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad.

Katanya lagi, lelaki itu akhirnya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian dan kuarantin selama 14 hari di Hospital Labuan. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote minah_selekeh 23-3-2020 10:40 AM
Kesian kat pakcik ni.. Dia mungkin ada risau atau takut.. Tapi kena la bagi kerjasama.. Kita nak bendung wabak dari tersebar..

Lain-lain Komen

Quote krustykrab 20-3-2020 01:29 PM
Elok letak dlm kandang rimau
Quote belilies 20-3-2020 01:32 PM
Jadi yang viral tu pacit nin la.... Weols pun tatau heols ni ada specific condition ke apa
Quote munchkin 20-3-2020 01:58 PM
Ni yg depa backing sangat2 tu.
Quote pumpkingirl 20-3-2020 02:08 PM
Salah anak..bapak yg dapat tempias..
Kesian pokcik..duduk aman2 dlm rumah..anak pulang dari jauh bawa virus dan penyakit pulak.
Geram aku dgn puak2 t ni.
Quote merrissa 20-3-2020 02:19 PM
kesian pakcik...duduk aman2 dlm rumah pun jd gini....

anak pon mn nak tahu dpt covid19

penganjur pon xde kesedaran...nak juga buat

hadap jela kuarantin
Quote Cassieopeia 20-3-2020 02:45 PM
anak punya psl... org tua mmg takut bab pg hospital ni.. slmt berkuarintin la pakcik
Quote Artemesiaa 20-3-2020 03:47 PM
Dah diumumkan pun mana2 yang masih berdegil tak nak datang saringan pihak polis akan datang cari
Quote imransulaiman 20-3-2020 03:56 PM
Jangan je nanti lepas saringan didapati negatif, boleh pulak dia mendabik dada... {:thief
Quote missatiey 20-3-2020 04:00 PM
anak sedara aq pun dgil, nk p jgak prhimpunan tu wpun dibuat msa org tgh sibuk psal virus.  Biarlh klu pngnjur nk buat sgt, pnjg umur  bleh p lgi msa dpan. Bila aq sruh p cek, nsib baik dgr ckp bapa dia dan nsib baik, sah -ve. Klu x, nanya 1 kluarga, datuk nenek smua serumah..
Quote biozipstar 21-3-2020 12:57 PM
kalau tablig yg nak sgt mati di jalan Allah, baik kome buat lebih baik.
Quote husna_amal 23-3-2020 09:18 AM
Perkara macam ni pun masih nak berdegil lagi. Takut ke apa ni.
Quote ResellerMaxis 23-3-2020 09:22 AM
husna_amal replied at 23-3-2020 09:18 AM
Perkara macam ni pun masih nak berdegil lagi. Takut ke apa ni.

Org tua tua memang mcm mcm concern kan..

Ada yg takut susahkan anak anak kalau warded..so dari awal memang dah niat kalau sakit ke apa biar kat umah je cpt sikit mati n xsusahkan orang..
Quote minah_selekeh 23-3-2020 10:40 AM
Kesian kat pakcik ni.. Dia mungkin ada risau atau takut.. Tapi kena la bagi kerjasama.. Kita nak bendung wabak dari tersebar..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top