Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

5 Anggota Polis Cedera Dirempuh Lori Semasa Sekatan Op Covid-19

Tukang Tulis|20-3-2020 11:22 AM Komen: 22
Anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Kredit foto: Facebook JSPT KL
Seorang pegawai dan empat anggota polis cedera dirempuh lori semasa bertugas melakukan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Kuala Lumpur pada 20 Mac.

Memetik laman Facebook JSPT KL, kejadian berlaku di Jalan Syed Putra pada pukul 12.45 tengah malam.

Seorang anggota polis yang dirempuh, Konstabel Mohd Afendi cedera pada bahagian kepala, bahu kiri dan kaki dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Empat lagi mangsa iaitu Inspektor Afifi Zulhusni, Koperal Khairul Nizam, Koperal Aziz dan Lans Koperal Wan Kamarul mengalami cedera ringan.

Keadaan kereta peronda yang dirempuh. Kredit foto: Facebook JSPT KL
"Seluruh warga Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa," kata pengendali laman Facebook berkenaan.

Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Covid-19 berikutan pengisytiharan Perintah Pergerakan Terhad oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai 18 Mac.

Inspektor Afifi Zulhusni menceritakan semula kejadian rempuhan. Kredit foto: Facebook JSPT KL
Sekatan jalan raya dilakukan sebagai salah satu langkah menasihatkan orang ramai mematuhi perintah tersebut. 

Walau bagaimanapun, masih ada rakyat yang tidak mematuhinya dan berada di luar rumah tanpa sebab yang kukuh. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
8
Terkejut
0
Sedih
6
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Nenolen 23-3-2020 09:21 AM
Kat penang pun kereta rempuh roadblock...driver postive metaphimine (tak reti eja) dan byk police cases

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 20-3-2020 11:32 AM
Mabuk ke..?
Quote Kurex 20-3-2020 11:33 AM
Antara mabuk atau takut atau lebih tepat, BODOH
Quote natrahn 20-3-2020 11:39 AM
geramnya..dia panik tengok sekatan ke...kesian polis tengah kerja
Quote KekDurian 20-3-2020 11:40 AM
Lori tu bwak dadah ke smpi nk rempuh anggota?
Quote chauky314 20-3-2020 11:41 AM
elok depa ni tangkap duk lokap je...nyusahkan orang
Quote MissVixen 20-3-2020 11:43 AM
Pergi beli barang dapur, tengok banyak lagi kereta dan kereta di jalan. Laju2 dan menyelit pulak tu.
Quote Cyempaka 20-3-2020 11:48 AM
Kesian abam2 polis kena langgar.  Susah betul la share dunia dgn org2 bodo ni
Quote shachihata33 20-3-2020 11:55 AM
so apa jd driver lori tu? dpt tangkap or kesan ke tak eh
Quote TravellingBear 20-3-2020 11:58 AM
tangkap driver & terus masuk penjara je. Nyusahkan orang je
Quote Ina8895 20-3-2020 11:59 AM
Kalau semua dengar cakap, tak keluar rumah, polis pun tak payah susah2 buat roadblock, ronda2.
Quote shernazz 20-3-2020 12:01 PM
Ketuk sikit kepala pemandu lori tu
Quote EJALTI 20-3-2020 12:04 PM
Vavi la main2 rempuh polis masa2 org semua sibuk pasal Covid-19. BODOH PIANG...
Quote Artemesiaa 20-3-2020 12:16 PM
Siap ler nak kena menjawab yang pergi langgar polis buat apa
Quote Ina8895 20-3-2020 12:56 PM
Mabuk le tu. Roadblock pun tak nampak. Memang goblock
Quote Scheherazade 20-3-2020 02:45 PM
Kesian abg2 polis ni, tgh bertugas dirempuh plak. Hrp dpt ditgkp pemandu kuang ajaq tu.
Quote namieamuro 20-3-2020 02:52 PM
astaga dh knp smpi merempuh..xpsl2 je..

dpt ke x cekup drebar lori tu
Quote devilito 20-3-2020 04:13 PM
Minum sanitizer kot... 70%++...
Quote missatiey 20-3-2020 04:20 PM
udah le polis2 tu kna kerja keras nk tgokan org2 degil yg x nk ikut arahan dduk rumah diam2, ingat diaorg x tkut kna jgkitan ke? atau x mgkin trjgkit?? Tggngjwab punya psal, buat jgak krja..Dah kna lnggar...Gila btul dunia..
Quote biozipstar 21-3-2020 12:59 PM
yg x takut mati ni tolong hantar jadi pasukan hadapan KKM.. seru org tablig yg degil2, yg x nak duduk rumah tu jadi frontliner sekali. tanpa ppe okay.. lepastu, uruskan jenazah, uruskan mcm2 lagi.. baru betul sumbangan kpd agama...

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top