Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Hati Rasa Berhutang, Allah Dah Jentik," Dahlia Shazwan Kini Berhijab Sepenuhnya

23-3-2020 09:41 AM|intan| Komen: 17

Bekas ikon iklan Trivago, Dahlia Shazwan yang juga pengacara HLive! kini dilaporkan telah berhijab.

Beliau mengakui keputusan untuk berhijab adalah kerana semata-mata petunjuk dari Allah S.W.T.

Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32, keputusan itu dilakukan sejurus selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Kredit foto: Carian google


"Saya dan balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadhan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat,"

"Ingat nak tingkatkan dulu secara rohani barulah berhijab tapi maki hari makin rasa macam tuhan tengah tunggu untuk saya berubah,"


"Hati rasa macam berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat dah petunjuk tu. Jadi saya pun pakai hijab," ujarnya ketika dihubungi AstroGempak.

Malah ketika siaran langsung HLive malam tadi, Dahlia kelihatan manis mengenakan tudung dari rona krim ketika mengacarakan program tersebut.

Kredit foto: AstroGempak
Mengakui sudah mengenakan hijab sejak tiga hari lalu, Dahlia meluahkan rasa kesyukuran keranan mendapat sokongan penuh daripada suami, ahli keluarga dan teman rapat.

Malah, ada di antara rakan dan teman artis turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama kepadanya, katanya lagi.

Dahlia turut dilihat berkongsi sekeping foto berhijab yang dimuat naiknya di laman insta stori.

Hidayah itu milik Allah, harap Dahlia terus istiqamah dalam menunaikan tuntutan yang satu ini! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : Untuk Yang Degil Masih Ingkar, Tokti Rayu Dengan Lagu #dudukrumah!

Next       : Tolong Jangan Bahan Pelindung Muka DIY Aishah!

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 3-4-2020 07:06 PM
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Lain-lain Komen

Quote EJALTI 23-3-2020 11:09 AM
Cantik dia nih...
Quote siasia 23-3-2020 11:11 AM
betul cara dia. hidayah perlu dicari. bukannya tunggu hidayah datang.
Quote solarlunar 23-3-2020 11:30 AM
Nmpk mcm Nabila akak Lofa bila bertudung.
Quote Mizlyn 23-3-2020 11:32 AM
Alhamdulilah.. x bertudung lawa...bertudung pun lawa... bertuah dia
Quote mieymiey 23-3-2020 12:01 PM
Semoga istiqamah akak Trivago
Quote kivio 23-3-2020 03:01 PM
solarlunar replied at 23-3-2020 11:30 AM
Nmpk mcm Nabila akak Lofa bila bertudung.

Jauh panggang dari apa nabila tu whoareyuss sangat
Quote kivio 23-3-2020 03:02 PM
siasia replied at 23-3-2020 11:11 AM
betul cara dia. hidayah perlu dicari. bukannya tunggu hidayah datang.

Kalaulah seme retis baca benda ni dan hadam haha
Quote Leonclay 23-3-2020 03:19 PM
Alhamdulillah..moga terus istiqamah
Quote MadameOnion 23-3-2020 04:37 PM
cantiknya
Quote tomiko_haza 23-3-2020 05:06 PM
dari trivago mmg minat dia..nampak sgt down to earth orangnya..sweet and classy. semoga rmai lagi yang celik hati macam dahlia..nama pun cantek eh..i love u lah.
Quote miss_sepet 23-3-2020 10:25 PM
Adore sgt kat dia ni haih... girl crush
Quote zaimis98 23-3-2020 10:30 PM
Alhamdulillah..
Quote oddchemist 24-3-2020 05:14 AM
Emma maembong who
Quote rykall 24-3-2020 06:22 AM
Alhamdulllah...cantik dia ni bila berhijab. Semoga istiqamah.
Quote nfaaa 24-3-2020 12:39 PM
Alhamdulillah..istiqamah hendaknya..dh la mmg lawo.. bertudung lagi cuns..
Quote hidet 24-3-2020 02:06 PM
solarlunar replied at 23-3-2020 11:30 AM
Nmpk mcm Nabila akak Lofa bila bertudung.

yes...macam nak sama nabila..
cantik Dahlia bertudung
Quote mbhcsf 3-4-2020 07:06 PM
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top