Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Datin Seri Nur Shahida Failkan Penceraian? Datuk Aliff Syukri Kata 'No Komen'

20-3-2020 09:23 AM|Oleh: Straya| Komen: 372



Kredit foto: Soya Lemon


Harian Metro semalam melaporkan, Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri telah memfailkan penceraian di mahkamah. 


Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. 


“Bab rumah tangga, saya tak nak komen. Minta maaf ya," katanya kepada Harian Metro. 


Pun begitu, apabila ditanya mengenai anak-anak, dia menjawab semua anak-anak berada dengannya. 


Sementara itu, Aliff apabila dihubungi Harian Metro enggan memberi sebarang ulasan.


"No komen," katanya.



Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris


Tinjauan di Instagram kedua-dua belah pihak tidak menunjukkan sebarang bayangan mengenai berita terbaru ini. Datin Shahida memuat naik gambar anak-anak, manakala Aliff banyak memaparkan aktiviti berkenaan kerja.


Tidak lama dulu, pasangan suami isteri ini dilihat tidak lagi mengikuti akaun IG masing-masing sehingga menimbulkan tanda tanya pada peminat.


Spekulasi mengenai rumah tangga mereka menjadi bertambah hangat apabila Aliff muncul dengan single terbaru 'Cuba Bahagia' yang mengisahkan seorang lelaki dahagakan kebahagian dan kasih sayang daripada orang disayangi.


Semoga semuanya baik-baik saja. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 372
Komen

Previous : PM Kata 'Stay At Home' Tapi Ramai Cemburu Emma, Che Ta Bulan Madu Di Rumah

Next       : Untuk Yang Degil Masih Ingkar, Tokti Rayu Dengan Lagu #dudukrumah!

Komen Terbaru

Quote laila_zi 8-4-2020 04:03 PM
Kerusijati replied at 3-4-2020 11:23 PM
baca ada org komen kat post mak dia yg gmbr bunga kantan tu..ex suami puan pun bertanggungjawab m ...

Rozita ni tak ada mana nak puji x husband dia yg dah meninggal tu. Siap kutuk dlm blog adalah

Lain-lain Komen

Quote dejure 20-3-2020 09:26 AM
DRAMA..sorrylh klu dato ni mati sekalipon lantak dia lh.
Quote Kurex 20-3-2020 09:28 AM
Drama.............
Quote slyfynx 20-3-2020 09:39 AM
Lntak korang la.
Org dok sibuk pasal kesihatan sedunia skrg ni.
Quote belilies 20-3-2020 09:41 AM
Eh. Drama!
Quote makneng 20-3-2020 09:45 AM
So? What's so interesting? Nak cerai, cerai je la..
Quote anony-mous 20-3-2020 09:46 AM
Klau betul2 cerai, syukur sgt. Elok talak 3 teruih. Sbb dah muak dgn drama tinshit n tok alip ni. Berapa kali create controbesi nk cerai tp x cerai2 jgk. Asal nama dah malap mula lah nk cerai lps tu elok balik
Quote MatDeghem 20-3-2020 09:46 AM
Mari kita ramai2 doakan di hari jumaat ini ... ini bukan drama tapi betul. Drama makan diri.....

Dulu drama konon ada masaalah .... tup tup keluar single. top top meletopp


Dulu si Haqiem hakiki pun drama konon depression.... tup tup keluar single. top top meletopp
Kena kecam terus meraung2 nangis .... sampai kena jumpa loctor mental.



Korang rasa si Dtin shahidah boleh ke lepaskan rumah villa bangalow ..... kalau tak kerana si laki lembut dia dtin shahidah zero

Quote umbut 20-3-2020 09:47 AM
Boleh gila kalau dapat laki macamni.... baiklah cari kebahagiaan sendiri....
Quote kaseh80 20-3-2020 09:47 AM
Nak create kontroversi lagi ke?

Lepas tu keluar single

Takpun lancar produk baru???????????
Quote m2506 20-3-2020 09:49 AM
emmmmm... si datuk aliff ni pun 1 perangai....jelik sungguh
Quote tagas 20-3-2020 09:52 AM
mencarik rezki cara tak berkat

create drama yg bukan2
Quote otai_g 20-3-2020 09:53 AM
rumah tangga org no komen.
tp personally aku rasa meluat dgn belut letrik ni.
x tau knp.
Quote chocobozhere 20-3-2020 10:04 AM
hoii org sibuk covid korg suami isteri nak berdrama tak abes abes...selagi takde gambar kat mahkamah pakai spek hitam jubah hitam iolss tak percaya!
Quote Ed_Lyn 20-3-2020 10:06 AM
umbut replied at 20-3-2020 09:47 AM
Boleh gila kalau dapat laki macamni.... baiklah cari kebahagiaan sendiri....

Betul..  Aku tak rasa tinshida berdrama..  Tinshida pun tengok jenis independence women.. Dia dah x harap toklip tu..  
Quote ciwelireng 20-3-2020 10:06 AM
sebab apa orang dapat gelaran datuk atau datuk seri?
Quote Ed_Lyn 20-3-2020 10:07 AM
m2506 replied at 20-3-2020 09:49 AM
emmmmm... si datuk aliff ni pun 1 perangai....jelik sungguh

Tinshida pun dah lama bersabar... Sampai bila boleh bersabar.. Malu dengan perangai suamii...  Kalu aku pun, aku angkat kaki bawa anak2..
Quote cmf_ai06 20-3-2020 10:16 AM
kaseh80 replied at 20-3-2020 09:47 AM
Nak create kontroversi lagi ke?

Lepas tu keluar single

Atau anak baru
Quote ehehnurza018 20-3-2020 10:25 AM
Aku ngan dia ni lantaklah ko. Drama lebih. Apa2 yang keluar dari mulut depa ni, terus langsung tak percaya.
Quote naina 20-3-2020 10:28 AM
MatDeghem replied at 20-3-2020 09:46 AM
Mari kita ramai2 doakan di hari jumaat ini ... ini bukan drama tapi betul. Drama makan diri.....

...

dia boleh je duduk situ bersama anak2 sbb harta spencarian juga
takpon duduk rumah lain dorang kan byk rumah. biar aliff tu duduk banglo villa mewah besar gila tu sorang2 baru tau kensunyiannn.

Lihat semua komen(372)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top