Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Remaja Cedera Ditolak, Dipijak Pembeli Rebut Tisu Tandas

19-3-2020 03:52 PM Komen: 22
Pembelian panik menyebabkan seorang remaja perempuan yaris patah lutut selepas jatuh ditolak pengunjung di sebuah pasar raya di Australia.

Memetik METRO, dalam kejadian pada Rabu itu, Hayley, 13, dan adiknya, Tyler, 9, bersama ibu mereka, Emma Zache mengunjungi pasaraya Coles di Baldivis, Perth.


Kredit foto: Google

Difahamkan, Emma yang berkerusi roda selepas menjalani suatu pembedahan tiba di hadapan pasar raya berkenaan sebelum ia dibuka.

Bagaimanapun, Hayley kemudian terjatuh ditolak beberapa pengunjung lain yang berasak-asak menyerbu bahagian depan premis berkenaan untuk berebut tisu tandas sebaik pasar raya itu dibuka.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terpisah daripada ibu dan adiknya.

"Sebaik saya berjaya masuk ke dalam Coles, saya ternampak anak perempuan saya terduduk di tepi sambil menangis kesakitan.

"Sudahlah terjatuh ditolak dan dipijak orang dewasa yang berebut masuk ke dalam pasar raya, tidak dipedulikan pula anak saya menangis kesakitan," katanya kepada The West Australian.

Saya terkesima dengan sikap mementingkan diri ditunjukkan orang ramai terutama ketika berlaku pembelian panik.

Difahamkan, Hayley mengalami bengkak di lutut hingga perlu melakukan ujian sinar-X untuk memastikan tidak mengalami kecederaan serius. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
7
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sham143 20-3-2020 01:21 PM
bakingsoda: aku salah baca ke? mak bawak anak dua org mengunjungi coles, pastu bila mak tu dah masuk pasaraya perasan anak dia dah jatuh

Emak diakan berkerusi roda.. Perlukan anak untuk menolak dia dan menjaga dia..

Lain-lain Komen

Quote gorjeous 19-3-2020 03:56 PM
Adoi hai.
Quote Aerhys 19-3-2020 04:01 PM
1584471749000.jpg

Semoga tidak berlaku di malaysia.
Quote Artemesiaa 19-3-2020 04:06 PM
Sebab tu sesetengah supermarket dan ubah waktu mula operasinya sejam lebih awal khas untuk pelanggan warga emas dan OKU.  Selain dari tu tak perlu bawa semua ahli keluarga pergi supermarket bukan saja bimbang akan penularan wabak tapi bimbang akan keganasan pelanggan yang gigih nak berebut beli bawangan macam semuanya free.
Quote zulka 19-3-2020 04:13 PM
toksah sebok dgn berita luar negara psl benda kecik2 gini la...negara kita punya masalah lg besar skang
Quote husna_amal 19-3-2020 04:20 PM
lepas ni plan nak jadi usahawan tisu lah.
Quote bakingsoda 19-3-2020 05:12 PM
mak dia dah kenapa gi angkut anak2 berpanik dlm pasaraya? gi je la sorang
Quote dua_chzy 19-3-2020 05:12 PM
Disaster brings the worst in us. Baru tahu ka?
Quote edee_91 19-3-2020 05:25 PM
bakingsoda replied at 19-3-2020 05:12 PM
mak dia dah kenapa gi angkut anak2 berpanik dlm pasaraya? gi je la sorang

kau baca ke idok artikel tu?


Quote bakingsoda 19-3-2020 05:34 PM
edee_91 replied at 19-3-2020 05:25 PM
kau baca ke idok artikel tu?

aku salah baca ke? mak bawak anak dua org mengunjungi coles, pastu bila mak tu dah masuk pasaraya perasan anak dia dah jatuh
Quote gujiwa 19-3-2020 05:34 PM
drong ni mmg tak mo langsung guna air ke?
Quote bloodyamuk 19-3-2020 06:04 PM
dua_chzy: Disaster brings the worst in us. Baru tahu ka?

bener...
Quote bloodyamuk 19-3-2020 06:05 PM
the rest of the world yang tak pakai tisu tandas {:run
Quote edee_91 19-3-2020 08:26 PM
bakingsoda replied at 19-3-2020 05:34 PM
aku salah baca ke? mak bawak anak dua org mengunjungi coles, pastu bila mak tu dah masuk pasaraya  ...

ke aku yang salah baca? rasanya mak dia berkerusi roda. jadi tu yang aku macam fahamlah kenapa mak dia perlu bawak anak for help la kot?

Quote L_Z 19-3-2020 08:44 PM
Kerana tisu ja manusia jadi mcm ni..sabau je la
Quote ultra78 19-3-2020 08:53 PM
[twitter]https://twitter.com/mannystwitta/status/1240118185916956673[/twitter]


Quote nuno 19-3-2020 09:06 PM
dua_chzy replied at 19-3-2020 05:12 PM
Disaster brings the worst in us. Baru tahu ka?

Betul2
Time camni ngan time atas jalan raya/driving
Potong Q tapi sticker kat cermin islam is way of bla bla bla
Kau jangan jadi camtu pulak aku langgar dengan steamroll rata terus kau ngan tar tu nanti..kikikiki
Quote bakingsoda 19-3-2020 09:08 PM
edee_91 replied at 19-3-2020 08:26 PM
ke aku yang salah baca? rasanya mak dia berkerusi roda. jadi tu yang aku macam fahamlah kenapa mak ...

ya Allah kalau artikel ni masuk exam fail dah aku tang cerita lutut tu yg aku ingat budak ni yg baru pembedahan pastu kena tolak sampai jatuh wheelchair hadoiiii
Quote pooh~key 19-3-2020 09:32 PM
bakingsoda replied at 19-3-2020 09:08 PM
ya Allah kalau artikel ni masuk exam fail dah aku  tang cerita lutut tu yg aku ingat budak ni ...

Akak jua tersalah baca dekkk! Mujur spm dulu kala artikel ni tak masuk dekkk! Akak bersyukur...
Quote RatuDunia94 19-3-2020 09:44 PM
gujiwa replied at 19-3-2020 05:34 PM
drong ni mmg tak mo langsung guna air ke?

Kann.. i ask the same qusstion too..

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top