Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Amy Search Bengang Nabila Huda Masih Bekerja Di Hari Kedua Perintah Kawalan Pergerakan!

19-3-2020 05:00 PM| Komen: 43



Gara-gara gambar Maggi 'ketam' yang dimuat naik anaknya, penyanyi Amy Search berang kerana mendapati Nabila Huda masih bekerja walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk hari kedua.

Meluahkan rasa marahnya kerana pihak produksi seolah-olah tidak peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, Amy meminta pihak PDRM mencari produksi ini kerana memaksa krew dan pelakon bekerja dalam situasi darurat ini.


Terdahulu, Amy memberi komen pada gambar anaknya yang terpaksa makan mee segera kerana semua kedai makan sudah ditutup akibat arahan kerajaan tersebut.

IG

Dengan kapsyen Nabila yang 'homesick' serta rindukan segala-galanya jelas membuktikan mengapa Amy berang sebegitu rupa.

"HOI!!! ADTISHA PRODUCTION anak aku sepatut nya ada kat dalam rumah bukan kerja. Abil please pack your thing and come home now!!! #adtishaproductions"

Google

Rentetan itu, Nabila Huda kemudiannya menjawab di ruangan komen juga bahawa mereka sudah cuba menghubungi penerbit tetapi gagal. Bagaimanapun, pelakon filem Mama ini berjanji akan pulang dengan kadar yang segera.

Ig

Rakan artis lain turut memberikan komen supaya anak Amy Search itu bertabah dan segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin.




IG
Harapnya pihak produksi sedar bahawa arahan kerajaan adalah serius. Jadi, tidak kira apa yang anda lakukan (kecuali sektor tertentu), hentikan segera supaya virus Covid-19 ini dapat dilumpuhkan dalam tempoh 'stay at home' ini. -  CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 43
Komen

Previous : 'Misteri Pinggan Kedua' Terjawab Lepas Michael Ang Kongsi Figura Anak Lelaki

Next       : "Puas Dengar!" - 'Perutusan Khas' Diva AA 'Sekolahkan' Netizen

Komen Terbaru

Quote husna_amal 23-3-2020 08:55 AM
Production tak nak rugi lah tu. Kan nama dah buruk sekarang.

Lain-lain Komen

Quote Acikgomen 19-3-2020 05:09 PM
Sapa adtisha productions tu
Quote djzara81 19-3-2020 05:10 PM
Salute Amy Phewitttt!
Quote doubleA 19-3-2020 05:13 PM
Bagus amy royan, anak dia jugak
Quote rayray28 19-3-2020 05:13 PM
Ramai anak dia kne fikir...bpe org ek anak dia? 6 ke 7
Quote Lailerthee 19-3-2020 05:17 PM
I baru cakap dekat benang lg 1 pasal artis xboleh shooting. Nampak amy syg anak dia. Sekali kne hamun baru ada akal pihak produksi. Abil da sampai kl pon daa
Quote gorjeous 19-3-2020 05:17 PM
Apa punya production tuu...
Quote dua_chzy 19-3-2020 05:19 PM
PDRM patut tangkap, sesah ja owner production house ni. Bodoh macam PRC.
Quote Boomibulat 19-3-2020 05:20 PM
Jap lg nak masak megi lah..
Quote namieamuro 19-3-2020 05:21 PM
bole ke teroskn shooting wpn tgh kawalan? mcm xde je dlm senarai yg bole keje mcm biase..agak2 la..

dap pulak nmpk maggi tu..
Quote nadie90 19-3-2020 05:24 PM
Ada jgk la yg dok amik kesempatan buat shooting msa kna RMO....mohon FINAS pantau production2 mcm ni
Quote otai_g 19-3-2020 05:36 PM
kalo x shooting gulung tikar la produser. Nasib la produser. Time2 wabak ni semua org rugi. Tade yg untung.
Quote Skuau 19-3-2020 05:38 PM
Tak boleh lari camtu jer ke???....
Quote Scheherazade 19-3-2020 06:06 PM
Cayalah uncle Amy
Quote Nenasketum 19-3-2020 06:27 PM
nadie90 replied at 19-3-2020 05:24 PM
Ada jgk la yg dok amik kesempatan buat shooting msa kna RMO....mohon FINAS pantau production2 ...

Ahmad Idham tidoq ka?? Just saying. Btw yang nasty tu si Hans (walau nampak lembut depan netizen bingai) MP Puchong instructed oleh sorang Menteri ni (yang bini sendu pastu kata kawen org paling kaya kat Mesia) suh amik Hans. Si MP actually hates si pimp tu.
Quote Bergosip 19-3-2020 06:41 PM
Acikgomen replied at 19-3-2020 05:09 PM
Sapa adtisha productions tu

Saya ada jumpa satu artikel yang berkait dengan Adtisha Prodution

Link
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/495009/amp

Dalam petikan artikel
Penerbit Adtisha Productions, Mohd Ady Hafize Hanaffiah dan isterinya, pelakon Tisha Shamsir
Quote Bergosip 19-3-2020 06:48 PM
namieamuro replied at 19-3-2020 05:21 PM
bole ke teroskn shooting wpn tgh kawalan? mcm xde je dlm senarai yg bole keje mcm biase..agak2 la..
...

FINAS dah bagi statement 2 hari lepas untuk hentikan semua penghambaran

Link
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/555658/amp

FINAS turut menangguhkan Festival Filem Malaysia (FFM)
Link
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/03/666099/covid-19-festival-filem-malaysia-ke-31-ditunda


Adtisha Production ni macam netizen yang bebal lah ni. Tak ikut arahan . Benak sangat otak tu. Low IQ
Quote Bergosip 19-3-2020 06:50 PM
namieamuro replied at 19-3-2020 05:21 PM
bole ke teroskn shooting wpn tgh kawalan? mcm xde je dlm senarai yg bole keje mcm biase..agak2 la..
...

FINAS dah bagi statement 2 hari lepas untuk hentikan semua penghambaranm. Selain tu, FINAS tangguhkan Festival Filem Malaysia (FFM)

Link
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/555658/amp

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/03/666099/covid-19-festival-filem-malaysia-ke-31-ditunda

Mana yang ingkar tu, mohon kena denda atau penjara
Quote beatgirlX 19-3-2020 07:09 PM
Diaorg dah usaha called tp x dpt kan..nasib semua pack brg dan blk
Quote Suchi 19-3-2020 07:16 PM
Nak jimat la tu sbb shooting kat kelate kan.
Nnt balik umah nk kena shoot balik nk kena g balik kelate.

Mcm la depa je yg terjejas
Semua org pun terjejas dan sedang menanggung kerugiaan tp kena igt duit boleh dicari balik tapi nyawa???? Tak boleh tau tak

Lihat semua komen(43)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top