Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan? Jurunikah Ada Kuasa Tangguh Nikah

19-3-2020 12:18 PM Komen: 7
Bukan saja majlis kahwin dibatalkan, malah jurunikah turut diberi kuasa untuk menangguh nikah.

Harian Metro melaporkan, jurunikah di Terengganu diberi kuasa sepenuhnya untuk menangguhkan pernikahan, jika ada pihak gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad menegaskan supaya semua urusan pernikahan ditangguhkan sehingga keadaan pulih.


Gambar hiasan

Pasangan yang mahu meneruskan majlis akad nikah perlu menggunakan premis sendiri dan ia tidak dilangsungkan di masjid, surau atau di tempat awam.

Majlis akad nikah juga hanya perlu dihadiri seorang jurunikah, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, empat saksi serta perjalanan akad nikah hendaklah dipendekkan tidak melebihi 20 minit, katanya.

Selain itu, keluarga kedua-dua mempelai diminta menyediakan penutup mulut dan hidung serta pembersih tangan.

Malah, mereka perlu menyerahkan nama, alamat semasa dan nombor telefon jemputan yang hadir kepada jurunikah.

Kita juga menasihatkan supaya majlis kenduri ditangguhkan.

Ahli keluarga pengantin diminta menjarakkan sekurang-kurangnya satu meter dari pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak, katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote munchkin 19-3-2020 05:37 PM
To kadi ugut je siapa yg ramai2 tu. Stop saja pernikahan. Knowing rakyat malaysia maha degil lagi bodoh.

Terengganu dah keluar guideline. Saksi, tok kadi dgn pasangan saja hadir. Enough.

Lain-lain Komen

Quote syidasaleh 19-3-2020 12:24 PM
Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weekend ni. Perempuan dr lahad datu lelaki  kelantan. Dia ckp nikah still on.
Quote CatMiow 19-3-2020 12:38 PM
syidasaleh: Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weekend ni. Perempuan dr lahad datu lelaki  kelantan. D ...


Tu dia... Nak naik kapal trbng bagai...  Tinggi risiko.

Unless yg dri kelntn tak dtng..
Quote harizs 19-3-2020 12:41 PM
seppppp.... jimat
Quote lipans 19-3-2020 12:55 PM
ala... lambat la nak malam pertama.

hehehe....
Quote SalenaGomez 19-3-2020 01:18 PM
syidasaleh replied at 19-3-2020 12:24 PM
Tak dptla photoshoot bagai. Jimat duit takyah make up sbb kena pakai mask. Ada kawan nak nikah weeke ...

Buat dlm studio je laa kalau nak jugak...tu pon boleh buat lepas corona...tu pon kalau x ter pregnant ...huhuhu
Quote husna_amal 19-3-2020 04:07 PM
kalau nak nikah juga, harap ambil langkah pencegahan yang sepatutnya
Quote munchkin 19-3-2020 05:37 PM
To kadi ugut je siapa yg ramai2 tu. Stop saja pernikahan. Knowing rakyat malaysia maha degil lagi bodoh.

Terengganu dah keluar guideline. Saksi, tok kadi dgn pasangan saja hadir. Enough.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top