Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tiada Aktiviti Penggambaran, Pelakon Jangan Merayap Pula

18-3-2020 04:57 PM|Oleh: LilRose| Komen: 29

Penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh memaklumkan penggambaran Dayang Senandung yang sepatutnya dilangsungkan hari ini ditangguhkan.


Kredit foto: The Daily Seni

Ia berikutan seruan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar semua pemegang lesen di bawah Akta Finas (Akta 244) menghentikan semua aktiviti perfileman selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

"Produksi saya sepatutnya menjalani penggambaran Dayang Senandung esok, namun saya maklumkan kepada seluruh pasukan produksi bahawa penggambaran dihentikan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

"Ada juga beberapa kerja penggambaran lain yang kami perlu mengikut jadual kerana ada tarikh tayangan yang sudah ditetapkan. Namun, apa yang kerajaan minta, kami akan akur," katanya kepada Harian Metro.



Berbeza dengan Pengarah dan penerbit Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, Shuhaimi Lua yang terkejut dengan kenyataan FINAS itu. Walaupun terkesima, Shuhaimi akur dengan seruan itu.

"Apa yang pasti, kita akan hentikan penggambaran buat sementara waktu dan melihat situasi yang berlaku sekarang.

"Banyak benda yang perlu difikirkan antaranya, mereka yang bekerja sambilan atau 'freelance'. Ada sesetengah lokasi kita sudah tempah, buat bayaran dan ada juga penaja yang tarik semula penajaan.

"Mungkin kerajaan boleh fikirkan solusi untuk membantu anak seni, pembikin drama dan filem antaranya, membantu memaklumkan mana lokasi yang berpotensi terkena jangkitan atau lokasi yang bebas daripada jangkitan," katanya.

Suhaimi juga menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan semua anggota di set penggambaran.

"Di set saya, kami sediakan 'hand sanitizer' dan juga topeng mulut untuk memastikan kesihatan semua yang berada di lokasj, dalam keadaan baik," ujarnya.

Sementara itu, Datuk Jurey Latiff Rosli selaku Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menasihati semua akur dengan perintah berkenaan dan menangguhkan aktiviti penggambaran bagi mengekang penularan Covid-19.

Mana-mana pelakon yang sibuk dengan jadual padat, inilah masanya untuk berehat seketika. Jangan pula berjalan merata, okey. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 29
Komen

Previous : Kutipan Ratu Kala Jengking Cuma RM700 Ribu, A. Aida Reda

Next       : -

Komen Terbaru

Quote minah_selekeh 19-3-2020 04:54 PM
AshkieLa replied at 19-3-2020 01:16 PM
balik2 mintak bantuan kerajaan...
ko saper? retis korea berpusu pusu setiap orang derma 100 million ...

Betul! Setuju sangat..

Lain-lain Komen

Quote uori 18-3-2020 05:08 PM
Ye ke semua akur...

Quote RatuDunia94 18-3-2020 05:10 PM
Amboi.. semua kerajaan nk bantu..
Quote ellejo 18-3-2020 05:21 PM
tu bukan dayang senandung

tu orang minyak.
Quote Skuau 18-3-2020 05:22 PM
kang ada scene yg sumer pakai topeng....
Quote biozipstar 18-3-2020 07:00 PM
orang minyak, baju wani color hijau ada tompok minyak sedikit. lain kali pakai baju warna gelap je sis. sonang... haha.
Quote fadz84 18-3-2020 07:16 PM
biozipstar replied at 18-3-2020 07:00 PM
orang minyak, baju wani color hijau ada tompok minyak sedikit. lain kali pakai baju warna gelap je s ...

Haah nmpk bertompok minyak hitam kat leher baju tu.. pastu hitam kat muka dan leher tak sekata.. hahaha
Quote minah_selekeh 18-3-2020 09:31 PM
ellejo replied at 18-3-2020 05:21 PM
tu bukan dayang senandung

tu orang minyak.

Hadoiii! Another drama I'm definitely not watching..
Quote ellejo 18-3-2020 09:40 PM
Edited by ellejo at 18-3-2020 01:42 PM
minah_selekeh replied at 18-3-2020 01:31 PM
Hadoiii! Another drama I'm definitely not watching..


mohon haji zil tukar nama drama remake 60an dari dayang senandung to sumpahan orang minyak
Quote LadyCarefree 18-3-2020 09:43 PM
Kemahen nak kerjaan bantu.
Quote minah_selekeh 18-3-2020 09:47 PM
ellejo replied at 18-3-2020 09:40 PM
mohon haji zil tukar nama drama remake 60an dari dayang senandung to sumpahan orang minyak

Baru sesuai!

By the way, kenapa pilihan pelakon hauk sangat? Boleh berlakon ke si Wani ni?
Quote minah_selekeh 18-3-2020 09:48 PM

Aku tak setuju kerajaan perlu bantu depa.. What for?
Quote LadyCarefree 18-3-2020 09:52 PM
minah_selekeh replied at 18-3-2020 08:48 PM
Aku tak setuju kerajaan perlu bantu depa.. What for?

Khenzs? Geng2 retis semua ni ingat derang spesel. Puiii
Quote minah_selekeh 18-3-2020 09:56 PM
LadyCarefree replied at 18-3-2020 09:52 PM
Khenzs? Geng2 retis semua ni ingat derang spesel. Puiii

Diorang punya keje kan kira high-paying tau.. Rengsa iolls especially yang bakat tak seberapa tu.. Time2 camni patutnya diorang boleh je survive sebab savings mesti banyak.. Persoalannya, jenis reti berjimat ke theyolls ni??
Quote doubleA 18-3-2020 10:16 PM
Baik kerajaan bagi dana bantuan tu kt kkm, bukan korang
Quote Cassieopeia 18-3-2020 10:44 PM
harap semua akurla, stay at home..
Quote hanipinky 18-3-2020 11:14 PM
This is one of the many reasons why I never take these newbies especially those from Hero Remaja seriously.

Don't they realised that the celebrity status comes with a huge responsibility, especially to their followers?

It goes beyond than just about being famous or hook up with one girl after another or posting some stupid videos on IG

Aren't they supposed to be at home at this hour and be  a good and responsible Malaysian citizen by honouring the Restricted Movement Order by the Government?

Sigh.  
Quote hanipinky 18-3-2020 11:15 PM
hanipinky replied at 18-3-2020 11:14 PM
This is one of the many reasons why I never take these newbies especially those from Hero Remaja ser ...

Oh I'm referring to this ignorant Kid by the way!
Quote nadie90 18-3-2020 11:31 PM
hanipinky replied at 18-3-2020 03:15 PM
Oh I'm referring to this ignorant Kid by the way!

Pasaipa ni....sorry ceq xfollow jd ceq xtau
Quote hanipinky 19-3-2020 12:00 AM
nadie90 replied at 18-3-2020 11:31 PM
Pasaipa ni....sorry ceq xfollow jd ceq xtau

Ternampak tadi kat Explore Page, this ignorant Kid and a group of male models (model?) buat photoshoot baju Raya plak malam2 yang semua orang sepatutnya patuh perintah duk dalam rumah

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top