Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Close

Takut Kuman Dari Takut Allah? Doktor Kecewa Konsep Tawakal Pesakit Covid-19

20-3-2020 04:20 PM| Komen: 15


Bilangan kes COVID-19 terus meningkat dari sehari ke sehari dan ia sangat membimbangkan walaupun ada pesakit yang sembuh dari wabak ini. 

Perdana Menteri sendiri dalam perutusan khasnya berkali-kali menyeru seluruh rakyat Malaysia sentiasa mematuhi perintah larangan pergerakan  untuk tempoh 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Dalam pada itu, lain pula ceritanya seperti yang dikongsikan Ahmad Zakimi Abdullah, seorang doktor perubatan yang turut terlibat merawat pesakit COVID-19 menerusi satu hantaran di f@cebook beliau.

Doktor ini meminta semua pesakit menjaga jarak antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, permintaannya itu disalah tafsir sehingga diperli tidak perlu bimbang kerana Tuhan sentiasa ada di sisi. 

Terkedu dengan kenyataan itu, dia membidas semula kenyataan mereka dengan menjelaskan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

"Bukan awak sorang takut Allah. Saya pun. Sebab saya takut Allah lah, saya pikul tanggungjawab dan amanah neh (kerja merawat). Setiap hari saya kena mengadap COVID ni"


Kredit Foto - Facebook Ahmad Zakimi

Ahmad Zakimi terkilan dengan sikap individu itu kerana beliau dan kakitangan lain semua sudah kepenatan menguruskan penambahan kes COVID-19 di samping menguruskan kes-kes yang sedia ada di jabatannya.

Kakitangan kesihatan seperti beliau sanggup berdepan dan mendedahkan diri pada pelbagai kuman demi menjaga kemaslahatan dari jangkitan wabak, pelihara nyawa dan elakan perkara yang memudaratkan itu bukti takutkan Allah. Itu yang dituntut oleh Nya.

Nampaknya di kalangan umat Islam masih ada yang berfikiran sempit dan kurang memahami konsep doa dan tawakal sehingga menyekat usaha menangani sesuatu perkara yang dihadapi.

Mereka menyerahkan seluruh urusan kepada ketentuan Allah tanpa didahulukan dengan usaha. Dalam apa saja bidang kerja harian kita, perancangan(usaha), doa dan tawakal perlu sentiasa seiring.

Jangan ditinggalkan salah satu daripada "tiga serangkai" konsep penting itu.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Komen Terbaru

Quote darkness 6-4-2020 03:20 PM
Species mcmni la ustaz indon haritu sampai puak malaysian percaya bulat. Bodoh sungguh konsep tawakal yg dia perjuangkan. Ko masuk kandang harimau, ko nak lari ke tak atau ko tawakal je sb ada Allah

Lain-lain Komen

Quote sarah82 20-3-2020 04:55 PM
Mungkin kena penampar siam baru berakal..tawakal bukan setakat serah pada Allah.. Kita kena usaha.. Lindungi diri.. Tu yg Allah nak.

Nabi saw pun melarang keluar masuk ke kawasan wabak.. Tu usaha Baginda saw utk halang wabak dari merebak.
Quote Aai2 20-3-2020 05:01 PM
Pergi belajar balik konsep tawakal...kalau x pernah berusaha, berikhtiar bersungguh2 serta berdoa..bkn tawakal nama dia...itu bodoh sombong
Quote natrahn 20-3-2020 05:14 PM
sarah82 replied at 20-3-2020 04:55 PM
Mungkin kena penampar siam baru berakal..tawakal bukan setakat serah pada Allah.. Kita kena usaha..  ...

kan...aku geram je tengok orang macam nih...ni pon kecoh ada setengah geng tabligh ni yang kena kuarantin kat spital dok berdakwah dari katil ke katil...kalau benda ni betul risiko kat pesakit lain...


Quote sarah82 20-3-2020 05:18 PM
natrahn replied at 20-3-2020 09:14 PM
kan...aku geram je tengok orang macam nih...ni pon kecoh ada setengah geng tabligh ni yang kena ku ...

Aku hari ni asyik mencarut saja.. Dari penjual mask harga rm4-6 sekeping.. Sampai ke pesakit Covic-19 yg hamjad.. Bodoh sekor2..rasa nak bagi penampar bagi berakai.
Quote belilies 20-3-2020 05:23 PM
Some people. Attitude memang memalukan agama.
Quote bakingsoda 20-3-2020 05:49 PM
boleh cop sesetengah tabligh ni sesat tak?!! tawakkal ni lepas dah abes ikhtiar la ngek, pembawa bala sungguh pada agama islam
Quote Cassieopeia 20-3-2020 07:49 PM
tak usaha, nk tawakkal je mcm ko nak mkn tapi malas masak. boleh kenyang ke
Quote LadyCarefree 21-3-2020 02:18 AM
Xyah bg makan. Dah la menghabidkan dn membazirkan wang rakyat iaitu peralatan ubat masa tenaga doktor dn kakitangan lagi mau bg makan. Bg makanan anjing je
Quote Genkidesuka 21-3-2020 07:57 AM
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

sama2 kita ambil pengajarannya.  sikap mcm ni yg jd fitnah pd agama.  na'uzhubillah min zhalik.
Quote CatMiow 21-3-2020 10:24 AM
Bagi saya pengajaran dari peristiwa ni kena la ubah cara didikan agama kita pada anak2.

Teras sewajarnya la tauhid dan ibadah.  Tapi akhlak sesama makhluk perlu juga kita tekankan pada anak2.

Jangan asyik nak tekankan Takut tuhan. Takut tuhan.  Tapi nak capai goal takut tuhan tu bagaimana? Melalui ibadah sahaja?

Fahamkah mereka bahawa Ibadah itu bukan hanya pada solat ,puasa,  zakat dan haji. Bukan hanya dengan jadi penyampai ajaran nabi. Ibadah itu sangat luas. Tuntutan agama sangat banyak, meluas bidangnya.

Hubungan dengan Tuhan itu sangat mudah nak di bina,  tapi hubungan sesama manusia sangat susah dan rumit.

Kenapa?  Kerana Tuhan itu maha pengampun.  Dosa sesama manusia? Hanya dapat dihapus jika kita minta maaf pada orang yg terluka hati pada kita.

Bak kata forumer,  kalau dia kena covid 19 sebab kedegilan mereka,  sampai akhirat tak akan maafkan.  Jadi mcmna nak masuk kesyurga kalau tiada kemaafan diberikan di hari pengadilan nanti.

Quote dubuk 22-3-2020 07:33 AM
nak tanya apa khabar ?
Quote Aerhys 22-3-2020 01:41 PM
Inilah puak2 yg mengundang fitnah pada agama islam itu sendiri. Tak perlu tuding jari pada kaum dan agama lain. Nampak hantu pun mencicit lari, sembang je lebih. Mentaliti macam ini sangat merbahaya pada diri sendiri dan juga mengancam nyawa orang lain yg tak bersalah.
Quote husna_amal 23-3-2020 09:28 AM
Jenis pemikiran sesetengah orang yang tak faham istilah berserah pada Allah. Gara2 penting kan diri sendiri orang lain terkena akibatnya sekali.
Quote ninja9 25-3-2020 03:47 PM
Orang yang dah sampai level tinggi bolehlah ckp macam tu iaitu orang yang dah terlepas dari peraturan alam. Memang ada yang boleh sampai level macam ni kerana adanya konsep mencarik adat seperti mukjizat dan karamah.

tetapi orang yang dah capai level tinggi ni, kena bertimbang rasalah dengan orang awam...

Untuk orang awam konsep takut kepada Allah tu masih mengambil kira peraturan alam.

Bukanlah mereka tidak takut Allah tetapi pada masa yang sama mereka juga memahami, respek dan menerima peraturan yang dicipta Allah sendiri untuk mereka yang ada sifat jasad hidup diatas muka bumi.

Contohnya orang awam ini menghindari api kerana api ini diciptakan mempunyai sifat panas dan membakar.

Kalau orang awam ini saja-saja cakap"buat apa takut api, hanya takut kepada Allah" sebelum berjalan kedalam api yang besar, tetapi di sebabkan dia cuma orang awam maka dia terbakar dan mati. Bukankah itu sama dengan membunuh diri?

Sama shj dengan kes virus...mereka orang awam bukanlah tidak takut Allah tetapi mereka perlu mematuhi perkara yang mereka fahami boleh menjauhkan virus ini dari memasuki tubuh supaya tidak terkena penyakit. Ini kerana mereka juga memahami, sifat virus boleh menyebabkan penyakit dan kematian yang mana ini adalah juga sifat yang dicipta Allah untuk virus dialam ini. Jadi, rasanya orang awam pun tak lah salah disini cuma levelnya taklah sampai mencarik adat.

Jadi kalau yang level tinggi ini, sebagai contoh, cukup bertawakal maka tak terkena sifat bahaya virus kerana dah sampai level mencarik adat, dia pun kena faham yang tak semua orang akan sampai level tu. Dia juga tentu mengerti bahawa tahap2 seseorang pun semua atas kurnia jga.

Bertimbang rasalah, dan berbahasalah dengan bahasa yang orang awam boleh faham..
Quote darkness 6-4-2020 03:20 PM
Species mcmni la ustaz indon haritu sampai puak malaysian percaya bulat. Bodoh sungguh konsep tawakal yg dia perjuangkan. Ko masuk kandang harimau, ko nak lari ke tak atau ko tawakal je sb ada Allah

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top